Monday, 1 December 2014

PERSEPSI MENDOMINASI REALITI!!!

PENGHINAAN! 

Inilah Yang Diajarkan Oleh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim!!!


Sebelum 2005, iaitu pada tahun Anwar Ibrahim dibebaskan dari oleh Mahkamah Persekutuan atas faktor kesalahan teknikal walaupun Anwar Ibrahim belum menghabiskan 6 tahun hukuman kerana rasuah salahguna kuasa dan langsung tidak menjalani 8 tahun hukuman penjara walau sesaat pun untuk kesalahan meliwat, masalah penghinaan seperti yang berleluasa sekarang sukar dilihat.


Kalau ada pun pada waktu itu hanyalah pemalsuan kepala surat dan isi kandungan surat yang lebih tertumpu kepada surat-surat Perdana Menteri terutama sekali surat-surat Tun Dr. Mahathir. 
Kerana kurangnya pihak yang berminat untuk menyanggah dan membela kerajaan pada waktu itu, persepsi negatif berkembang     subur dan pembohongan dianggap sebagai satu kebenaran.
Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, bermulalah episod dan trend baru dalam perbuatan fitnah dan pembohongan demi mendapat undi dan sokongan. 
Kali pertama Anwar lakukan ialah cubaan mengaitkan kematian dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shiiribu dengan Najib Abdul Razak .
Dan pembelian dua buah kapal selam dari Perancis yang telah diluluskan pembeliannya oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1995 iaitu ketika Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Menteri Kewangan Malaysia.


Tian Chua menggunakan perisian Photoshop untuk mengukuhkan pembohongan tersebut. 
Para pecacai Pakatan Rakyat pula menyebarluaskan pembohongan tersebut dan berjaya menimbulkan persepsi bahawa gambar-gambar itu adalah gambar-gambar tulen.

Selepas itu, semakin meriahlah fitnah dan hasutan yang dibuat demi kemenangan Pakatan Rakyat. 
Menariknya, mereka melakukannya secara bebas tetapi mereka mempromosikannya sebagai salah satu ciptaan dan kejahatan UMNO.


Perhatikan gambar-gambar yang sedang 
diviralkan di Internet khususnya di Facebook. 

Adakah inibukanbermaksud hasutan untuk 
menimbulkan 
kebencian?

Seterusnya menyuburkan fitnah 
yang akan mengucar-ngacirkan negaraini sebagaimana 
yang dilakukanoleh Tian 
Chuapada tahun 
2005 
sehingga 
2008 
yang 
kemudian dipanjangkan pula oleh para 
penyokong 
mereka sehingga  sekarang?

No comments: