Sunday 1 November 2015

SERANGAN SEMAKIN LEMAH.KEBENARAN TETAP MENANG!!!


by akmy 


Rakyat disusahkan oleh mereka yang sengaja hendakkan rakyat memberontak menentang kerajaan…asas kepada GST ialah “Pertama, daripada dua cukai jadi satu cukai iaitu 16 peratus menjadi 6 peratus sahaja, banyak barangan yang daripada mahal menjadi makin murah.


Harga boleh direbat daripada kerajaan oleh pembekal, pengilang dan pengedar, serta bukti yang paling jelas adalah sebanyak 160 daripada 190 buah negara yang telah menggunakan cukai GST ini.


”GST adalah selaras Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan di mana peniaga tidak boleh mengenakan harga jualan dengan kadar yang sangat tinggi kerana kerajaan mampu mengawal harga berdasarkan sistem rebat yang dikenakan kepada setiap peniaga, pengilang mahupun pembekal…


“Di sini semua pihak akan dapat manfaatnya, baik dari segi peniaga akan mendapat keuntungan, pengguna dapat berbelanja dengan harga di bawah kawal. Manakala kerajaan akan mendapat sumber pendapatan daripada percukaian yang akhirnya cukai tersebut akan dinikmati oleh semua pihak,” …


Bukan lagi setakat tulisan, banyak kedai sekarang ini menjual barangan lebih murah dari sebelum GST…dulu ramai peniaga yang tidak faham atau buat2 tak cerdik dengan gunakan harga lama pada cukai 10% dan 6 % tambah lagi GST 6%...


"Haiya sikalang halega sulah nek GST punya pasal”…mau tidaknya rakyat mengamuk…tapi yang pasti terus tak mau dengan GST ni ialah peniaga billion2 yang dulunya dapat elak “juta2” tak bayar elak cukai,…


Dannn jangan lupa apa yang tersirat dalam soal “tidak dapat lagi dapat meneruskan “untung buta” berbillion dari duit rakyat Malaysia…


Satu lagi mesin cetak duit yang amat menguntungkan dan bakal dihapuskan oleh Najib adalah mesin slot. Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah menjana keuntungan dianggarkan lebih RM10 bilion setahun di mana 70% daripada perniagaan tersebut dikuasai oleh keluarga Vincent Tan”…


 "Malaysia Today melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi”… 


Sejak tahun lalu terdapat gosip bahawa Tony Pua menyerang 1MDB sebagai menjaga kepentingan YTL yang telah kalah tender dengan 1MDB…mengenai 1MDB ni juga, Dr. Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi PAC berkata jika kamu (Tony Pua) tidak mempunyai bukti, hanya bercakap sahaja, lebih baik tutup mulut…


Kesimpulannya segala isu dikumpul, diadun menjadi fitnah untuk menjatuhkan kerajaan dimana masing2 yang terlibat menyembunyikan niat sebenarnya sedangkan …"Saya tidak akan buat laporan polis menentang sesiapa. Saya tidak punya cukup bukti".Malaysian Insider 10 Oktober 2015…

No comments: