Friday, 26 December 2014

BENCANA ALAM PERINGATAN DAN TEGURAN ALLAH!!!






Ingatlah! Bila Allah Taala menegur kita, kena 
banyak-banyaklah muhasabah diri.


Cuba fikirkan mengapa pantai timur yang teruk?
Kita terdiri dari lebih 70% Melayu yang beragama 
Islam.


Pernahkah kita fikirkan jumlah yang banyak bukan 
suatu aset untuk kita jadi kuat jika kita saling 
bercakaran dan berpecah sesama sendiri.


Carilah jalan untuk penyatuan, bukan cari salah.
Pengajaran ini amat jelas.Tinggalkan seketika 
fahaman politik yang memutuskan silaturrahim.




Kembali pada kenyataan Allah "INNAMAL 
MUKMINUNAIKHWATON"(sesungguhnya 
orang-orang mukmin itu bersaudara).



Mengapa tanamkan kebencian antara kita? 
Apakah itu erti firman Allah itu atau kita pura
-pura tidak faham semata-mata mempertahankan 
ego kita? 


Tidak mustahil Allah akan menimpakan ujian atau 
peringatan lebih dahsyat lagi sekiranya kita tidak 
mahu berfikir dan kembali menanamkan kasih 
sayang....




'Sesungguhnya Islam itu agama berkasih-sayang'

No comments: