Kisah seram ini berlaku empat tahun lalu sewaktu saya sarat hamil anak pertama (anak lelaki). Saya dan suami waktu itu menetap di rumah mentua saya di kawasan barat Singapura menghadap tapak masjid yang telah dirobohkan. Tetapi sebelum itu, ingin saya menceritakan sedikit mengenai rumah berkenaan.
Sebelum itu rumah ini memang dikatakan berhantu tetapi ia menjadi lebih dahsyat setelah beberapa orang teman bapa mentua saya tiba ke rumahnya membawa tali bungkusan mayat yang mereka dapati dari kubur setelah digali untuk menimba ilmu hitam.
Dikatakan juga hantu mayat itu datang ke rumah bapa mentua saya untuk mengambil kembali tali itu padahal ia sudah dibawa pergi oleh rakannya.
Pada mulanya saya tidak percaya akan semua cerita-cerita itu tetapi pada suatu malam ketika saya sedang menuju ke dapur untuk mengambil air untuk minum, saya ternampak bapa mentua saya duduk di kerusi ruang tamu, menghadap ke arah televisyen.
Oleh kerana dia mempunyai tabiat menonton di dalam gelap sehingga tertidur, saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi kali ini televisyen telah pun dimatikan.
Saya teruskan niat untuk pergi mendapatkan segelas air juga di dalam gelap kerana cuma hendak minum air sebelum tidur. Setelah itu, dengan rasa letih dan dalam keadaan malas dan mengantuk, saya langsung ke tempat di mana bapa mentua saya sedang duduk dan berkata, “Papa, bangun… Pergi tidur di dalam”.
Saya perhatikan bapa mentua saya, melihat dia tidak bergerak (waktu itu saya tidak memakai kacamata dan pemandangan begitu kabur).
Setelah beberapa saat menatap (muka ke muka) “Papa” yang menunduk menghadap ke bawah, saya bergerak ke belakang dan tersentak kerana saya perasan rambutnya panjang.
saya terus menuju ke bilik. Setelah mencapai kacamata, saya baru sedar bahawa apa yang saya lihat adalah Pontianak!!!
Saya hempas dan tutup pintu bilik, terus tidur dalam ketakutan. Bayangkan jikalau saya berhadapan dengan benda itu tetapi kali ini ia tidak menunduk ke bawah ataupun menyahut panggilan saya.
Astaghfirullah…
No comments:
Post a Comment