Saturday 28 November 2015

Dakwaan Charles Morais 'tepat pada masanya' - Rahman.



SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Strategik 
Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman 
Dahlan menyifatkan dakwaan adik lelaki mendiang 
Kevin Morais yang mengaitkan penglibatan individu 
berpengaruh dalam kematian Timbalan Pendakwa 
Raya itu sebagai 'wayang' menjelang Perhimpunan 
Agung Umno (PAU) 2015.


"Satu lagi wayang dengan skrip teruk dan pelakon 
yang juga sama buruk," tulisnya dalam sosial 
Twitter.


Ahli Parlimen Kota Belud itu juga sempat 
'menyindir' dengan mengatakan dakwaan itu 'tepat 
pada masanya', merujuk kepada isu yang seolah
-olah sengaja ditimbulkan yang mengaitkan 
perdana menteri sebelum perhimpunan agung 
parti, Disember ini.


"Dakwaan menakjubkan oleh Charles Morais 
selepas lama kejadian (pembunuhan) itu berlaku, 
tetapi sebelum AGM Umno. Masa yang tepat," 
tulisnya lagi.


Semalam, adik mendiang Kevin, Charles Suresh 
Morais mendakwa kematian abangnya mempunyai 
kaitan dengan satu kes yang dikendalikannya 
membabitkan individu berpengaruh.


Charles juga mendakwa beliau kini memiliki 
pemacu pena (pen drive) yang mengandungi 
maklumat terkini berhubung satu kes yang 
sebelum ini dikendalikan mendiang dan boleh 
disabitkan dengan kematiannya.


"Kandungan 'pen drive' ini jelas dan tanpa ragu
-ragu mendedahkan siasatan yang mengaitkan 
personaliti tertentu," katanya dalam satu sidang 
media semalam.


Charles bagaimanapun enggan mendedahkan 
nama pihak yang disyaki itu.


Charles yang menandatangani akuan sumpah 
berkanun berhubung dakwaannya berkata, beliau 
tidak yakin bahawa kematian mendiang abangnya 
itu ada kaitan dengan kes rasuah pakar patologi 
Angkatan Tentera Malaysia yang sebelum ini 
dikendalikan oleh mendiang.


Sebaliknya beliau percaya bahawa Kevin, seorang 
Timbalan Pendakwa Raya yang dipinjamkan oleh 
Jabatan Peguam Negara kepada Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibunuh 
kerana kes yang sedang dijalankan itu.


"Saya memiliki pen drive Kevin yang dihantar 
kepada saya melalui pos sebelum dia meninggal 
dunia," kata Charles.


Charles berkata 'pen drive' itu kini selamat di 
Amerika Syarikat, dan telah mengarahkan supaya 
kandungannya didedahkan kepada umum jika 
sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada beliau 
selepas pendedahan ini dibuat.
-1Malaysia-


Sebenarnya Charles Morais yang aniaya abangnya 
sendiri sendiri sebab dia dah dapat pen drive tersebut 
sebelum abangnya meninggal dunia,jadi kenapa dia 
simpan pen drive tersebut? Kenapa tak serah kat 
pihak berkuasa?


Setelah abangnya meninggal dunia kenapa baru 
nak bising tentang pen drive tersebut?Kenapa baru
sekarang?


Sekarang ni semua yang berlaku nak kaitkan 
dengan kerajaan.Bapak mati dibunuh penarik 
kereta pun nak kaitkan dengan kerajaan.Abang 
mati dibunuh juga nak kaitkan dengan kerajaan.


Last-last bini cirit birit pun nak kaitkan dengan 
kerajaan!!!

No comments: