Sunday, 7 December 2014
AL-MASEHI DAJJAL!!!!
Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya.
Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia.
Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir
(Allahu Akbar).
Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus
bersabar dengan lapar."
Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita
boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan
atas muka bumi.
Antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang dah mati.
Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari?
Sempat ke?
"Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. Laju deh!"
Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. Semua pemerintahan nanti
akan ada di bawahnya. Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku
yang dia tuhan.
Nanti , Dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan.
Siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia.
Siapa tak mengaku, derita.
Hari pertama Dajjal dekat dunia = Setahun.
Hari ke 2 = Sebulan.
Hari ke 3 = Seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.
Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dalam
kalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah
terpedaya.
Sabda Nabi SAW;
Ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah.
Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.
"Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama
dengan kamu semua untuk menentangnya." - Nabi Muhammad SAW -
Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal
untuk menyakinkan kita yang dia tu tuhan. Sedangkan yang hidup
itu hanyalah jelmaan syaitan!
"Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari
surah al-Kahfi."- Nabi Muhammad SAW -
Nabi dah pesan. Moh amalkan!
Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat
sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.
Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri.
Takdak sapa boleh tolong dah waktu tu even seorang ibu nak tolong anak.
"Kalau kita menyorok dalam air, selamat dak dari Dajjal"?
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal tu di darat, laut dan udara.
Tak boleh lari.
"Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah
azan, akan musnah benteng dia tu."
- Syeikh Zainul Asri -
Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf Fa dengan Ra'
dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.
Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan
adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal
sebenarnya adalah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.
Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan
dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.
Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi, maka
kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal. Ni hadis Nabi SAW.
Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi,
maka kamu akan selamat daripada Dajjal."
"Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru
hara yang dibawa oleh Dajjal."- Nabi Muhammad SAW -
Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu
betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment