Monday 2 November 2015

PELAN RASIONALISASI 1MDB!!!




1Malaysia Development Berhad (1MDB) optimis 
dengan pelan rasionalisasi yang menumpukan 
kepada tiga inisiatif dalam mengurangkan hutang 
syarikat sehingga RM42 bilion.


Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 
1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, sasaran 
itu mampu dicapai menerusi penjualan Edra 
Global Energy Berhad (Edra) dan 60 peratus 
ekuiti Bandar Malaysia Sdn. Bhd. (Bandar 
Malaysia) serta pertukaran aset kepada ekuiti 
dengan International Petroleum Investment 
Company (IPIC) Abu Dhabi.


Menurut beliau, penjualan Edra akan mengurang
kan hutang 1MDB antara RM16 bilion hingga 
RM18 bilion manakala 60 peratus ekuiti Bandar 
Malaysia dianggarkan bernilai sekurang-kurang
nya RM11.5 bilion dan pertukaran aset kepada 
ekuiti dengan IPIC me­nyumbang pengurangan 
hutang kira-kira RM16 bilion.


“Selain itu, 1MDB masih lagi memiliki tanah di 
Tun Razak Exchange (TRX) serta 80 hektar ta­nah 
di Air Hitam, Pulau Pinang dan 128 hektar tanah 
di Pulau Indah, Selangor.


“Sebab itulah saya selalu katakan, nilai aset 
1MDB adalah lebih tinggi daripada hutang yang 
ditanggung syarikat,” katanya dalam sidang 
akhbar berhubung pelan rasionalisasi 1MDB. 


Arul Kanda menambah, tiga syarikat yang 
mengemukakan bidaan untuk membeli Edra 
di­jangka memuktamadkan tawaran mereka 
dalam masa dua hingga tiga minggu akan 
datang.

No comments: