Friday, 26 December 2014
PENGURUS CABUL, RABA PELAKON WANITA SEDANG TIDUR!!!
Sebelum ini artis wanita ini gemar benar memuji pengurusnya di mana saja termasuk di laman sosial yang disifatkannya seorang pengurus yang cekap dan berjaya menguruskan kerjayanya dengan baik.
Bagaimanapun, itu dulu kerana hubungan mereka kini ibarat berpatah arang berkerat rotan. Semuanya berpunca daripada satu peristiwa mengaibkan yang dilakukan oleh pengurus itu terhadap artis ini.
Menurut sumber, rupa-rupanya pengurus wanita itu bukan saja menjaga kerjaya artisnya tetapi turut mengambil kesempatan 'mencabul' artis ini ketika sedang tidur. Itulah gosip sensasi yang begitu mengejutkan.
Khabarnya selepas agak lama menguruskan artis ini, barulah belang sebenar pengurus ini terlihat apabila dia meraba anggota tubuh artis berkenaan. Walaupun pengurus itu wanita yang sudah berkahwin, rupa-rupanya dia berperangai songsang atau dipanggil lesbian.
Artis ini baru perasan, patutlah selama ini apabila ada lelaki nak rapat dengannya, pengurus ini segera masuk campur bagi menjarakkan mereka.
Bahkan dia sanggup pula mereka cerita dengan niat memburukkan semua lelaki di mata artisnya. Malah apabila ada lelaki serius nak ajak berkahwin, dia pula yang cukup sibuk menolak dan memberikan pelbagai alasan bagi pihak artis ini.
Kesan daripada apa yang berlaku, artis terbabit kecewa sehinggakan pernah terfikir nak buat laporan kepada pihak berkuasa tetapi hasrat itu dibatalkan atas permintaan suami pengurusnya itu.
Artis itu juga baru mendapat tahu bahawa pengurus itu juga rupa-rupanya suka menipu duit orang.
Diharapkan apa yang berlaku jadi pengajaran kepada artis itu agar lebih berhati-hati. Sebab itu dilihat, ada artis yang lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri daripada mengambil pengurus yang belum pasti latar belakangnya-harianmetro.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment