Thursday, 28 February 2013

AYAMLEMBUKAH AKU???BUKAN,IKAN KOT???


Haiwan, Firaun dan Ulama

FIRAUN BAGI BR1M KEPADA RAKYATNYA,SURUH SEMBAH DIA SEBAGAI TUHAN. 

ADAKAH NAJIB DAN KERAJAAN SURUH RAKYAT SEMBAH DIA???BENGONG SUNGGUH HAJI HADI.



Seorang yang menjadi Mursyidul Am sebuah parti yang katanya memperjuangkan Islam menganggap rakyat yang menerima BR1M dari Kerajaan adalah ibarat 'Ayam' yang mengejar 'Hampas' kelapa.

Dan seorang lagi yang menjadi Presiden menganggap pemberi BR1M sama dengan Firaun kerana Firaun juga melakukan perkara yang sama.

Di Malaysia, ulama PAS berlumba-lumba untuk mendapatkan undi dari haiwan yang berkerumun memakan hampas kelapa.  Itulah standard penerima BR1M. Tetapi ulama mengharapkan haiwan ini untuk mengundi mereka.
                                                                                                                                                                          

Musuh politik PAS dianggap Firaun yang kerjanya menabur                                                                                                                                      hampas. Malah hampas inilah yang diserbu oleh Haiwan-haiwan yang setiap pagi meminum air basuh kaki ulama PAS. 

Air kaki itu saja yang suci. Yang lain semuanya najis.
Terbukti sudah Ulama PAS GAGAL mengajar pengikutnya kerana selama ini PAS hanya mengajar haiwan yang hanya ikut apa yang diajar tanpa bantahan.
'Haiwankah aku', hanya kerana wang ulil amri (Utusan)

ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.



Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan.

Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing.

Rakyat Malaysia berasa amat terguris dan menderita minda dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap mereka seperti haiwan memakan hampas. Jika begitu ada baiknya Tok Guru melupakan niat meminta royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Takut nanti dicop meminta hampas pula. Mungkin beliau akan berkata, kalau minta banyak tak mengapa kerana boleh beli banyak isi. Namun apa beza duit sedikit dengan duit yang banyak jika ia diberi terus oleh Kerajaan Pusat.

Sebaik-baiknya royalti minyak diberi terus oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan tanpa melalui kerajaan negeri yang tidak pernah tahu bersyukur dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat selama ini. Jika mereka yang mengagihkan kelak ditakuti mereka akan menganggap rakyat sebagai ayam mahupun lembu.

Sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap, bukannya berfikir kemudian selepas bercakap sesuatu perkara kerana terlampau takut tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak pernah menganggap rakyat seperti yang dianggap oleh Nik Aziz sebelum memberi pelbagai bantuan untuk mereka. Semua golongan mendapat bantuan daripada budak sekolah, orang bujang, pelajar universiti, peniaga, orang sakit dan lain-lain lagi.

Adakah mereka sekolah lembu, orang muda tahi kuda, pelajar universiti ayam atau orang sakit sebab terkena sampar ayam. 'Haiwankah aku?' Itu kata rakyat hari ini sebagaimana C.N.Al-Afghani bertanya kepada pemimpin Pas, 'Kafirkah Aku?'

Sebaik-baiknya Tok Guru bertanya diri sendiri adakah membantu anak yatim dan janda ahli-ahli Pas yang meninggal dunia dalam Peristiwa Memali sebagai bantuan kepada makhluk yang beliau maksudkan.

Adakah nasib mereka terbela, ke mana perginya wang tabung Memali yang dikhabarkan lesap tanpa diaudit. Sebaik-baiknya perkara ini menjadi perhatian Tok Guru dan pemimpin pakatan pembangkang yang semakin galak membuat janji-janji manifesto baru ibarat gula-gula paling beracun menanti rakyat untuk mengulumnya.

Jika saya susah dan tidak berwang adakah salah saya dibantu. Haiwankah aku? Kerana terpaksa menerima wang daripada Ulil Amri. Kerana kalau diminta daripada Kerajaan PKR Selangor mereka akan bertanya, tunjukkan bukti awak memangkah kami, baru kami beri apa kami janji. Siapa yang lebih haiwan sifatnya?

1 comment:

Anonymous said...

HJ ADE anak samplomik
Hari-hari duduk mengaruk
Perangainya pula umpama berok
Menjual agama dek kerana colokkkkk

Patut x de orang begini
Menyusahkan umat setiap hari
Nak cari makan bukan begini
Lebeh baik menjual biniiiiiiiiii