Wednesday 25 November 2015

PENGKHIANAT TAHAP KELDAI!!!



Benarkah mereka tidak kenal siapa anak Kiram, jika benar inilah pemimpin tahap keldai...yang tidak tahu apa yang mereka perjuangkan.

TOLAK PENGKHIANAT...
HARAMKAN NURUL IZZAH KE SABAH!


KOTA KINABALU 24 Nov. - Haramkan Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah.

Demikian penegasan yang disuarakan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah susulan tindakan Naib Pre­siden PKR itu bertemu dengan anak pe­rempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram di Manila, Filipina baru-baru ini.

Bagi mereka, tindakan tersebut wajar memandangkan ramai insan yang masih terluka dengan kejadian ke­ganasan yang dicetuskan oleh peng­ganas berkenaan dua tahun lalu.

Datuk Mohd. Suhaili Said (BN-Tungku) antara yang menyuarakan ‘pengharaman’ tersebut dan melontarkan persoalan mengapa perlu Nurul Izzah bertemu dengan Jacel Kiram?

“Dia (Nurul Izzah) tahu ramai anggota keselamatan kita yang terkorban. Sedangkan Filipina pun melabelkan mereka (pengganas Kiram) sebagai pengganas. Keadaan ini (serangan pengganas) begitu pedih, bukan senang kita hadapi situasi ini.

“Oleh yang demikian, apa gunanya dia jumpa Jacel?” soal beliau ketika membahaskan Dasar Kewangan Kerajaan bagi tahun 2016 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Turut sama menyuarakan pene­gasan itu ialah Datuk Ahmad Bujang (BN-Sindumin) dan Datuk Jaujan Sambakong (BN-Sulabayan).

Kedua-dua mereka senada mahukan kerajaan bertindak tegas mengha­ramkan Nurul Izzah memasuki Sabah.

“Tidak perlu Nurul Izzah meminta sesiapa supaya bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan. Cukuplah meminta daripada rakyat Malaysia. Jacel ini hanyalah orang luar.”

Demikian antara petikan penegasan oleh Ahmad Bujang yang turut menyatakan paparan poster ‘Release Anwar’ yang dipegang oleh Nurul Izzah dan Jacel melambangkan perkara itu telah dirancang lebih awal.

Selain itu, Datuk Seri Abdul Rahim Ismail (BN-Pantai Manis) mengingatkan semua pihak supaya sentiasa meletakkan kepentingan dalam menjaga kedaulatan negara.

Bagi ADUN pembangkang, Datuk Seri Wilfred M. Bumburing (APS-Tamparuli) pula berpendapat, tindakan Nurul Izzah itu tidak mengambil kira perasaan orang Sabah kerana kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan juga tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah.

“Dalam kegigihannya berjuang mendapat sokongan antarabangsa supaya bapanya dibebaskan, dia lupa tentang isu keselamatan Sabah. Walau bagaimanapun, kalau dia dianggap khianat, bagaimana pula mereka yang bertanggungjawab memberi kad pengenalan kepada pendatang haram?

“Dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara, undang-undang mesti digunakan secara adil dan saksama,” tambahnya.

Sementara itu, Datuk Mohammad Yusof Apdal (BN-Lahad Datu) yang mengutuk tindakan Nurul Izzah itu menyeru semua pihak supaya bersatu hati dalam menjaga kedau­latan negara.

No comments: