Thursday, 30 April 2015

PAS TUKAR JADI PUS!


PARTI U TURN SEMALAYSIA(PUS)!!!

HARI TU KELUAR FATWA HARAM UNDI CALON TOLAK HUDUD! SEMALAM CAKAP GST LEBIH PENTING DARIPADA HUDUD!!! 

DAH GILA BABI KE APA PUAK PAS NI?CAKAP BERBELIT-BELIT DAN MERAPU! HUKUM HAKAM DAH JADI MAINAN IKUT SUKA NAK BUAT APA PUN!



Pasal hudud ni hanya macam musim durian aje. Kecoh sesama mereka, kemudian bila ada PRK, mereka jadi senyap. 


Cuba perhatikan masa PRK parlimen kapal sink, Teluk Intan, orang PAS senyap, tak melalak pasal hudud. 


Rasanya hudud ni pun nanti dia orang akan buat u turn. Kemudian salahkan UMNO.




U turn yang pas buat tu menghasilkan dosa! Calon yang tolak hudud itu gugur akidahnya! Maka penyokong pas yang undi dia akan menanggung dosa juga! 


U turn yang pas buat tu bersangkutan dengan fatwa haram mengundi calon yang tolak hudud! 


Sekarang sudah halal lah kalau tengok perangai u turn menggila babi dia orang! Hukum di buat main-main! Hukum mudah alih!




Wednesday, 29 April 2015

HUDUD TIDAK PENTING BERBANDING GST!!!


HUDUD TIDAK PENTING BERBANDING GST - PEMUDA PAS SUHAIZAN Kayat.



Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia baru-baru ini mengatakan bahawa isu GST lebih penting berbanding Hudud. 

Dalam ceramah-ceramah kempen PRK Rompin pemimpin Pas kerap membangkitkan isu semasa 
seperti GST dan kurang pemahaman tentang hudud. 

Umpamanya Suhaizan bersetuju bahawa Hudud tidak penting dalam kempen di Rompin. Malah Mat Sabu juga berceramah di atas pentas baru-baru ini mengatakan bahawa Hudud biarlah pihak pimpinan tertinggi laksanakan. 

Hudud tidak memberi impak kepada rakyat Malaysia tetapi GST amat menyusahkan rakyat kata Mat Sabu dalam ceramahnya. 

Kini penolakan Hudud turut dipelopori oleh pemimpin tertinggi Pas yang liberal. 

Apa kata Dewan Ulamak Pas Pusat?

TETAP BERJUANG,TAK AKAN MENYERAH KALAH!!!





Perdana Menteri Datuk Seri Najib 
Razak menegaskan beliau tidak 
akan berganjak atau menyerah 
kalah walaupun diasak dan dikritik.

Katanya beliau akan tetap istiqamah 
berjuang demi rakyat sebagai 
sebuah kerajaan yang telus bersama 
timbalannya Tan Sri Muhyiddin 
Yassin, jemaah menteri dan anggota 
pentadbiran.

Memetik seruan hikmat Bugis, 
beliau berkata apabila perahu 
dikayuh ke tengah, ia tidak boleh 
“bersurut pulang”.
   



Beliau menyampaikan ucapan sempena 
pelancaran Laporan Tahunan 2014 
untuk Program Transformasi Kerajaan 
(GTP) dan Program Transformasi 
Ekonomi (ETP).

“...meskipun bagaimana besar gelombang 
yang melanda, biarpun kemudi patah, 
biarpun layar robek, biarpun seribu 
kapal tenggelam di tengah lautan, ia 
lebih mulia bagi kita tegap teguh 
berjuang daripada membalik haluan 
pulang,” katanya.

Kata-katanya itu secara tidak langsung 
menjawab kritikan bekas perdana 
menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 
yang menuntut agar beliau 
meletak jawatan.

Mahathir sebelum ini antara lainnya 
membangkitkan mengenai motif 
kes pembunuhan wanita Mongolia, 
Altantuya Shaariibuu, pentadbiran 
dana 1Malaysia Development 
Bhd (1MDB).

Turut dibangkitkan Mahathir ialah 
langkah pembayaran wang tunai kepada 
golongan kurang berkemampuan 
melalui skim Bantuan Rakyat 
1Malaysia.

Menurut Mahathir, walau dengan 
bayaran 
tersebut, Najib tetap 

mencatatkan prestasi buruk 

semasa pilihan raya 

umum 2013.


Menjawab isu BR1M, 
Najib seterusnya membawa 
seorang warga kurang berkemampuan 
di atas pentas, yang diterbangkannya 
khas dari Betong Sarawak.














“Beliau adalah seorang ibu tunggal yang 
kini bekerja sebagai pengawal 
keselamatan di sebuah sekolah 
dan mempunyai 4 orang anak 
yang berusia di antara 11 
hingga 20 tahun.

“Di sini, sebagai seorang pemimpin, 
suka saya menyatakan, sesiapa sahaja 
boleh mengatakan apa saja yang mereka 
suka dan fikirkan.

“Namun bagi individu rakyat seperti 
Puan Dayah ini, Bantuan Rakyat 
1Malaysia, betul-betul dapat 
membantu meringankan beban 
yang ditanggung 
bagi kos 

persekolahan anak-anaknya,” 
kata Najib.

Seramai dua orang anak wanita tersebut 
turut ditunjukkan di atas pentas 
dalam siaran langsung melalui RTM itu.

Menurut Najib lagi, skim bantuan seperti 
itu berjaya dilaksanakan di negara seperti 
United Kingdom dan Indonesia.

Skim itu juga hanyalah langkah 
sementara, kata Najib yang menegaskan 
bahawa ia mampu meringankan beban 
golongan sasaran – seramai tujuh 
juta isi rumah.

APABILA KETAKBURAN MENGUASAI MINDA!!!


Dr M: Pak Lah tidur pun dapat 140 kerusi!



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan prestasi lebih baik daripada Datuk Seri Najib Razak walaupun mempunyai masalah berkaitan tidur.
Mahathir, perdana menteri keempat, berkata Abdullah walaupun begitu memastikan BN mendapat 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Sedangkan, kata Mahathir lagi, BN bawah pentadbiran Najib pula hanya mendapat 133 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.

Menurut rakaman wawancara disiarkan Perak Today, Mahathir juga berkata prestasi lebih buruk berlaku walaupun kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mahathir membangkitkan terdapat masyarakat Cina memberitahunya bahawa tindakan itu rasuah kerana diberikan ketika hampir pilihan raya.

Beliau yang memainkan peranan aktif memastikan kejatuhan Abdullah kini beralih arah kepada Najib selepas memberi amaran BN akan kalah dalam pilihan raya dengan pentadbiran sedia ada.

KALAU DAH RASA DIRI TU HEBAT SANGAT KENAPA LETAK JAWATAN???
LEPAS TU GANGGU DAN KACAU ORANG AJE KERJA NYA!!!
RAKYAT SEMAKIN HILANG HORMAT DENGAN PEMIMPIN YANG SEBEGINI!!!

KATA-KATA PEMIMPIN PAS DAH TAK BOLEH DIPAKAI! SETARAF MUNAFIKUN!!!


Pemuda PAS Pulau Pinang Sudah Hilang 
Telur Bila Buat "U-Turn"

bykhairulryezal




Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya 
hujan di tengah hari. Ku sangka mengaum 
harimau yang garang, rupanya kucing yang 
tidak bergigi!!!

Pemuda PAS Pulau Pinang seperti yang dijangka 
telah membuat "u-turn" dan akur dengan PAS Pusat. 
Mereka akan turun membantu calon PKR setelah 
AMK memohon maaf diatas kenyataan-kenyataan 
melampau yg menyerang DS Haji Hadi Awang. 

Tindakan Pemuda PAS Pulau Pinang membuktikan 
parti berkenaan tiada berprinsip, rela pemimpin 
mereka diinjak-injak dan kembali menjilat sekiranya 
menerima pemohonan maaf.


Teringat kata-kata seorang sahabat di Pulau 
Pinang, logo PAS adalah sebuah bulatan. Boleh 
ditafsirkan sebagai sebuah 'roundabout'. 

Begitulah juga politik mereka. Berpusing-pusing 
'roundabout' sentiasa. Di kawasan Permatang 
Pauh ada banyak 'roundabout'.


DALAM SENGSARA ADA HIKMAHNYA!!!


Golongan Pertengahan Menikmati Pengurangan Cukai Individu Sehingga RM 19,350 Kerana GST???



Dalam pembentangan belanjawan yang 
lepas Kerajaan Malaysia menerusi menteri 
kewangan merangkap PM iaitu DS Najib, 
telah mengumumkan pengurangan kadar 
cukai individu dan perniagaan untuk cukai 
taksiran tahun 2015 sebagai langkah 
persediaan perlaksanaan GST pada 
1 April 2015 yang lalu.

Melalui perbandingan di bawah pengurangan 
cukai individu yang bakal dinikmati adalah di 
antara RM 50.00 sehingga RM 19, 350.00 bagi 
pendapatan bercukai di antara RM 10,000 
sehingga RM 400,000 setahun.


Walaupun pengurangan pembayar-pembayar 
cukai yang berpendapatan RM 3,000 sebulan 
mungkin rendah iaitu skitar RM300-RM 450 
tetapi mereka menikmati BRIM 1M yang 
bernilai sehingga RM 950.00 setahun.

Dalam hampir kebanyakan rakyat mengeluh 
dengan perlaksanaan GST kerana lebih 
banyak barangan yang dikenakan cukai 
berbanding sistem cukai SST tetapi 
hakikatnya walaupun semua pengguna 
tidak akan dapat lari daripada membayar 
cukai GST, tetapi sebenarnya kerajaan 
telahpun memberikan subsidi mahupun 
insentif di dalam bentuk BRIM 1M ataupun 
melalui pengurangan cukai ndividu.

Tetapi telah menjadi resam dunia, apa 
yang didapati secara percuma kita akan 
kurang menghargainya.

Apapun penulis merasakan perlaksanaan 
GST masih boleh diperbaiki di mana pihak 
kerajaan boleh mengecualikan beberapa 
lagi barangan keperluan seperti pampers 
bayi dan pampers dewasa kerana ianya 
menggalakkan pewujudan masyarakat 
yang bertanggung-jawab yang menyayangi 
anak-anak dan golongan tua.

Malah makanan seperti tempe dan tahu 
yang mungkin merupakan alternatif protien 
kepada sesetengah golongan miskin wajar 
dikecualikan daripada GST!!!-bumiyang.