Haa. Hari ni nak cerita tentang satu taktik yang biasa digunakan oleh lelaki atau dikenali juga sebagai buaya untuk memikat awek-awek tepi jalan.
Ala, biasa lah, kalau kau orang jalan-jalan, mesti nampak awek-awek berseorangan di stesan bas, tepi-tepi jalan dan sebagainya.
Sekali pandang, nampak macam perempuan-perempuan yang kurang kasih sayang kan. Tapi bila dah nampak, rezeki depan mata, takkan la nak diam seribu bahasa.
Nak harap awek tu tegur kau orang dulu memang tak la kan. Melainkan masa tu kau orang bawak BMW sebijik.
Maka sebagai lelaki yang agak macho, dengan gaya ala-ala Tom Cruise kau orang pun mencuba nasib dengan menegur perempuan atau awek tersebut.
So, kalau dah tepi jalan atau stesen bas, idea biasanya yang terlintas adalah idea tanya jalan la kan. Tapi kalau kau orang setakat tanya macamana nak gi Jalan Kaki Lima, memang awek tu blah camtu je la kan.
So ini ayat yang sepatutnya kau orang tanya,
“Maaf, tumpang tanya. Lorong Cinta jalan Sayang, kampung Rindu, daerah Kasih Sayang, pekan Hati, bandar I Miss U, kat mana ye?”. Haa. Camtu la ayatnya.
Sebagai seorang perempuan pulak, kalau kau orang berhadapan dengan situasi sebegini, aku nak ajar ayat untuk membalas semula soalan tadi dengan bijaknya.
Kau orang cakap camni,
“Encik jalan terus ikut jalan Ilahi, nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan Nikah, sepanjang jalan tu akan nampak belah kanan, kedai Batas-Batas Pergaulan dan sebelah kiri pasar sibuk sikit, iaitu pasar Persiapkan diri.Itu tandanya encik berada di jalan betul. Semoga selamat sampai.”
Begitulah jawapan yang paling tepat bagi menjawab soalan tersebut supaya tiada pihak yang berkecil hati disamping dapat menjaga peribadi kau orang sebagai perempuan.
Gambar di atas hanya hiasan semata. Selamat Menghafal.
1 comment:
Kau ingat aku ni sapa sedarlah diri rokok dan arak tu yahudi punya tapi umno dapat untung makan duit haram dah le haram bagi pulak pemankah pati dia jawapan umno pengukut dajjal jadi orang yg nak masuk surga jagan pagkah umno ditakutkan anda akan dibawa menjad pengikut dajjal .sekian semoga beristikomah.
Post a Comment