MUSIM CUTI PANJANG NI LAH MASA YANG SESUAI UNTUK MELANGKAH KE ALAM DEWASA.MASA YANG DULU BUKAN MACAM SEKARANG,DULU DIGUNA PISAU CUKUR YANG TAJAM.SEKARANG GUNA KLIP SAHAJA.
DULU-DULU AKU BERSUNAT TAK MACAM BUDAK SEKARANG.DULU AKU BERENDAM MANDI DI SUNGAI BERJAM-JAM.NAIK KE RUMAH NAMPAK TOK MUDIM MENGASAH PISAU CUKUR SAMBIL MENJELING TAJAM.OH KEJAMNYA JELINGAN ITU.
DI LUAR ORANG DEWASA MEMEGANG SENAPANG PATAH.ADA JUGA MEMEGANG PARANG DAN BUAH KELAPA.TEMBAKAN TUJUH DAS DILEPASKAN SERENTAK DENGAN BELAHAN BUAH KELAPA!
DUDUK ATAS BATANG PISANG TANPA RASA TAKUT PUN.TOK MUDIN PEGANG KONEK AKU SAMBIL TERSENYUM.MACAM PERLI AJE,MACAM PERLI AJE!!!
KULUP KONEK DITARIK,DUA BATANG BESI SEBESAR LIDI SATAY DI MASUKKAN KEDALAM KULUP DAN DIUMPIL KE ATAS.PANGKAL BESI DIPACAK ATAS BATANG PISANG.DUA BATANG BESI LAGI MENGEPIT LUAR KULUP DAN PANGKALNYA DIPACAK JUGA.
MATA PISAU CUKUR DILETAKKAN ANTARA DUA PACAKAN TADI.ENTAH MASA BILA TOK MUDIM BUAT KERJA DIA PUN AKU TAK TAHU.SEDAR-SEDAR RASA PEDIH SEDIKIT
PADA HUJUNG KONEK.NAMPAK GENANGAN DARAH SEDIKIT DI HUJUNGNYA.
TEMPURUNG YANG BERISI SEDIKIT ABU DAPUR DILETAKKAN DIBAWAH KONEK.DARAH MULA MENITIK SEDIKIT KE DALAM TEMPURUNG.TOK MUDIM MEMEGANG SEEKOR AYAM JANTAN DAN DILETAKNYA AYAM TERSEBUT DEPAN KONEK AKU.
AKU JADI PANIK BILA BULU DITENGKUK AYAM ITU MULA MEREMANG MEMBENTUK SATU BULATAN SEPERTI KEADAAN KETIKA IA HENDAK BERLAGA.AKU BIMBANG SANGAT TAKUT-TAKUT AYAM JANTAN ITU MEMATUK KONEK AKU.
TOK MUDIM MACAM TAHU AJE KETAKUTAN AKU.DIA KETAWA KECIL.
"BAGUS MU NI.ANAK JATE.AYE PUN NAK LAWE DENGE MU!"
ITULAH KENANGAN MENGUSIK JIWA.TIADA LAGI,DAN TAK JUMPA DAH PERISTIWA SEPERTI ITU PADA MASA SEKARANG!!!
No comments:
Post a Comment