Sunday, 1 November 2015

Teknik Mengawal Ejakulasi!!!Khusus Untuk Pasangan Suami Isteri!!!




Teknik ini dibahagikan kepada 2 kaedah utama:

1) Teknik pernafasan
2) Kawalan tenaga dalaman
i . Kawalan peredaran darah
ii. Kawalan minda

Kaedah-kaedah di atas hendaklah digabungkan ketika menusuk zakar ke dalam faraj. Semasa 2 minit pertama anda menusuk zakar ke dalam faraj merupakan tempoh masa yang paling mudah bagi zakar memancutkan air mani kerana dalam tempoh ini zakar belum begitu serasi dengan dinding faraj. 

Ini menyebabkan tahap sensitiviti dan kenyiluan pada kepala dan batang zakar begitu tinggi. Ini merupakan punca utama mengapa ramai lelaki terpancut air mani terlalu awal.

Untuk mengatasi tempoh kenyiluan yang tinggi ini, kaedah kawalan minda digunakan untuk mengatasi masalah ini. Dengan kaedah ini, anda perlu menumpukan sepenuh perhatian anda kepada deria rasa di kepala dan batang zakar. 

Sekiranya terdapat sedikit rasa nyilu pada zakar, dengan cepat anda perlu menarik keluar zakar daripada faraj. Langkah ini perlu untuk menghilangkan rasa nyilu pada zakar.

Selepas menarik keluar zakar daripada faraj, pegang bahagian pangkal zakar dengan menggunakan tangan. Ibu jari hendaklah mencengkam urat di bahagian atas pangkal zakar. Jari telunjuk dan 2 jari lagi mencengkam urat di bahagian bawah pangkal zakar. 

Semasa kaedah ini dilakukan, tarik nafas dengan panjang, tahan nafas lebih kurang 2 saat dan kemudian hembuskan nafas dengan panjang. Ulang kaedah menarik dan menghembus nafas sebanyak 2 kali sehinga rasa nyilu pada zakar hilang. Semasa anda menarik dan menghembus nafas, pastikan jari anda sentiasa memegang pangkal zakar.

Setelah rasa nyilu hilang, tusukkan lagi zakar ke dalam faraj. Setiap kali tusukan, minda anda hendaklah sentiasa mengawasi deria rasa di kepala dan batang zakar. 

Jika terdapat rasa nyilu, tarik zakar keluar dengan cepat dan lakukan kaedah mencengkam pangkal zakar dan kaedah penarikan dan penghembusan nafas. Kesemua langkah perlu diulang setiap kali rasa nyilu dirasai pada zakar.

Dengan mengamal kaedah ini, anda dapat mengurangkan rasa nyilu dan menambah ketegangan pada zakar, seterusnya melambatkan ejakulasi daripada berlaku. 

Penerangan saintifik mengapa anda perlu menarik &  menghembus nafas untuk mengurangkan kenyiluan zakar ialah dengan cara menarik nafas, darah-darah yang kurang oksigen akan ditarik keluar daripada zakar ke jantung.

Dengan menghembus nafas pula, darah yang kaya dengan oksigen akan dipam oleh jantung ke tisu-tisu zakar. Ini membolehkan tisu-tisu zakar mengembang dengan baik dan mengekalkan ketegangan seterusnya menghilangkan rasa nyilu. 

Kaedah mencengkam urat di pangkal zakar pula dapat melambatkan air mani daripada masuk ke dalam uretra (saluran kencing) dan mengelakan air mani daripada terpancut awal.

Untuk mengurangkan lagi rasa nyilu, semasa menarik dan menghembus nafas, anda perlu berada dalam keadaan rileks. Bawa pemikiran anda ke satu tempat lain selain daripada seks, seperti bayangkan anda sedang berjogging atau bermain bola. Dengan mengalih pemikiran ini, anda dapat mengurangkan rasa nyilu pada zakar.

Setelah anda menusuk zakar ke dalam faraj lebih daripada 5 minit, anda dapati zakar anda menjadi lebih serasi dan tahan dengan kemutan dinding faraj. Sekiranya anda berusaha mempelajari dan mengamalkan kesemua kaedah yang diterangkan dengan gigih, anda mampu menahan ejakulasi selama 30 hingga 40 minit dalam masa 2 minggu.
dari blogpresident-cinta.

No comments: