Sunday 15 November 2015

TUN M KAT MANA? TUN M, TUN M KAT MANA???


Bila Penjelasan Hanya Untuk Diputar Belitkan


RAMAI kecewa di PWTC hari ini bila manusia yang paling diharap untuk datang mendengar malah bertanya soalan sendiri kepada Presiden 1MDB, Arul Kanda mengenai apa juga perkara yang tak faham mengenai syarikat tersebut, tidak menghadirkan diri iaitu Tun Mahathir Mohamad.  Dewan penuh tapi batang tubuh tua itu tidak kelihatan.
Soal kena jemput tak kena jemput bukan isu, Mahathir bukan tak pernah datang tanpa dijemput sebelum ini.  Dia pernah buat itu bahkan dia dan penyokongnya hijack pentas utama seolah program itu dialah bintangnya.
Nampak sangat isunya disitu bukan tak faham atau nak penjelasan, tapi lebih kepada soal politik, soal peribadi dan nak cari jalan untuk desak Perdana Menteri letak jawatan. 
Hakikatnya, 1MDB hanyalah asbabnya saja, sebetulnya yang nak dijaga ni kepentingan kroni kerana terjejas dengan tindakan pengambilalihan IPP oleh 1MDB.
Tapi, penulis rasa bila Mahathir tak datang, semua orang tahu sebabnya dan tak perlulah membuang masa bercakap benda yang semua orang sudah tahu.
Apa yang penulis nak tekankan hari ini ialah bila penjelasan Arul Kanda di PWTC hari ini diputar belit media pembangkang dalam bentuk tajuk, sehingga ada yang dikira bukan calang-calang manusia pun jadi bebal kerana hanya mengulas keseluruhan isu itu dari tajuk yang disiarkan portal pembangkang, tak baca apa yang diulas dibawah.
Malah menurut khabarnya, dia tak hadir pun sesi penerangan tu.
Jadi bayangkanlah, kalau orang macam ini pun boleh terpengaruh dan terpedaya, apa lagi yang bertaraf lembu pembangkang kat bawah ni, lagilah teruk bunyinya.
Penat saja Arul ke hulu ke hilir, pada hari sepatutnya beliau berehat pulak tu, untuk bercakap benda yang sama berulang-ulang dan jawap soalan, juga ada diantaranya berulang-ulang.  Tapi diakhirnya perkara yang dicakapkan tu diputar belit oleh media pembangkang dan penyokong-penyokong mereka.
Rasanya sampai masa tindakan undang-undang pulak menyusul kerana keseluruhan episod 1MDB ini sudah jelas hanyalah sandiwara politik, bukan ada masalah yang besar mana pun.  Siapa putar belit dalam portal ke, blog atau Instagram, saman saja, jangan kira keturunan.

5 comments:

Anonymous said...

AKU PENGGANTI TUN MADEY, SILA JAWAB KOMEN DIBAWAH;

....." Arul Kanda Kandasamy mengesahkan sejumlah RM4 bilion (AS$940 juta) dalam bentuk unit amanah yang dilaburkan dalam Brazen Sky Limited yang didaftarkan di Pulau Cayman masih belum ditebus.....

Beliau berkata, pihaknya akan menebus unit tersebut dan dipindahkan ke International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi membayar hutang yang ditanggung 1MDB. " --- TMI.

Huh ? Mana satu daa ? Dah tebus ke belum ? Macamana benda semudah nak sahkan DAH TEBUS atau BELUM TEBUS pun boleh tersilap dan kesilapan itu pula terbiar berbulan2 lamanya ? Kemudian penerangan demi penerangan diberikan yang semuanya berubah2 fakta ... APA CITER NI 1MDB ?

PENDEK KATA... APA YANG NAJIIB KATA DALAM JAWAPAN BERTULISNYA DIDALAM PARLIMEN BULAN MAC LALU ADALAH 100% PALSU !!!!! ....penjilat boleh tolong jawabkan.. mungkin admin
dan cai Penjilat tolong Jawabkan..

Unknown said...

Huuh...nasb baik Tum M tak datang...Kalau tidak lagi banyak persoalan baru akan timbul akibat penjelasan semakin menjerat...

Anonymous said...

awal-awal lagi lembu TUN dah bagi komen...hahahahaha.... tak dengar semua dan tak paham cerita lagi mau cakap pasal unit amanah kat CAYMAN....udah-udahler.... Tun pun dah sengeh dan tersengeh malu dah woiiiii.....

Anonymous said...

Ha ha ..mana dia anjing penjilat najiss... tak nak jawab ker ..persoalan yg ditimbulkan... kalau tun madey tak de sekalipun ... kami tetap persoalkan jawapan yg x jelas... anyway anjing penjilat... sila jawab persoalan tersebut.... jgn nak spin kpd orang lain ...

Anonymous said...


Ni satu lagi goreng dari Arul, kali ini mengenai Dana Cayman yang sebelum ini dah jadi aset kemudian jadi Unit .... rupa2nya MASIH BELUM DITEBUS SEPENUHNYA ! ???

..... Arul Kanda Kandasamy mengesahkan sejumlah RM4 bilion (AS$940 juta) dalam bentuk unit amanah yang dilaburkan dalam Brazen Sky Limited yang didaftarkan di Pulau Cayman masih belum ditebus.

Beliau berkata, pihaknya akan menebus unit tersebut dan dipindahkan ke International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi membayar hutang yang ditanggung 1MDB. - TMI.

Huh ? Mana satu daa ? Dah tebus ke belum ? Macamana benda semudah nak sahkan DAH TEBUS atau BELUM TEBUS pun boleh tersilap dan kesilapan itu pula terbiar berbulan2 lamanya ? Kemudian penerangan demi penerangan diberikan yang semuanya berubah2 fakta ...... APA CITER NI 1MDB  ? ?

Pendek kata, apa yang Najib kata dalam jawapan bertulisnya di Parlimen bulan Mac lalu adalah 100% PALSU !



Nilainya SALAH - Bukan USD1.103 bil tapi USD940 juta

Bentuknya SALAH - Bukan tunai tapi Unit

Lokasi SALAH - Bukan di Singapura tapi di Cayman

Fakta SALAH - Dikatakan sudah ditebus tapi rupanya BELUM tebus lagi

KESEMUA yang disebut oleh Najib itu adalah SALAH !

Alasan peraturan Bank Negara yang menyusahkan itu .....well, yang ini hanya Najib saja yang tahu dari mana datangnya. Maksud saya, kalau bendanya tak ada pun, bagaimana alasan itu boleh ada pulak ? Kecuali alasan itu sengaja direka !

Don't tell me PM kita mereka-reka jawapan Parlimen pula....

                               *****************

Bulan lepas semasa menjawab isu pendedahan minit mesyuarat ahli lembaga pengarah 1MDB, Arul dilaporkan berkata -

“What was unfortunately not made clear, was that the redemptions happened partly in cash and partly through the sale of fund units, with cash payment being deferred,” he said. - Thestar 10/10.

Cash deferred ni bermaksud -  Jual dulu, duit dapat kemudian ( tunai tertunda ) Bermakna, hak sudah dipindah milik cuma bayarannya settle kemudian.

Whatever lah .... agak teknikal kalau dipanjangkan. Apa yang penting adalah - APA CITER SEBENAR NI 1MDB  ? ?