Tuesday 17 November 2015

Wajah Sebenar Mahathir – Serangan Keatas Tun Abdullah !!!


Pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed sudah mula dipertikaikan oleh rakyat pada sekitar tahun 1999 dimana beliau disifatkan oleh kebanyakan pemerhati politik sebagai melakukan tindakan terburu-buru dan tidak berhati-hati diatas beberapa tindakannya termasuk memecat secara tiba-tiba, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Ramai yang menyifatkan, Tun M tidak mengambil peduli sentimen yang bakal berlaku dengan tindakan pemecatan berkenaan. Malah, belum pernah dalam sejarah, seseorang individu dipecat secara serentak dari dua jawatannya (Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri) serta digugurkan daripada ahli, sebelum undang-undang menyabitkan kesalahan bagi seseorang individu.

download (12)

Pemberontakan dalaman ini akhirnya dapat diredakan sedikit oleh Tun M  tetapi beliau gagal meredakan kemarahan orang luar yang tidak mengetahui duduk perkara sebenar. Dengan alasan “dah lama dah” beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, akhirnya beliau mengumumkan perletakkan jawatannya dan Tun Abdullah Ahmad Badawi diumumkan sebagai penggantinya.

Perlantikan ini sebenarnya agak mengejutkan kerana ramai yang beranggapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diangkat menjadi Perdana Menteri berikutan kredibilitinya lebih baik daripada Tun Abdullah. Tun Abdullah pada ketika itu disifatkan sebagai seorang menteri kabinet yang lurus dan lembut dalam setiap tindakannya.

Sewaktu awal pentadbirannya, semua pihak menyambut baik perlantikannya dan ini dibuktikan dengan kejayaan beliau meraih keputusan dua per tiga majoriti dalam Pilihanraya Umum ke 11. Dengan berpandukan Islam Hadhari, motto Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan bekerja bersama saya, bukan bekerja kerana saya, nyata berjaya menarik perhatian ramai dengan pentadbiran yang lembut dan berhemah.



images (1)

Namun itu tidak menjanjikan sesuatu yang menyenangkan kepada Tun M. Beliau melihat, sokongan yang diterima oleh Tun Abdullah seolah-olah ancaman kepada beliau. Ditambah pula dengan kemenangan menantu Tun Abdullah sendiri, Khairy Jamaluddin yang menewaskan Mukhriz Tun Mahathir dalam pertandingan Ketua Pemuda, ianya seolah-olah menjadi “spark” kepada Tun M untuk melancarkan serangan.

Serangan Tun M sebenarnya tidak memperdulikan apa sahaja. Beliau 
menyerang dengan segala cara dan 
segenap aspek pentadbiran Tun Abdullah sehingga satu tahap dimana Tun M pernah mengeluarkan kenyataan :


“Perlantikan Pak Lah bagi menggantikan saya, merupakan kesilapan paling besar yang saya lakukan”


Dalam hal ini, Tun M sanggup melakukan apa sahaja termasuk bertindak meninggalkan UMNO bersama-sama beberapa pengikutnya dan seterusnya melancarkan serangan dari luar UMNO pula. 

Di pihak Tun Abdullah, sepanjang mendapat mandat baru rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 11, beliau terlalu sibuk menangkis serangan Tun M sehingga ada ketikanya beliau seolah-olah “terlupa” mentadbir negara daripada melayan serangan Tun M.

images

Dapat difahami, kemarahan Tun M adalah kerana tindakan Tun Abdullah yang membatalkan projek jambatan bengkok yang ironinya, pembatalan ini sehingga kini menjadi antara topik serangan Tun M terhadap kepimpinan hari ini. 

Persolannya, kenapa Tun Abdullah diserang sebegini teruk sedangkan beliau telah berjaya membawa kemenangan besar kepada Barisan Nasional pada tahun 2004?

Jawapannya mudah, seperti yang disebutkan diatas, Tun Abdullah adalah seorang menteri yang dilihat ramai pihak sebagai seorang yang lembut dan lurus. Malah ada pihak yang menyifatkan beliau seorang yang naif dan tidak suka bermusuh dengan sesiapa. 

Atas alasan inilah, Tun M memilih Tun Abdullah berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau melihat kemungkinan untuk mengawal kerajaan melalui Perdana Menteri bonekanya dan dalam kes ini, Tun Abdullah adalah mangsanya.

Namun, Tun Abdullah ada ideanya yang tersendiri dan sekaligus mengabaikan apa sahaja pesanan Tun M demi kelangsungan survival beliau dan kroni-kroni warisan beliau. 

Ini yang paling ketara dan paling menyedihkan, terdapat begitu ramai menteri yang menyokong tindakan Tun M ini termasuk menantu beliau sendiri, Khairy Jamaluddin.

images (2)

Atas sebab inilah, sewaktu Pilihanraya Umum ke 12, Tun Abdullah gagal membawa kemenangan besar kepada Barisan Nasional sehingga memaksa beliau melepaskan jawatan pada Mac 2009. 

Dalam satu wawancara yang dilakukan bersama-sama beliau, beliau menyifatkan, ketiadaan sokongan dari mana-mana pihak termasuk penerangan UMNO, membawa kepada kejatuhannya.

Malah beliau jelas sedih dengan perseteruan beliau dengan Tun M dimana beliau menyifatkan sepanjang pentadbirannya, beliau berusaha membangunkan negara mengikut acuan beliau sendiri dengan berpaksikan amanat yang ditinggalkan oleh Tun M. 

Namun, Tun M lebih berminat mengganggu urusan beliau dan beliau tidak dapat melaksanakan apa yang dirancang kerana gangguan ini.

Sebaik sahaja Tun Abdullah berundur, percaturan politik baru pasti akan dilakukan Tun M dalam mencari mereka yang boleh menjadi bonekanya. 

Dalam kes ini, sekali lagi nama Tan Sri Muhyiddin Yassin tersingkir dan kali ini menjadi milik Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, individu yang bertanggungjawab menyelamatkannya pada Pemilihan Agung UMNO pada tahun 1988 dengan menewaskan pencabar beliau, Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO.

3 comments:

Anonymous said...

Alaahaai .... Lagi2 artikel untuk memburukkan Tun Madey, Tulisan hanya Andaian tanpa bukti..... Wujudkan Persepsi untuk Elak Isu Sebenar... Kalau betul tun Bersalah hukum beliau ... begitu Juga dgn orang lain ... Jawab Persoalan ini

" Arul - Kerajaan Hilang Aset dan Berbilion Ringgit Itu Tidak Rugi ! " ...

Rujuk Youube... Analisa Fakta2 yang arul diberikan, supya tidak nampak kebodohan akibat menepuk tangan...

Anonymous said...

pandai sungguh pencacai madey berkata2.madey tuduh najib pun hanya andaian tanpa bukti.hanya membina persepsi buruk terhadap najib.pandai suruh hukum madey kalau betul2 bersalah.kenapa madey tak dakwa najib kalau betul2 najib salah? yang mampu madey cakap,saya tak ada bukti.jadi sahlah selama ini serangan madey terhadap najib hanya lah berdasarkan andaian dan fitnah kalau madey benar2 tak ada bukti.nak jadi pencacai angkat tahik madey pun biarlah berasaskan fakta bukan fitnah dan andaian.tak lah nampak bodoh bertingkat2.kalau suka sangat serang orang kenalah sanggup pulak terima serangan orang lain.

Anonymous said...

Ha .ha. Jawapan anjing penjilat mughalazah ... seolah2 kalau madey buat salah ..maka najib pun boleh buat salah .. hoi bongok ... walaupun madey belum mendakwa najib di mahkamah at least dia menyatakan secara terang terangan melalui ceramah dan media supaya najib boleh berubah..... sekarang pencacai minta najib pula kesalahan madey dulu2 secara terbuka...biar rakyat tentukan melalui undi....