ISU 1MDB, bukan sahaja dihangatkan Pembangkang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli, tetapi turut diwar-warkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.
Blogger A Kadir Jasin dan beberapa blogger "bangang" sudah mula memanaskan isu itu.
Seorang Timbalan Ketua Bahagian Umno daripada Pulau Pinang bergelar Dato membuat laporan terhadap syarikat milik kerajaan itu.
Isu 1MDB 1000 kali ganda panas berbanding isu NFC.
Next..??????
1MDB MENJAWAB SEMUA PERTUDUHAN!
WAJIB BACA DAN SEBARKAN!
Penjelasan Isu 1MDB
Sejak minggu lepas, terdapat banyak spekulasi mengenai pelbagai
elemen dalam perniagaan 1MDB. Walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara-perkara yang diulang dan telah pun
dijawab oleh syarikat pada masa lalu, kami memandang serius
tuduhan yang dilemparkan. Oleh itu, kami ingin mengambil peluang
ini untuk memberi respon terhadap tuduhan-tuduhan yang tidak
berasas ini, dengan niat untuk memberi penjelasan dari perspektif
kami, dan memberi peluang para pembaca membuat rumusan
tersendiri terhadap 1MDB dengan maklumat yang kami sampaikan.
Terbitan Bon / Hutang
Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75%
yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan
oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah
bon dengan kadar faedah yang tinggi. Sebagai perbandingan,
dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan,
Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk
bon pada masa yang sama.
Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil
kira beberapa faktor-faktor penting.
Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil
risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih
tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang
mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya
mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.
Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan
Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar
kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh
pegangan hanya selama tiga tahun.
Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah
mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar
faedah yang lebih tinggi.
Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa
bon yang dikeluarkan oleh1MDB pada 2009 merupakan bon
pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun,
dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan
dengan tempoh matang sepanjang itu.
Dengan keadaan ekonomi pada masa itu, hakikat bahawa
1MDB berjaya menjana jumlah dana sebesar ini mencerminkan
sokongan, nama baik dan keyakinan yang diletakkan terhadap
syarikat.
Kami juga memandang serius spekulasi tidak berasas bahawa
sebahagian daripada kadar faedah ini telah dibayar kepada
‘orang tengah’ sebagai sejenis bayaran manfaat. Ini adalah
tuduhan yang serius. Kami ingin menjelaskan secara tegas
bahawa keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan tersebut
adalah dibayar kepada para pemegang bon, yang antaranya
terdiri daripada institusi-institusi terulung di Malaysia, dua
kali setahun mengikut jadual pembayaran. Untuk mengatakan
sebaliknya atau menyindir bahawa sebahagian jumlah dibayar
kepada ‘orang tengah’ adalah secara faktanya tidak benar.
Selanjutnya, kebimbangan juga telah ditimbulkan mengenai
komisen dan fi yang ditanggung oleh1MDB untuk terbitan dua
hutang tambahan pada tahun 2012 dan 2013, masing-masing
untuk US$1.75 billion dan US$3.0 billion.
Kedua-dua bon ini telah dikeluarkan pada kadar diskaun yang
biasa bagi tawaran-tawaran bon. Sebarang perbezaan di antara
nilai tara (par value) dan perolehan bersih sebuah bon tidak
hanya meliputi bayaran dan perbelanjaan lain, tetapi juga hasil
efektifnya (effective yield) yang turut mengambil kira diskaun
dan baki tempoh pegangan bon.
Kami ingin menjelaskan bahawa sejumlah besar perbezaan di
antara nilai tara (par value) bon tersebut dan perolehan bersih
adalah berkaitan dengan bon dikeluarkan pada kadar diskaun.
Keputusan ini diambil untuk memastikan kejayaan
menyempurnakan pengumpulan dana berpandukan faktor
dalaman dan luaran pasaran, kepantasan untuk melaksanakan
tawaran dan skala penajajaminan (underwriting).
Kedua-dua terbitan hutang dijamin penuh oleh Goldman
Sachs, sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa.
Ianya merupakan salah satu daripada sejumlah kecil bank
yang mempunyai kemampuan untuk menjamin terbitan
hutang sebesar ini. Bon-bon yang dikeluarkan pada kadar
diskaun kepada nilai taranya (par value) memastikan
kejayaan terbitan hutang kami tepat pada masanya,
dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak stabil
ketika itu.
Berkaitan transaksi yang dinyatakan di atas, kami memandang
serius sindiran bahawa Goldman Sachs mungkin telah membuat
bayaran kepada pihak ketiga, satu tuduhan yang kami nafikan
dengan tegas. Goldman Sachs telah menyatakan secara terbuka:
“Selain daripada firma perundangan dan perakaunan yang
menyediakan khidmat professional, tiada fi atau komisen
dibayar oleh 1MDB atau Goldman Sachs kepada pihak luar
ketiga berkaitan dengan transaksi-transaksi ini, dan kami
tidak pernah diarahkan oleh 1MDB atau sesiapa pun untuk
membuat sebarang bayaran atau komisen”.
Kadar Hutang
Seperti mana-mana syarikat besar, 1MDB telah menjana
modal melalui pasaran hutang antarabangsa untuk membiayai
projek-projek tertentu, pada skala yang memerlukan kami
untuk berbuat demikian. Kesemua hutang kami adalah
disokong oleh aset yang kukuh, dan jumlah keseluruhan
aset kami (RM44.67 billion pada tahun kewangan berakhir
Mac 2013) dengan selesa melangkaui jumlah keseluruhan
hutang kami (RM37 billion dalam tempoh yang sama).
Adalah penting juga untuk dinyatakan bahawa kami tidak
pernah terlepas membuat pembayaran mengikut jadual,
dan kami juga tidak berniat untuk berbuat demikian.
Kebolehan kami yang konsisten dalam meraih dana di
pasaran antarabangsa dan daripada pelabur yang berkualiti,
mencerminkan keyakinan mereka terhadap kami.
Penyenaraian aset tenaga kami adalah satu daripada siri
usaha yang kami rancang bagi mengurangkan hutang kami.
Selain itu, kami sedang memajukan perniagaan hartanah
kami dengan projek-projek seperti TRX dan Bandar Malaysia.
Sejak tahun lepas, kami telah memeterai beberapa perjanjian
dengan syarikat-syarikat terkemuka dan institusi-institusi dari
seluruh dunia seperti Lend Lease, sebuah kumpulan hartanah
dan infrastruktur antarabangsa. Semua ini akan membawa
kepada aliran masuk dana ke Malaysia.
Kami berterusan meningkatkan nilai aset hartanah kami bagi
membolehkan kami mendapat perolehan yang boleh digunakan
untuk memacu pertumbuhan masa depan serta mengurangkan
kadar hutang kami.
Terlebih Bayar untuk Aset
Selain dakwaan-dakwaan berkenaan terbitan hutang 1MDB,
tuduhan-tuduhan mengenai jumlah yang dibayar 1MDB untuk
aset-aset tenaga dan hartanah juga telah ditimbulkan semula
sekali lagi.
Seperti mana-mana syarikat lain, kami hanya memperoleh
aset apabila kami yakin bahawa ia akan memberikan nilai
yang tinggi kepada perniagaan kami. Sejajar dengan sasaran
strategik Kerajaan untuk menjamin bekalan tenaga Malaysia,
kami telah membeli beberapa aset tenaga sejak 2012.
Pembelian ini telah membolehkan kami untuk mempelbagaikan
campuran bahan api dan risiko negara kami, selain mendapat
manfaat daripada aliran tunai yang sihat serta kepakaran pihak
pengurusan yang unggul.
Dakwaan-dakwaan berkaitan jumlah yang kami bayar untuk
aset-aset tenaga kami berkisar tentang nilai yang dikaitkan
kepada aset-aset berkenaan pada masa ianya dibeli dan
berdasarkan kepada andaian tertentu yang dibuat oleh pihak
luar.
Walau bagaimanapun, kami memandang jauh dan mengambil
kira sinergi yang lebih meluas untuk kumpulan, di samping
impak sosial dan ekonomi kepada negara, ketika membuat
penilaian terhadap aset-aset tersebut serta ramalan pulangan
ekonomi.
Oleh itu, kami percaya bahawa nilai yang kami bayar bagi
aset-aset ini – yang mungkin melibatkan pembayaran yang
premium, adalah perkara biasa apabila membeli perniagaan
lain – sepadan dengan potensi semasa dan masa depan
aset-aset tersebut.
1MDB juga telah menerima dakwaan bahawa ia telah membayar
lebih untuk beberapa keping tanah di Pulau Pinang. Tanah yang
dipersoalkan terletak di pusat bandar Air Itam, sebuah kawasan
yang mendapat permintaan tinggi di mana harga hartanah telah
menampakkan kenaikan yang tinggi sejak beberapa tahun
kebelakangan ini.
Saiz tanah yang dibeli membenarkan kami untuk membina
hampir 10,000 rumah mampu milik, dan kami berniat untuk
menggunakan beberapa keping tanah yang tinggal – yang
bersaiz besar – untuk tujuan pembangunan lain yang kami
harapkan bakal menjana nilai yang tinggi. Oleh itu, kami
yakin dapat menambah nilai keseluruhan tanah tersebut,
dan percaya harga yang kami bayar adalah berbaloi.
Ini dicerminkan dalam harga yang telah dibayar pemaju
lain untuk membeli tanah di kawasan sekitar di mana pada
harga RM200 sekaki persegi, adalah agak tinggi berbanding
apa yang kami bayar.
Salah satu contoh, pada tahun 2013, lebih kurang 9.8 hektar
tanah di Air Itam telah dibeli pada harga RM267.4 juta, kira-kira
RM251 sekaki persegi, untuk pembangunan kegunaan bercampur.
Layanan Istimewa untuk Tender Projek Janakuasa
Kedudukan kami sebagai pengeluar tenaga bebas kedua terbesar
di Malaysia, rekod prestasi yang baik dalam sektor, serta pihak
pengurusan berpengalaman bermakna kami adalah pemain
kompetitif di dalam sebarang proses bidaan tender.
Pada awal tahun ini, konsortium bersama yang dianggotai oleh
1MDB dan Mitsui & Co telah mengambil bahagian dalam proses
bidaan tender terbuka dan kompetitif untuk sebuah loji janakuasa
arang batu berkapasiti 2,000MW yang dikenali sebagai Projek 3B.
Setelah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap pelbagai
bidaan lain, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bahawa
konsortium kami telah dipilih sebagai pembida pilihan.
Kemudian, ada yang mengatakan 1MDB menerima layanan
istimewa, dan bidaan bersama kami adalah tidak sebaik bidaan
yang dihantar oleh pembida-pembida lain dalam proses tersebut.
Sebarang penganugerahan adalah berdasarkan beberapa
pertimbangan untuk memastikan bekalan tenaga yang terjamin
dan menjimatkan kepada pengguna, sebagai contoh:
standard teknikal bidaan tersebut, rekod prestasi syarikat, harga
tawaran, keperluan untuk melaksanakan projek dengan segera
dan jaminan tenaga serta kos keseluruhan sistem bidaan tersebut.
Seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga dalam
kenyataannya, Konsortium 1MDB-Mitsui telah memenangi proses
bidaan “secara adil dan saksama dengan teknologi yang terbukti
yang bakal meningkatkan jaminan bekalan tenaga seperti yang
dijangkakan daripada stesen janakuasa arang batu berkapasiti
2000MW yang beroperasi di dalam sistem grid sebesar kita”.
Ia juga penting untuk dinyatakan bahawa 1MDB tidak berjaya
dalam proses bidaan tender lain yang kami sertai, seperti loji gas
Prai dan loji arang batu berkapasiti 1000MW. Kedua-dua projek ini
dimenangi TNB, yang pada pandangan pihak berkuasa telah
menawarkan pakej yang lebih baik, walaupun 1MDB menawarkan
harga bidaan terendah untuk proses tender Prai.
Ia akan membantu memperbaiki pulangan ekuiti penaja projek,
disebabkan oleh kesan nilai masa (time value) terhadap wang,
kerana bayaran dibuat dahulu dan bukannya daripada aliran
wang tunai operasi projek tersebut. Jumlahnya dibincangkan
dan tertakluk kepada kelulusan pemberi pinjaman.
1MDB ingin menyatakan bahawa consortium kami membayar
kurang daripada RM8 juta untuk menyediakan dan menghantar
bidaan kami untuk Projek 3B. Ini adalah kira-kira separuh
daripada jumlah yang dibelanjakan oleh pembida lain pada
peringkat ini menurut dakwaan sebuah akhbar bisnes harian.
Sepanjang pengetahuan kami, tiada pembida lain yang tampil
ke hadapan untuk mendedahkan maklumat ini kerana ianya
adalah maklumat perniagaan yang sulit. Kami mendedahkan
perkara ini kerana kami ingin menghentikan sindiran yang tidak
berasas ini.
1MDB tidak membelanjakan US$100 juta untuk mendapatkan
Projek 3B.
Sebaik sahaja mendapat projek tersebut, Konsortium 1MDB-
Mitsui bergerak ke peringkat pembangunan seterusnya untuk
membolehkan stesen janakuasa tersebut beroperasi, dijangkakan
pada tahun 2018. Majoriti kos pembangunan adalah dibelanjakan
dalam tempoh pembangunan ini.
Kos pembangunan atau fi pembangunan adalah apa yang dibayar
kepada penaja projek untuk kerja pembangunan yang dilakukan
oleh penaja projek untuk merealisasikan projek tersebut, daripada
proses bidaan sehinggalah kepada operasi stesen janakuasa.
Ianya bukan merupakan kos pembayaran balik.
Untuk pembiayaan projek industri tenaga, kos pembangunan
biasanya terletak di antara 5% hingga 8%. Kos pembangunan
kami – termasuk sebarang fi pembangunan yang ditanggung
oleh kedua-dua rakan kongsi projek, 1MDB dan Mitsui – adalah
5.5% daripada kos projek, suatu kadar yang rendah.
1MDB yakin dengan cara pembiayaan projek antarabangsa
kami yang dijalankan dengan kerjasama erat rakan kongsi
antarabangsa kami Mitsui, salah satu syarikat perdagangan
am terbesar di Jepun. Pembiayaan projek sebegini di mana
ekuiti disuntik kemudian (back-ended), merupakan yang
pertama di Malaysia tetapi adalah amalan biasa untuk
projek-projek antarabangsa yang besar.
Ia akan membantu memperbaiki pulangan ekuiti penaja projek,
disebabkan oleh kesan nilai masa (time value) terhadap wang,
kerana bayaran dibuat dahulu dan bukannya daripada aliran
wang tunai operasi projek tersebut. Jumlahnya dibincangkan
dan tertakluk kepada kelulusan pemberi pinjaman.
Selanjutnya, sebarang tuduhan bahawa pemegang bon 3B
kami akan menanggung risiko tersembunyi adalah sama
sekali tidak benar dan tidak bertanggungjawab.
Bon kami didatangkan dengan jaminan bank yang memastikan
komitmen promoter dalam suntikan ekuiti. Keselamatan aliran
wang tunai dan pulangan kepada pemegang bon adalah terjamin.
1 comment:
Kami adalah Organisasi Kristen dibentuk untuk membantu orang yang membutuhkan bantuan, seperti help.So keuangan jika Anda akan melalui kesulitan keuangan atau Anda berada dalam kekacauan keuangan, dan Anda perlu dana untuk memulai bisnis Anda sendiri, atau Anda membutuhkan pinjaman untuk melunasi hutang atau membayar tagihan Anda, memulai bisnis yang baik, atau Anda menemukan kesulitan untuk mendapatkan pinjaman dari bank lokal, hubungi kami melalui email hari ini untuk bantuan tersebut (pinjaman, uang start-up): rebaccamorrisloanfirm @ gmail. com untuk Alkitab mengatakan "" Lukas 11: 10 Setiap orang yang meminta, menerima; dia yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu akan dibukakan "jadi jangan biarkan kesempatan ini berlalu begitu saja karena Yesus adalah sama kemarin, hari ini dan selamanya. Silakan ini hanya untuk orang-orang yang berpikiran serius dan Allah takut di keuangan kesulitan dan ingin menemukan jalan keluar.
Anda disarankan untuk mengisi dan mengembalikan rincian di bawah ini ..
Namamu: ______________________
Alamat Anda:____________________
Negara: ____________________
Kerjamu:__________________
Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: ______________
Pinjaman Durasi: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nomor telepon:________________
Apakah Anda mengajukan pinjaman sebelumnya: ________________
Jika Anda telah membuat pinjaman sebelumnya, di mana Anda diperlakukan dengan jujur? di mana perusahaan tersebut berlokasi? .
Post a Comment