Monday 16 November 2015

Tahniah! Datuk Lee Chong Wei Menjuarai Terbuka China!!!

Jangan Lupa Apa Kata ADUN Kota Alam Shah Tahun 2012.




Tahniah kepada bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, kerana telah menjuarai Terbuka China dengan mengalahkan pemain China, Chen Long 21-15, 21-11 dengan hanya 50 minit di Fuzhou, China. 

Lebih manis apabila Datuk Lee sehari sebelumnya telah mengalahkan juara dunia 5 kali, Lin Dan yang juga dari China dalam perlawanan Separuh Akhir. Ini adalah kemenangan pertama Datuk Lee ke atas Lin Dan dalam masa 4 tahun!

Dalam kita menghargai kemenangan Datuk Lee yang mengharumkan nama Malaysia, kita jangan lupa penghinaan yag pernah dilemparkan kepada beliau sewaktu beliau berada di bawah. 

Antara yang secara terbuka menghina beliau adalah ADUN Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam, pada tahun 2012. Kita tertunggu-tunggu pulak apa komen beliau dengan kemenangan Datuk Lee ke atas Cheng Long dan Lin Dan.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/11/tahniah-datuk-leechong-wei-menjuarai.html#Liy2EfZCMBUzw7Lt.99

No comments: