Sunday 22 November 2015

SUAMIKU SEORANG WANITA!!!

ISTERI TERKEJUT SUAMINYA YANG DIKAHWINI SELAMA 2 TAHUN SEBENARNYA SEORANG WANITA.


Maros (Indonesia): Seorang isteri terkejut dan membuat 
laporan polis selepas mendapati suaminya yang dikahwini 
selama dua tahun sebenarnya wanita.


Nurhayati, 24, membuat laporan polis kerana berasa tertipu 
selepas ‘suaminya’ yang dikenali sebagai Iwan, 39, sebenar
nya perempuan.



Ketua jabatan jenayah polis Maros di Sulawesi Selatan, 
Yusrizal berkata, identiti ‘suami’ wanita itu terbongkar 
pada Rabu lalu selepas keluarga kedua-dua belah pihak 
bertemu.



Katanya, Iwan atau nama sebenarnya Juma pergi ke rumah 
Nurhayati di sini dengan membawa surat keterangan 
pernikahan.



“Juma memberitahu keluarga Nurhayati bahawa mereka 
sudah bernikah pada September 2013 dan perkara itu 
menyebabkan keluarga wanita itu berang.



“Pertengkaran yang tercetus menyebabkan Juma akhirnya 
mengaku dia sebenarnya wanita,” katanya.



Nurhayati yang terkejut dengan pengakuan ‘suaminya’ itu 
bertindak membuat laporan polis dan mendakwa Juma 
menipu serta memburukkan nama baik keluarganya.



“Juma turut membuat laporan polis mendakwa keluarga 
Nurhayati cuba menyerangnya.



“Kami menahan Juma untuk soal siasat dan pemeriksaan 
doktor mengesahkan suspek wanita,” katanya.



Nurhayati memberitahu dia tidak mengetahui ‘suaminya’ 
wanita kerana sepanjang tempoh perkahwinan mereka tidak 
pernah melakukan seks. - Agensi

No comments: