Monday, 23 September 2013

Krim Kuat Seks Mengarut!!! Hati-Hati Alat Kelamin Anda!!!


Benarkah terdapat perihal krim dan losen yang dirumus untuk anggota kelamin lelaki dan wanita yang kononnya mampu menambah nikmat hubungan seksual. Paling menarik, ia mampu membantu membesarkan alat kelamin serta memantapkan ereksi dan mengekalkannya.



Ini semua mengarut. Apa yang dinyatakan itu hanyalah sekadar madah peniaga untuk melariskan produk mereka. Malah, tidak ramai menyedari kesan dijanjikan hanya rekaan semata-mata. 

Kebanyakan krim dan losen ini tidak pernah diuji kaji dan pengiklanannya juga tidak pernah dapat kelulusan Kementerian Kesihatan walaupun sesetengah krim itu sering kelihatan di kaca televisyen.

Setakat ini hanya ada beberapa krim untuk lelaki dan wanita yang fungsinya untuk menyegarkan anggota kelamin dan tidak lebih daripada itu. 

Saya juga melakukan banyak kajian terhadap pelbagai krim sebegini untuk mengetahui jika produk terbabit benar-benar berkesan dan tidak memudaratkan kulit dan fungsi anggota kelamin. Namun, hampir semuanya adalah omong kosong pengeluar.

Ada juga yang mengiklankannya sebagai krim membesarkan anggota sulit lelaki dan kononnya untuk tahan lama. Ini tidak betul kerana ia sebenarnya hanya untuk menyegarkan anggota kelamin. Namun, jika itu yang anda inginkan, anda boleh menggunakan krim biasa yang lebih murah dan boleh dibeli di farmasi.


Ada krim dan losen mengandungi kimia larangan serta boleh mengakibatkan alahan kulit yang ketara. Bayangkan anggota kelamin anda yang asalnya berkulit lembut dan cerah bertukar menjadi kasar, menggelupas dan radang serta warna berubah menjadi gelap.


Ada juga sesetengah krim yang kononnya sesuai untuk mengatasi masalah cepat klimaks dan sebahagian ramuan di dalamnya mengandungi bahan perosak kulit seperti gambir Sarawak atau ekstrak paprika (lada) dan ekstrak bunga cengkih.

Jadi, anda boleh bayangkan apa yang akan berlaku jika anda menggunakannya. Kulit anggota kelamin akan terasa pijar dan tidak selesa. Kebetulan, jika lelaki itu menggunakan krim berkenaan dan bersetubuh dengan pasangan, bahagian luar anggota kelamin wanita itu akan turut terasa pijar dan bahagian dalam, iaitu faraj, mengelupas dan radang. Ia pastinya akan mengeruhkan keadaan.



Sama juga dengan krim mengandungi minyak lintah, ikan belacak, ular, gamat dan pelbagai lagi binatang yang menjalar. Semua hanya penipuan dan rekaan semata-mata. Jika anda kebetulan alah dengan bahan itu, anggota kelamin akan melecet dan menggelupas. Sama juga dengan pasangan anda, kulit anggota sulitnya akan mengelupas, radang dan faraj akan mengeluarkan cairan berbau.

Kebanyakan krim dan jeli yang dirumus khusus untuk anggota kelamin lelaki tidak pernah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan kerana ia didaftar sebagai krim atau jeli tradisional.

Begitupun, mendapat pendaftaran tidak bermakna produk terbabit diluluskan oleh kementerian. Jadi, pastikan anda membuat kajian menyeluruh dan bertanya pakar jika ingin mencari sesuatu produk terbabit.

SUMBER : Harian Metro

No comments: