Saturday, 6 December 2014

Benarkah Wanita Melayu Gemar Tayang Eset.....???


Tajuk hangat..gambar panas..Benarkah wanita 
melayu zaman sekarang gemar membuat perkara 
sedemikian? 

Sejak mula wujudnya laman-laman sosial di internet 
seperti Facebook, Tagged, Friendster dan lain-lain 
lagi  macam-macam hal dapat kita lihat dan tahu, 
dari yang biasa-biasa hingga ke luar biasa. 

Dari luar baju hngga dalam baju. Mungkin bagi 
sesetengah indvidu menganggap perkara ini adalah 
normal pada mata mereka. Tapi apa pula pandangan masyarakat yang berada di sekeliling kita?


 

Setelah lama merayau-rayau dalam dunia cyber, 
apa yang  diperhatikan perkara ini semakin menjadi
-jadi. 

Semakin ramai pula wanita melayu suka 
menayangkan susuk tubuh badan mereka di 
tempat yang tak sepatutnya, terutama sekali 
di laman sosial tanpa ada rasa segan silu. 

Bagaimana agaknya perasaan kedua ibubapa 
apabila melihat gambar-gambar separuh bogel 
anak mereka menjadi bahan tatapan umum. 
Bangga..sedih atau tak kisah anak jadi begitu???







Buat remaja-remaja perempuan melayu yang baru 
mula berjinak-jinak dengan laman sosial, tidak 
menjadi kesalahan bagi anda untuk menyertainya. 

Asalkan anda tahu menjaga batas-batas susila serta 
maruah diri dan keluarga. Jangan tunjuk gambar-
gambar dan segala aset anda yang beharga itu, tak 
kira besar, kecil atau gebu kepada orang yang tidak sepatutnya. 

Kepada sang suami yang memiliki isteri yang seksi 
dan gebu, jangan biarkan orang lain melihat keseksian 
isteri anda itu di laman sosial untuk dijadikan modal 
bagi melepaskan nafsu walau terpaksa menala ke 
dinding..


Apa-apa pun, sendiri punya badan, sendiri punya 
keluarga, kita lah yang perlu menjaganya. Jangan 
terlalu mengharap orang lain untuk mengubahnya 
dan tak lupa juga jangan terlalu kerap menyalahkan 
pihak lain dalam apa jua isu, sekiranya kita sendiri 
gagal menunaikan tanggung jawab yang diberi 
sepenuhnya terhadap kelurga, masyarakat, bangsa 
dan agama.


Kepada wanita-wanita yang suka atau gian sangat 
nak tayang gambar separuh bogel samada nak 
tunjuk buah dada, lurah dendam, longkang dalam 
dan macam-macam lagi di laman sosial,disarankan 
supaya remove atau padam ke semua gambar seksi 
anda itu. 

Dikhabarkan telah wujud satu laman web yang 
memaparkan gambar-gambar seksi wanita melayu, 
yang di ambil dari laman sosial, untuk dijadikan 
tontonan umum atau lepas stim...wakjengkol.

So berhati-hati yer!!!
(gambar-gambar yang dipaparkan hanyalah 
sekadar hiasan)

No comments: