Wednesday 18 November 2015

Wajah Sebenar Mahathir – Misteri Kehilangan USD $100 Juta


Beliau diakui sebagai Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat didalam Malaysia. Beliau juga diakui sebagai seorang idealis yang membawa kepada perubahan ekonomi negara dari pertanian kepada ekonomi berasaskan industri. 

Selama 22 tahun beliau mentadbir, bukan langsung tiada perubahan yang beliau lakukan. Beliaulah Tun Dr Mahathir Mohamed.

Namun begitu, pada 4 Disember 2009, seorang wartawan dari Asian Wall Street Journal telah menimbulkan kontroversi yang mengejutkan.

Pada hari berkenaan, beliau telah mengeluarkan sebuah buku, Malaysian Maverick yang menceritakan tentang apa yang berlaku sepanjang pentadbiran Tun M sejak 1981 sehingga 2003.

images (1)












Barry Wain, seorang wartawan dan editor 
untuk Asian Wall Street Journal, dilahirkan 
di Brisbane, Australia. 

Beliau memulakan karier kewartawanannya 
di Canberra sebelum berpindah ke Hong Kong dimana disana beliau ditawarkan sebagai wartawan dan penganalisis ekonomi bagi rantau Asia Tenggara.

Beliau juga pernah bertugas di Kuala Lumpur dan Bangkok antara tahun 1984 sebelum kembali ke Hong Kong pada tahun 1988. 

Sepanjang hidup beliau, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku antaranya The Refused yang mengenang sejarah pelarian di Indochina semasa dan selepas Perang Vietnam dan buku yang paling mencetus kontroversi di Malaysia, Malaysian Maverick.

Buku berkenaan diharamkan penerbitannya 
di Malaysia namun ianya tidak menghalang orang ramai dari mengakses buku berkenaan daripada internet. 

Semasa menghasilkan buku berkenaan, Wain sendiri menemubual Tun M di tiga lokasi berasingan dimana setiap satu daripadanya dihuraikan secara terperinci didalam buku berkenaan.

images












Malah, sebelum ini juga, Wain antara wartawan luar negara yang sentiasa mengikuti perkembangan Tun M dimana semua kisah dan urusan perniagaan yang dilakukan oleh Tun M sentiasa dinilai oleh Wain memandangkan beliau merupakan editor dan penganalisis ekonomi rantau Asia Tenggara.

Mengejutkan, menerusi pendedahan yang dilakukan oleh Wain, beliau mendakwa Tun M telah “melenyapkan” kira-kira USD $100 juta sepanjang 22 tahun pentadbirannya. 

Hari ini, andai nilai berkenaan ditukar kepada pertukaran semasa, ianya mencecah berbilion-bilion ringgit yang cukup untuk menjana pendapatan kerajaan bagi 7 bulan.

Persoalannya, benarkah beliau melenyapkan wang sebanyak itu sepanjang pentadbirannya? Ketika mengulas tentang hal ini, Barry Wain memberitahu, kehilangan ini diambil hasil daripada kegagalan Tun M dalam melakukan pelaburan luar negara, kegagalan syarikat yang ditaja atau ada berhubung kait dengan kerajaan semasa pentadbirannya dan pelaburan tukaran matawang yang sama sekali gagal di pasaran antarabangsa.

Wain dalam bukunya menggariskan senarai panjang syarikat yang menemui kegagalan hasil sikap penuh kronisme yang banyak menyebabkan negara rugi setiap kali pelaburan dilakukan. 

Dengan memberi contoh Perwaja Steel, beliau mengulas, andai Perwaja Steel diuruskan dengan baik, ianya bakal menjadi saingan terhebat industri minyak negara kerana pada masa berkenaan, permintaan besi jauh lebih tinggi berbanding minyak.

download


















Selepas buku ini diterbitkan pada 4 Disember 
2009, Tun M langsung tidak memberi reaksi terhadap buku ini walaupun beliau berulang kali ditanya oleh pihak wartawan. 

Malah beliau sedaya yang mungkin mengelak untuk mengulas tentang buku berkenaan dan enggan mengambil sebarang tindakan keatas Wain sehinggalah Barry Wain meninggal dunia di Singapura pada tahun 2013.

Hari ini segala yang diketahui dan rahsia yang dipegang kemas oleh Barry Wain telah disemadikan besama-sama jasadnya. Hari ini, kita cuma mengatahui sejarah kerugian USD $100 juta sepanjang pentadbirannya. 

Malah ada didalam satu bab dimana Tun M sendiri mengetahui bagaimana not RM 500 dan RM 1,000 dibawa keluar ke luar negara oleh Timbalan beliau pada masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disebalik mengetahui tentang aktiviti geelap berkenaan, beliau sehingga hari ini tidak pernah walau sekalipun menuntut Anwar memulangkan semula wang berkenaan, sebaliknya hanya sekadar memecat Anwar dari jawatan yang disandangnya.

No comments: