Friday, 5 December 2014

Cara Untuk Menjadi Ahli Sihir!!!



Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau 

lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh 
Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai 
cara dan jalannya. Iaitu :-

1. Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari 
nenek moyangnya atau saka-baka, di mana 
ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek 
atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah 
atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). 

Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan 
secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir 
terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.

2. Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin 
yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam 
mimpi dan memberitahunya supaya membaca 
ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera 
tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat 
itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya 
untuk memberi pertolongan.

3. Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-
serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkan
nya.

4. Melalui amalan-amalan dari seni mempertahan
kan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang 
yang dipelajari atau dituntutnya.

5. Melalui pertapaan – tidak kiralah di dalam 
hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur 
dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin 
yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.

6. Meniru tanpa bergurusamada dari 
Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara 
orang lain membuat perubatan lalu mencuba
nya.

7. Melalui Berguru yang memelihara 
Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya 
melalui kitab-kitab tertentu atau secara 
bersendirian.

Peralatan Pemujaan oleh Tukang 
atau Ahli Sihir.

Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan 
Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti 
brikut :-

1. Pemujaan Kubur

Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan 
oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur 
itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat 
yang diperlukannya. 

Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah 
seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan 
pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.

Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang 
disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, 
bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikata
kan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada 
hakikatnya mereka telah tertipu dengan 
permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.

2. Keris, Lembing dan Limau

Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat 
Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, 
kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. 
Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan 
dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan 
serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.

Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam 
jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. 
Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan 
kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu 
tidak mengganggu mereka malah dapat membantu 
mereka.

3. Ancak

Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan 
sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari 
pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning 
bertih, ketupat dan sebagainya. 

Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin 
keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang 
dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-
anak kampong.

4. Sanggu

Atau sampan selalunya diperbuat daripada 
upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau 
seludang yang digunakan mestilah yang jatuh 
dari pokok dalam keadaan tercacak pada 
pangkal pokok yang mesti di ambil pada 
waktu senja. 

Waktu membuat sanggu pula mestilah pada 
waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari 
naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan 
di baca mentera atau jampi tertentu.

Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja 
Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk 
jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, 
antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, 
beras kunyit dan sireh pinang. 

Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, 
lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. 
Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai 
jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

5. Sangkak

Diperbuat daripada buluh dengan mengikut 
syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan 
seekor ayam panggang yang telah mengikut 
syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning 
dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajati
nya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga 
kampung supaya jangan menggangu keluarga 
atau kampong mereka. 

Kemian dibakar sebagai bauan wangi yang 
sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi 
syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Ada dua cara mengguna dan meletakkan 
sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat 
untuk keselamatan keluarga maka ianya 
dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan 
di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. 

Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga 
kampung pula maka ianya di letakkan di tepi 
hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan 
mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-
kadang di sembelih pula seekor kambing atau 
kerbau.

6. Pemujaan Tanduk Kerbau

Sering dijadikan bahan pemujaan yang 
mempercayai akan kuasa yang ada padanya. 
Selalunya digunakan dalam majlis-majlis 
tertentu seperti pertabalan pangkat atau 
meraikan sesuatu majlis. 

Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan 
sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin 
dan sebagai makanan atau jamuan kepada 
Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu 
kampung atau anak cucu mereka.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di 
tempat yang tertentu yang di atasnya di 
nyalakan lilin. Kain warna kuning atau 
merah di mahkotakan di bahagian kepala, 
sementara di sekelilingnya dihidangkan 
dengan kuih muih, pulut kuning, bubur 
merah dan lain-lain lagi. 

Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan 
membaca mentera atau jampi serapah untuk 
memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, 
ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan 
mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi 
nasihat atau amaran kepada mereka.

Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti 
berikut adalah amat bertentangan dengan 
agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan 
Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian 
hidup kita di dunia dan akhirat. 

Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah 
di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya 
bersebab dari upacara pemujaan tersebut. 

Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang 
masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan 
dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah 
yang memberi sebab kepada keselamatan, 
kesihatan dan keselamatan mereka.


PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini 
hanya untuk dijadikan sempadan, tidak 
harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.

No comments: