Beginilah kira-kiranya kerjasama yang terjalin di dalam pembangkang. Setiap parti ditentukan peranan masing-masing. Ada yang jadi bateri. Ada yang jadi alat pengawal. Ada yang jadi kereta.
Mereka saling memerlukan demi untuk memenangi perlumbaan dengan Barisan Nasional. Pastinya yang dominan akan mengawal yang kurang dominan atau yang tidak dominan.
Yang tidak dominan tetapi mengaku dominan hanya akan mengikut arahan alat pengawal. Pengawal arah ke kiri maka ke kirilah kereta tersebut. Begitulah seterusnya seperti yang diarahkan oleh alat pengawal.
Alat pengawal pula tidak berfungsi jika tiada bateri. Bateri sebagai kuasa untuk mengerakkan alat pengawal bagi mengawal kereta. Bateri pula jika tiada alat pengawal tak berfungsi apa-apa. Buruk dan berkulat begitu sahaja.
Begitulah fungsi kerjasama di dalam pembangkang.
No comments:
Post a Comment