Wednesday 25 November 2015

UMNO Pecat Hamidah Osman.



Kuala Lumpur: Mesyuarat Majlis Tertinggi 
UMNO membuat keputusan untuk memecat 
Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk 
Hamidah Osman.


Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd 
Najib 
Tun Razak memaklumkan pemecatan 
Datuk Hamidah turut melibatkan 
keahliannya sebagai 
ahli UMNO.

Dalam pada itu, Mesyuarat Agung 
Sayap Wanita, Pemuda & Puteri akan 
dirasmikan Ketua Sayap masing-
masing.

Keputusan diambil atas kepentingan 
parti agar terus kukuh dan mendapat 
keyakinan rakyat.

Mesyuarat MT UMNO siang tadi 
diada
kan di Bilik Jawatankuasa 2, 

Bangunan Parlimen.

Hamidah Diberi Peluang Bela Diri 

Sebelum Dipecat.



BicaraNews: Setiausaha Badan 
Perhubungan Umno Perak, Datuk 
Saarani Mohammad berkata 
pemecatan Ketua Wanita Umno 
bahagian Gopeng Datuk Hamidah 
Osman daripada parti itu bukanlah 
sesuatu yang mengejutkan. 


Beliau berkata ini kerana laporan 
pelanggaran disiplin parti oleh 
Hamidah telah dikemukakan oleh 
Umno bahagian Gopeng kepada 
Lembaga Disiplin parti. 

“Sudah tentu MT (Majlis Tertinggi 
Umno) memperakukan syor 
Lembaga Disiplin berasaskan 
bukti-bukti yang kukuh. 

“Setahu saya Lembaga Disiplin 
tidak membuat keputusan 
berasaskan 
‘dengar cakap’ semata

-mata. Biasanya tertuduh dipanggil 

untuk membela 
diri,” katanya kepada 

Bernama 
menerusi khidmat pesanan 

ringkas 
(SMS) malam tadi. 

Sementara itu, Ketua Penerangan 
Umno Perak, Datuk Mohd Khusairi 
Abd Talib berkata keputusan yang 
dibuat MT adalah tepat.

No comments: