Saturday 28 November 2015

Kantoi Selepas Didedahkan Adiknya, Dia Seorang Penipu dan Diminta Bertemu Polis, Charles Morais Lari Ke Amerika Syarikat!!!


Charles Suresh Morais yang mendakwa memiliki butiran berkenaan pembunuhan saudara lelakinya, Mendiang Kevin Morais dan kemudian telah cuba dijadikan sebagai BERITA SENSASI menyerang Najib dan kepimpinan negara, dilaporkan telah MELARIKAN DIRI ke Amerika Syarikat.

Itu yang telah disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Americk Sidhu.

Menurut Americk lagi, polis telah menghubunginya untuk disoal.

Semalam, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata, PDRM telah meminta Charles Suresh untuk menyerahkan maklumat yang ada dalam simpanannya dan akan menghubunginya menerusi peguamnya, Americk Sidhu sekiranya dia telah pergi ke Amerika Syarikat.

Menurut Khalid lagi, satu siasatan baru akan dibuat ke atas Akuan Bersumpah (SD) yang telah dibuat oleh Charles Suresh. PDRM menurutnya tidak akan dapat bertindak sekiranya Charles Suresh enggan berkongsi maklumat itu dengan mereka.
Dalam SD 18 mukasuratnya, Charles Suresh berkata, mendiang Kevin Moaris sebelum kematiannya, telah menyerah pena pemacu yang mengandungi 'pendedahan mengejutkan dan jelas tentang siasatan yang dijalankan oleh Kevin sebelum dia ditemui mati, yang turut membabitkan personaliti berpengaruh dan berjawatan penting di Malaysia'.

Menurut Charles lagi, pena pemacu tersebut berada di Amerika Syarikat dan dalam simpanan selamat. Di dalam Akuan Bersumpahnya juga, Charles menegaskan bahawa mendiang Kevin telah menyalurkan maklumat-maklumat penting membabitkan kerja-kerjanya terutama sekali kes yang membabitkan individu-individu ang berkuasa.

Mayat Kevn telah ditemui di dalam sebuah tong dram yang dipenuhi simen konkrit di Subang Jaya 13 hari selepas dia diculik ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya dari rumahnya di Bangsar pada 4 September.

Ketika kematiannya, Kevin memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pejabat Peguam Negara di Divisyen Perbicaraan dan Rayuan.

Charles Suresh pada Isnin telah memohon perintah mahkamah bagi bedah siasat kali kedua, tetapi lokasi mayat Kevin dikebumikan tidak diketahui selepas mayatnya dituntut oleh seorang lagi saudara lelakinya, Richard Morais tanpa pengetahuan Charles Suresh dari Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur. (RUJUK SINI)

Sementara itu,  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada Charles supaya menyediakan bukti bersama tuduhan itu dan berkongsi maklumat dengan polis, sementara Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggelar dakwaannya itu sebagai berlebih-lebihan.

“Kita tahu siapa Charles Morais dan latar belakangnya. Kita tahu apa yang berlaku bila dia ke AS. Jadi, saya mahu mengingatkan dia supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas,” kata Khalid.

Richard memberitahu The Malaysian Insider polis patut menahan Charles kerana membuat tuduhan liar menerusi SD.

“Saya juga rasa polis patut tahan dia tidak lama lagi dan menjalankan siasatan terhadap tuduhan liarnya dan dakwa dia jika didapati menipu.”

Ketika mengumumkan SD pada Rabu, Charles berkata Richard “penjahat”, yang sanggup buat apa saja demi wang.

Kenyataan itu dibuat selepas Richard menuntut mayat Kevin dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) tanpa memberitahu mana-mana ahli keluarga, pada hari sama Charles memfailkan permohonan di mahkamah untuk mendapatkan kebenaran bedah siasat kedua.

Charles berkata, beliau amat terkejut apabila pihak berkuasa di Hospital Kuala Lumpur dan polis nampaknya bersubahat dalam membenarkan mayat Kevin dikeluarkan dari rumah mayat oleh Richard apabila kedua-dua pihak tahu beliau (Charles) mahukan bedah siasat kedua dijalankan.

Charles Morais yang tinggal di Atlanta, Georgia menimbulkan kekecohan pada Rabu apabila beliau mengeluarkan akuan berkanun 18 muka surat di mana beliau mendakwa pembunuhan abang sulungnya mempunyai kaitan dengan kertas pendakwaan yang sedang disediakan terhadap ‘seorang pegawai tertinggi kerajaan’.

Charles juga mendakwa Richard bersekongkol dengan penjenayah terbesar di Kuala Lumpur membabitkan pembunuhan Kevin dan mendiang sudah lama tidak berhubung dengan dua adiknya iaitu Richard dan David sejak 2004.

Menolak kandungan SD abangnya itu, Richard memberitahu The Malaysian Insider Charles tidak termasuk dalam wasiat Kevin yang dibuat pada 2005, menambah beliau akan membuktikannya tidak lama lagi.

“Jika dia (Charles) rapat dengan Kevin dan bukan saya, mengapa namanya tidak ada dalam wasiat Kevin yang dibuat pada 2005?

“Saya akan tunjukkan wasiat itu tidak lama lagi kepada media untuk mereka lihat sendiri,” kata Richard.

Bagaimanapun, Richard enggan mengulas ketika ditanya apa yang dilakukannya terhadap mayat Kevin yang dituntutnya dari rumah mayat pada Isnin. (RUJUK SINI)