Thursday 5 November 2015

LAYANAN TERHADAP SEMUA BANDUAN ADALAH SAMA.TIADA ISTILAH BANDUAN KELAS BANGSAWAN DAN ATASAN!!!

Wajarkah Anwar Dibebaskan Hanya Semata-Mata Untuk Rawatan Perubatan?

By Samurai Biru 


Hampir semua penyokong Pakatan Harapan terutamanya keluarga bekas Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan kerajaan membebaskan beliau daripada penjara kerana beliau dikhabarkan menderita menanggung kesakitan di bahagian bahu yang memerlukan rawatan dan pembedahan dari pakar bebas dan profesional.

Setiap hari, keluarga Anwar mengwar-warkan kondisi kesihatan beliau yang kononnya sedang terlalu menderita dan berhadapan kemungkinan lumpuh separuh bahagian akibat kesakitan berkenaan. 

Malah, pihak keluarga Anwar dilaporkan sanggup ke Amerika SYarikat bagi merayu campur tangan pihak Amerika dalam usaha membebaskan Anwar.

images (27)

Ironinya, semua pembangkang termasuk pentaksub Tun Dr Mahathir Mohamed kononnya amat membenci Amerika berikutan kemungkinan Malaysia menyertai perjanjian Trans Pasifik (TPPA) bersama-sama Amerika. Namun dalam hal Anwar, mereka sanggup menyembah Amerika demi membebaskan Anwar. Pelik bukan?

Sebenarnya, Anwar tidak perlu untuk dibebaskan kerana keselamatan dan kesihatan beliau di Penjara Sungai Buloh sentiasa terjaga. 

Ini disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamadketika menjawab soalan yang dikemukan oleh Nurul Izzah Anwar di Parlimen kelmarin.

Beliau menegaskan, undang-undang tidak mengenal pangkat mahupun rupa. Anwar, sama seperti rakyat Malaysia yang lain tidak mendapat sebarang keistimewaan yang ketara berbanding banduan yang lain. 

Malah tahap kesihatan beliau sentiasa dipantau oleh pihak penjara kerana disebalik perlu menjalani hukuman, faktor keselamatan dan kesihatan juga sentiasa ditekankan oleh pihak penjara.

anwar

Perkara ini dibuktikan dengan kebenaran Anwar untuk bertemu dengan barisan peguamnya sebanyak 65 kali, ahli keluarga sebanyak 15 kali, solat Jumaat sebanyak 35 kali dan solat berjemaah sebanyak 60 kali. 

Disamping itu Anwar juga diberi kebenaran khas oleh pihak KDN untuk menghadiri pengebumian bapanya dan perjumpaan dengan SUHAKAM pada 20 Oktober lalu.

Jika dilihat kepada penerangan berkenaan, secara asasnya, tiada keperluan untuk Anwar dibebaskan terus dari penjara hanya semata-mata mendapatkan rawatan di luar terutama
nya di luar negara. 

Mengambil contoh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo yang tetap menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang walaupun beliau menghidap penyakit jantung yang agak serius.

Adakah Anwar menidakkan keupayaan doktor-doktor pakar di Malaysia? Alasan lama beliau kononnya beliau bimbang akan disuntik virus Aids, dipukul malah mungkin diracun sebenar
nya tidak wujud sama sekali. Sejarah penjara Malaysia, belum pernah ada walau seorang banduan pun menemui ajal dipenjara akibat tidak diberi perhatian oleh warden yang bertugas.

download (7)

Dalam hal ini, kerajaan mungkin boleh membenarkan barisan doktor pakar samada dalam mahupun luar negara merawat Anwar di penjara. 

Malah, mungkin kerajaan boleh membenarkan Anwar dirawat di Hospital terbaik negara, Hospital Sungai Buloh secara berkala andai itu boleh menjamin kesihatan Anwar.

Alasan untuk mewajarkan Anwar dibebaskan dari penjara sebenarnya hanya alasan kosong semata-mata. 

Bukan sekali Anwar bersandiwara mengatakan beliau dalam keadaan uzur dan memerlukan perhatian sewajarnya. Namun setiap kali beliau mendakwa sakit, keesokan harinya beliau kembali cergas, seperti tiada apapun yang berlaku seperti yang beliau dakwa.

Dalam hal ini, beliau berjaya menewaskan nama-nama hebat ini seperti Datuk Shah Rukh Khan, Rajnikanth, Salman Khan mahupun pelakon gred A Hollywood.

No comments: