Friday 6 November 2015

5 JUTA PEROKOK PUN ADA UNDI JUGAK!

Apa gila  rokok naik sampai 17 ringgit? 

Idea bodoh sapa ni? Tolong la jangan bagi 
alasan bodoh dengan mengatakan supaya orang 
berhenti rokok. Please la. Itu semua alasan nak 
sedapkan hati je.

Apa rasional kenaikan rokok sebegini? Dah 
gila nak mampos ke? 



Dah la rokok mahal pastu ada pulak cerita nak 
rampas vape yang ada kandungan nikotin. 
Gila apa ni? Negara kita dah nak jadi apa ni 
wei?

Aku dah berenti merokok, tapi bila rokok naik 
harga gila babi macam tu aku pun jadi marah. 
Apa logiknya rokok dinaikkan harganya sampai 
macam tu? 

Sebab rokok adalah punca macam-macam 
penyakit? 

Kalau dah sah rokok tu punca pelbagai 
penyakit kenapa masih halal jual di negara 
kita? 

Kasi HARAM sudah la!!! 

Tak mau kasi haram sebab apa? Sebab CUKAI 
la!!!! 

Woi samdol menteri, satu benda yang sebenar
nya lebih hodoh kesannya kepada manusia 
ialah arak alias minuman keras. 

Berapa peratus harga minuman keras dinaikkan? 
Kenapa tak kenakan cukai kaw-kaw pada arak 
supaya jutawan-jutawan tak sedar diri dan kaki 
mabuk kat negara ini tak mampu dah nak mabuk. 

Ada menteri yang suka minum arak ke, sampai 
tak sanggup nak kenakan cukai kaw-kaw pada 
arak? Wahai menteri, kau orang ni selalu sahaja 
memilih strategi salah untuk rakyat. 

Arak yang mampu ditonggang oleh sebahagian 
orang yang mampu, kau orang tak naikkan cukai. 
Rokok pulak, yang menjadi sebahagian 'keperluan' 
rakyat, kau orang cukai kaw-kaw sampai sama 
harga 10 kilo beras. 

Satu lagi aku nak bagi tahu, elok sahaja 
pengumuman tentang kenaikan harga rokok, 
bersusun bot pancung bawak rokok haram 
mencari pantai untuk mendarat. Cukup ke ahli 
unit pencegah penyeludupan, kastam dan 
seangkatan dengannya untuk benteras?

Aku tak sokong sesiapapun merokok sebab 
rokok tak baik, tapi aku jadi marah sebab 
kerajaan telah bertindak secara tidak adil 
kepada rakyat. Orang kaya yang kaki mabuk 
dibela, golongan marhein tetap juga ditekan. 

Adakah pak menteri ni sudah hilang seni 
politik sampai untuk berfikir secara adil dan 
saksama kepada rakyat pun sudah tidak 
mampu?

Setiap kali rokok naik harga, tidak banyak 
rungutan. Kali ni lain kerana kenaikan terjadi 
terlalu hampir dengan larangan keatas vape, 
nampaklah semacam ada hubungan.

Sama ada larangan kebetulan atau tidak, 
sama ada kenaikan rasional atau tidak, 
tidak dapat tidak ia mengundang persepsi: 
'ada tangan ghaib' di sebalik semua ini.

Tentunya persepsi bukanlah fakta tetapi 
dalam masa sama pembentukan persepsi 
tidak perlukan fakta dan ketiadaan fakta 
memudahkan terbentuknya persepsi.

Tangan ghaib bermakna tangan yang 
tidak nampak dan kalau nampak maka 
ia bukanlah tangan aib. Makanya persepsi 
adanya tangan ghaib tidak perlu tunjukkan 
apa apa bagi membuktikan keujudannya 
dan ia tidak perlukan respons balas atas 
sifatnya itu: persepsi semata-mata.

Persepsi akan kekal sebagai persepsi kalau 
di biarkan begitu saja dan seterusnya hilang 
ditelan waktu. Sebaliknya kalau persepsi 
tangan ghaib disangkal dengan meminta 
bukti, ia hanya menguatkan lagi persepsi.

Akhir sekali, meskipun asalnya adalah 
persepsi namun ada juga antara persepsi 
yang tidak kekal apabila persepsi jadi 
kebetulan.

BUKAN TAK BOLEH DINAIKKAN HARGA 
ROKOK.TAPI BIARLAH BERPATUTAN.
HARGA NAIK NI KERJA SIAPA YE? 
KERAJAAN? ADA TAK KERAJAAN NAIK
KAN CUKAI ROKOK DALAM BELANJAWAN 
BARU-BARU NI??? .

4 comments:

Anonymous said...

HARI INI DALAM SEJARAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Admin balun Kerajaan Barisanan Nasional (BN)

Anonymous said...

Fedup pulak aku dgn kerajaan BN nie... Terutamanya kementerian kesihatan yg menterinya menang atas undi melayu... Pundek keling nie...

Anonymous said...

Kepada menteri yg berkenaan,saya telah menghisap rokok sudah hampir 50 tahun,kalau rokok punca penyakit jawapannya PENIPU.Sekarang usia saya sudah melebihi 63 tahun,sedangkan saya pergi ke hospital hanya melawat orang yg sakit,kalau menteri dari BN, terus terang saya katakan saya akan kimpin tidak mengundi BN dimana anada akan menjadi calun BN.Biar BN kalah kerana itu yg anda inginkan.Kalau katakan bodoh menteri,tapi hanya seronok sendiri.Kenaikan rokok akan menambah penyeludup membawa rokok yg akan mengurangkan cukai Negara dan menambah kekayaan penguat kuasa melepaskan penyeludup meluluskan kegiatan merika.Buat macam Negara Siam,semasa saya pergi ke Betung langsung x nampak penjualan rokok dikedai-kedai,kawan saya telah kehabisan rokok bertanya dgn penduduk tempatan dan beliau mengarahkan pergi ke 7E dan minta rokok yg dikehendaki, penjaga kedai mengambil rokok di bawah meja,ini baru betul kalau x nak bagi orang membeli rokok.

Anonymous said...

Kerajaan Bn adalah kerajaan yg disayangi rakyat jelata.Bn amat perihatin dgn rakyat.Bn ingin menjadikan malaysia bebas asap rokok dan vape.Dan kerana Dato sri Najib bukan nya perokok.Pm amat memahami masaalah rakyat.Sebab tu semua naik.