- Intan adalah anak tunggal buah hati pengarang jantung, satu-satunya anak kesayangan Pakcik Sudin dan Makcik Midah .Dari kecil dibelai, dibuai, bila besar kena bagi dekat orang, itulah realiti hidup yang terpaksa ditempuh mereka berdua.
- Mereka akan terpisah dengan Intan selepas kenduri perkahwinan Intan nanti. Malam pertama Intan dengan menantu mereka, Hafiz ,sangat mendebarkan.Debaran mereka berdua melebihi debaran Intan sendiri.
- Jam 11.30 malam, Intan sudah masuk ke bilik dan Hafiz di luar menguap lebar beberapa kali sambil melayan Pakcik Sudin dan Makcik Midah.Mereka faham.Sebaik sahaja Hafiz masuk ke bilik dan menutup lampu,hati Pakcik Sudin dan Makcik Midah makin tidak tenteram.
- Lantas mereka berdua bersandar di pintu bilik sambil memerhati antara satu dengan lain.Lebih kurang setengah jam kemudian terdengar rengekan suara Intan yang keluar dari renggangan bawah pintu:
- “ Baaanng ... sakitlah ...”.
- Kemudiaan terdengar suara pujukan Hafiz:
- “ Tahanlah sayang ...”.
- Pakcik Sudin menghela nafas panjang, sambil Makcik Midah mula bergenang air mata Tak lama lepas itu, rengekan dan rintihan Intan berulang lagi:
- “ Baaanng ... sakiiit, Intan tak tahanlah baaang...”.
- Bunyi pula suara simpati Hafiz:
- “ Kalau tak tahan sangat, sayang menonggeng lah ...”.
- Air mata Makcik Bedah makin banyak bertakung manakala Pakcik Sudin sudah mula mengetap gigi.Keadaan keperitan dan kesakitan Intan seperti tak dapat nak dilindungi lagi, bila terdengar seperti Intan sudah mula mengerang. Ianya berterusan hingga jam 2.00 pagi.
- Terdengar kembali suara Hafiz memujuk:
- “Sayang tahanlah ... esok pagi kita cabut, ok ...”.
- Air mata Makcik Midah dah mula mengalir, sambil dia menjeling tajam ke arah Pakcik Sudin.Kini kesabarannya sudah sampai pada hadnya.Dari kecil, mereka tak pernah menjentik pun atau menyakiti Intan.
- Pakcik Sudin menyumpah dalam hati:
- “Ganas punya menantu, aku sendiri tak pernah buat gini dekat mak mertua engkau ...”.
- Lantas dia bangun, terus menendang pintu bilik dan menyergah:
- “Hafiiizz! Kau nak bagi mampus anak aku? Kau cabut sekarang juga ...”.
- Intan terkejut dan terbangun dari keadaan tidur menyembam dan menonggeng, dia terpinga-pinga manakala Hafiz kaku tergamam sambil memohon maaf pada ayah mertuanya:
- “Maafkan Hafiz ayah, bukan tak mahu cabut, tapi pukul 2.00 pagi begini, mana ada klinik gigi buka ...”.
- Makcik Midah tersenyum malu, sambil mengesat air mata.Pakcik sudin melangkah longlai meninggalkan bilik pengantin baru itu.Di dalam bilik mereka sendiri, Makcik Midah masih tak habis-habis mengelap air mata yang banyak keluar kerana terlalu banyak ketawa.Berdekah-dekah ketawa mereka sampai ke pagi ... mengingatkan lakinya terkantoi dengan menantu ...
Friday, 19 December 2014
“MENANTU OH MENANTU”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)