Tuesday 16 December 2014

CAKAP SERUPA BIKINLAH!!!

GUANE NYE ...... PAS KATA DAP DAH FAHAM ISLAM?














Sebelum ini PAS dengan bangganya mendakwa telah berjaya memberikan kefahaman tentang Islam kepada DAP. Kata mereka DAP sudah faham tentang Islam dan akan menerima pelaksanaan HUDUD. 



PAS juga melabel UMNO menolak Islam kerana menolak HUDUD.






Hakikatnya DAP tetap DAP. Bukan kata PAS nak ubah DAP, nak mencalar pun PAS tak mampu. 938 perwakilan DAP sebulat suara menolak HUDUD semasa Persidangan Kebangsaan DAP 2014. Sebelum ini LGE telah mengumumkan bukan islam boleh menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang.



Sekarang dah terbukti bahawa kata-kata dan dakwaan PAS hanyalah retorik sahaja. Kata mudahnya PAS hanya berbohong demi untuk servival parti dan pemimpin mereka untuk terus bernyawa.





Kita lihat PAS yang akan membentangkan rang undang-undang HUDUD pada awal tahun 2015 setelah ditangguhkan. Mereka sepatutnya membentangkan pada tahun ini (2014) tetapi ditangguhkan kerana untuk meneliti dan merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya ke arah pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.


Ahli Parlimen DAP yang PAS kata sudah menerima Islam sudah pasti tidak akan menyokong. Kita akan lihat juga Ahli Parlimen Islam UMNO yang dikata menolak Islam, adakah semuanya menyokong atau menentang. Ahli Parlimen PKR Islam akan menyokong atau menentang. Begitu juga 21 Ahli Parlimen PAS sendiri semestinya 100% menyokong.



Tunggu sahaja nanti. Itu pun jika tidak tercipta alasan baru untuk menangguhkannya lagi!!!




3 comments:

Anonymous said...

Hudud terus segar di debat dalam Pakatan...

Dalam bee end...??? Dah lebih 50 tahun udah...

Anonymous said...

Dah 50 tahun dok debat sahaja. Hampeh satu pun tak buat selama Tok Guru jadi MB Kelantan: berapa tahun dok perap - 22 tahun?

Itu sahajalah kebijaksanaan PAS yang turut diikut oleh macai2nya.

Cakap serupa bikinlah!

Anonymous said...

100 tahun pun kalau amano perintah, alamatnya hudud akan terus di debatkan aje...

Dasar hina dan takutkan orang....