Tuesday 3 November 2015

Walaupun TNB Beli IPP Dari 1MDB Tapi Kerajaan Tetap Rugi Berbillion Ringgit !

Saya percaya ramai yang teruja bila mendengar Arul bercakap tentang Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB,kan? 

Peeeeergh .... jual, jual jual lepas tu kasi settle hutang. YES ! Hutang settle. Takde masalah dah. Kes 1MDB selesai .....Sekarang itulah yang menjadi target 1MDB, bukan nak buat untung atau nak bawa pelaburan strategik ke dalam negara tapi bagaimana nak settle hutang ! 


(BILA 1MDB BERHUTANG BISING KELILING KAMPUNG.BILA 1MDB BERUSAHA LUNASKAN HUTANG RIUH SEKAMPUNG! APA ORANG BUAT SEMUANYA TAK BETUL.

KALAU MANUSIA JENIS NI TAK KACAU 1MDB DAH TENTU 1MDB BOLEH BERURUS NIAGA DENGAN BAIK.BIASALAH SESEBUAH SYARIKAT BERHUTANG.HUTANG TERSEBUT AKAN DILUNASKAN IKUT PERJANJIAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN.

LAMA-KELAMAAN HUTANG SELESAI,SYARIKAT BOLEH KAUT UNTUNG KEMUDIANNYA.SEBAB TU JANGAN SUKA KACAU DAN CAMPUR URUSAN PERNIAGAAN ORANG LAIN!)


Jauh sekali larinya agenda 1MDB waktu mula ditubuhkan dulu. Dari kononnya nak bawa masuk duit ke dalam negara, kini mencurah2 duit keluar negara. Apa yang rakyat dapat hasil dari pelan strategik 1MDB selama 6 tahun ini yang menelan belanja berpuluh billion ringgit ? 

Anda sendiri boleh jawab ...Tanpa ramai sedari, sebenarnya Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB adalah BUKTI bagaimana 1MDB telah rugi berbillion2 ringgit duit kerajaan ! 

Kita tidak sedar sebab terpaku dengan ayat2 gempak yang digunakan oleh Arul. Memang kelas ayat2 yang digunakan. Berbaloi kerajaan bayar gaji Arul .... TAPI kalau kita buang semua ayat2 hiasan itu dan melihat kepada FAKTA ASASnya saja, baru kita akan sedar bahawa tidak ada apapun yang patut dibanggakan dengan 1MDB. 

Kita cuma perlu melihat isu dari sudut pandangan lain, yang mudah tanpa dipesongkan pemikiran kita dek penggunaan ayat2 yang bombastik.


(ARUL KANDA PAKAR URUS TADBIR KEWANGAN SYARIKAT.DIA MEMANG AHLI DALAM BIDANGNYA.MASALAHNYA IALAH BILA TUKANG KAYU TUNJUK PANDAI DALAM HAL-HAL SEPUH EMAS.


BIARKAN TUKANG EMAS DENGAN KERJANYA.TUKANG KAYU TAK PAYAHLAH TUNJUK PANDAI SEDANGKAN SUDAH PASTI TUKANG KAYU TAK TAHU APA-APA AKAN HAL EMAS).


Jom kita lihat Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB berkaitan dengan IPP.


1 - 1MDB beli kesemua IPPnya dengan harga RM18 bilion. Diletakkan dibawah syarikat bernama Edra.( Kita tolak ketepi dulu soal beli dengan harga mahal dan hal2 berkaitan lain. Mudahkan isu supaya jelas pandangan kita )


2 - Hutang dah bertimbun dan 1MDB tak mampu bayar. Jadi sekarang 1MDB nak jual balik IPP itu secara borong. Maknanya nak jual Edra.( Sebab apa 1MDB tak mampu bayar hutang ? 


Itu kena tanya pro 1MDB yang begitu bangga dengan ketidakupayaan 1MDB nak bayar hutang hingga terpaksa jual aset. Pelik dah sekarang kayu ukur yang mereka gunakan untuk tentukan samada sebuah syarikat itu berjaya atau tidak atau perlu dibanggakan atau tidak )


(HUTANG PERLU DIBAYAR.KAU BERHUTANG DENGAN BANK UNTUK MULAKAN PERNIAGAAN PERLU LAH BAYAR IKUT JADUAL.KALAU KAU GAGAL NAK BAYAR HUTANG ANGKARA KETIDAKCEKAPAN ATAU GANGGUAN LUAR YANG DENGKI DENGAN KAU,KAU TERPAKSA JUAL MANA-MANA ASET YANG KAU ADA.YANG PENTING HUTANG WAJIB DIJELASKAN.


MASALAHNYA 1MDB DIGANGGU DAN DIKACAU HANYA SEMATA-MATA HENDAK MENGERJAKAN PM.HANYA KERANA IPP TAK DISAMBUNG KONTRAK MAKA MENYALAKLAH BALACI-BALACI YANG DIUPAH.SELAMA INI TIADA ISU YANG DAPAT MENJATUHKAN PM.MAKA INILAH PELUANG UNTUK GUNA ISU 1MDB UNTUK MENCALARKAN IMEJ PM!

PERSOALANNYA MENGAPA TAK AJAK TUN M DAN LAIN-LAIN BALACINYA MENYEDIAKAN BUKTI-BUKTI SAHIH UNTUK BERDEBAT DENGAN ARUL KANDA?

TAKUT KE TEMBELANG PECAH TENTANG FAKTA-FAKTA PALSU YANG SETAHUN LEBIH DIJAJA KE SELURUH NEGARA?)

3 - Kemungkinan besar TNB yang akan beli Edra dengan harga RM15 bilion. Hasil jualan itu 1MDB akan bayar hutang.  Nah, di sini yang ramai tidak nampak akan satu perkara paling penting.  1MDB adalah kerajaan dan TNB juga adalah kerajaan ..... bermakna kerajaan akan buat dua kali hutang untuk benda yang sama !Huh ? Nampak tak ? 

Cuba baca balik perlahan2 ..... Berhutang kali kedua untuk bayar hutang pertama.Kerajaan beli IPP ( melalui 1MDB ) dengan harga RM18 bilion hutang. Kemudian kerajaan ( melalui TNB ) akan berhutang sekali lagi untuk bayar hutang RM15 bilion untuk IPP yang sama.Di mana ruginya ?

Saja2 je bayar Bunga atau interest untuk pinjaman RM18 bilion ! Kalau 5% dah jadi RM900 juta setahun. Kalau selama 3 tahun, jumlah interest yang terpaksa kerajaan bayar ( melalui 1MDB ) adalah hampir RM3 bilion !

Untuk baki pinjaman pokok yang mahu disettlekan itu pun pasti ada caj interest juga. Umpama kita nak settlekan baki pinjaman kereta kita sekali gus, bank takkan terima pokok je, interest tetap dikira. Mungkin diberi sedikit diskaun je sebab bayar awal.

So ..... berapa billion kerugian dalam bentuk interest yang terpaksa kerajaan bayar kerana 1MDB gatal nak beli IPP secara hutang ?TNB pula terpaksa berhutang juga kalau nak ambilalih Edra. TERPAKSA sebab kalau tidak IPP akan terlepas ke tangan orang luar.

Yang untung siapa angkara 1MDB ini ? Tauke IPP asal yang dapat jual IPP yang nak tamat tempoh dengan harga mahal dan bank2 yang dapat interest yang jumlahnya berbillion ringgit !

BAYANGKAN kalau 1MDB ini tidak wujud pun ..... semua bilion2 itu tidak perlu pun ditanggung oleh kerajaan. Itu adalah keRUGIan !Siapa yang kena bertanggungjawab ? 

Adakah Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat yang buat semua keputusan bodoh itu dikenakan sebarang tindakan atas kerugian berbilion2 ringgit itu ? 

Bagaimana dengan ahli lembaga pengarah 1MDB ? Atau CEO atau mana2 pegawai 1MDB lain ?Taaaaak .... semua elok jer. Yang bertanya dan yang menyiasat pula dikenakan tindakan !

PS - Saya ambil fakta2 asas saja. Banyak lagi perkiraannya termasuk opportunity cost. Pendek kata - 1MDB atau kerajaan telah rugi berbilion ringgit dalam projek Edra ini.

Fakta RUGI BERBILLION RINGGIT ini jangan dilupakan setiap kali kita dengar Arul atau Najib bercerita tentang Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB.Kalau boleh kita minta Arul atau Najib nyatakan berapa sebenarnya jumlah kerugian berbilion itu .


(KALAU TINDAKAN INI DIKATAKAN TINDAKAN BODOH MENTERI KEWANGAN BERMAKNA TUN M PUN BODOHLAH.BODOH SEPULUH KALI GANDA PULAK TU.

CUBA KAU JELASKAN BERAPA PULUH BILION TUN M BIL-OUT SYARIKAT KERAJAAN DAN SYARIKAT KRONI-KRONINYA? BERAPA BANYAK DUIT PETRONAS YANG BELIAU HABISKAN UNTUK ITU SEMUA?ITU YANG JELAS!!!

SEDANGKAN 1MDB BELUM JELAS BIL-OUTNYA.TIDAK SALAH JUAL ASET UNTUK JELASKAN HUTANG.ASET 53BILION,HUTANG 42 BILION.DI MANA JANGGALNYA?

KALAU 1MDB TIDAK DIKACAU DAN DIGANGGU TIDAK MUSTAHIL PROSES URUSNIAGA BERJALAN DENGAN LANCAR DAN TERATUR.BERNIAGA DAPAT UNTUNG BAYAR HUTANG.LAMA-LAMA HUTANG SELESAI URUS NIAGA BOLEH JANA UNTUNG SETERUSNYA!

JANGANLAH KITA HITAMKAN HATI KITA YANG MEMANG DAH SEDIA HITAM TU!!!)

No comments: