Tuesday 23 December 2014

17 TAHUN KHIANATI PERJUANGAN UMNO!!!

1982-1997 SELAMA 17 TAHUN ANWAR IBRAHIM TIKAM BELAKANG KHIANATI UMNO.


Bapak Dajal Malaysia Yang Kini Bajet Suci




Artikel Dari Utusan Malaysia pada Jun, 1999. 

ARKIB : 20/06/1999

Senarai kroni Anwar -- Rustam Sani yang hebat 

mengecam kerajaan juga mendapat projek.



KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Setiausaha 
Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 
Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai 
kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 
mendapat habuan projek dan saham yang 
bernilai berpuluh bilion ringgit.

Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin 
merupakan pemegang saham utama dalam tiga 
buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL 
People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. 
Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah 
RM11.319 bilion.

Beliau memiliki saham dalam dua syarikat 
mengendalikan pembinaan pengangkutan 
di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai 
RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai 
RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard 
Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

Nama Kamaruddin terkandung dalam senarai 
saham dan pemberian projek kerajaan yang 
dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 
Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan 
Dunia Putra (PWTC) hari ini - satu tindakan 
yang bertujuan mendedahkan bagaimana 
Anwar membahagi-bahagikan kekayaan 
negara kepada rakan-rakannya.

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik 
Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat 
peruntukan saham bumiputera yang 
dikeluarkan oleh kerajaan.

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan 
adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi 
memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta 
unit dalam tiga buah syarikat.

Dr. Rahim Ghouse, seorang lagi penyokong 
kuat Anwar turut mendapat projek Express 
Rail Link bernilai RM2.4 bilion.

Penulis dan bekas pensyarah universiti, 
Rustam Sani, yang hebat mengecam kerajaan 
selepas Anwar dipecat daripada kerajaan sejak 
sembilan bulan lalu juga mendapat projek 
iaitu pembinaan Kompleks Jabatan Imigresen 
Shah Alam yang kini pada peringkat kelulusan 
prinsip.

Rustam, 55, adalah pemegang saham utama 
syarikat yang mendapat kontrak itu, Pasca 
Baru (M) Sdn. Bhd.

Beliau lantang membela Anwar dan mengkritik 
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir 
Mohamad, yang didakwanya mengamalkan 
kronisme dan nepotisme terutama dalam 
tulisan-tulisannya yang diterbitkan dalam 
akhbar Harakah dan penerbitan yang pro 
bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Salah satu dokumen yang dikeluarkan dalam 
senarai itu bertajuk Pemberian Projek 
Penswastaan Kepada Penyokong Datuk Seri 
Anwar Ibrahim Melalui Unit Perancang 
Ekonomi (EPU) (Perjanjian Telah 
Ditandatangani).

Projek pembangunan kerajaan yang diluluskan 
kepada kroni Anwar adalah pelbagai daripada 
penswastaan pembetungan najis, penswastaan 
perkhidmatan ambulans hinggalah kepada 
pembangunan hartanah di kawasan Brickfields 
di Kuala lumpur.

Kementerian Kewangan mengeluarkan lapan 
dokumen pada Perhimpunan Agung UMNO, 
dan daripada senarai itu terdapat dua senarai 
yang mengandungi maklumat berhubung 27 
buah projek yang diberikan kepada penyokong
-penyokong Anwar.

Hanya 14 daripada 27 projek itu dicatatkan 
kosnya. Nilai terkumpul 14 projek itu ialah 
RM33.92 bilion. Dijangkakan, jika kos projek
-projek lain diperoleh, nilai keseluruhan akan 
jauh lebih tinggi.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.
 
©
Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: