Saturday 4 January 2014

PAS Semakin Celaru Dan Menyesatkan…


mujahid-yusof-rawa-with-bishop-sebastian

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahid Yusof yang menentang rampasan Bible di premis The Bible Society of Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya, memperlihatkan secara jelas kepada kita tentang kerosakan akidah yang dijelmakan menerusi kopiah, janggut, topeng Islam, serta raut wajah dan batang tubuh orang yang mengaku beragama Islam.


Ini sekaligus membenarkan kenyataan Rasulullah s.a.w lebih seribu tahun lampau.
(Maksud hadis)


“Telah diceritakan kepada kami oleh Ismail bin Abu Uwais berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya, dari Abdullah bin Amru bin Al-Asy meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, 

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus mencabutnya daripada hamba-Nya tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama sehingga bila sudah tidak bersisa ulama, maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya, mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan.” Berkata Al-Firabri, telah menceritakan kepada kami Abbas berkata, telah menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Hisyam seperti ini juga. “ (Sahih Bukhari)


Mengapa perlunya membantu orang kafir dalam urusan agama mereka sedang dalam waktu sama berpaling daripada seruan perpaduan oleh saudara se Islam sendiri?

Kita membenarkan agama lain dianuti oleh mereka… tapi kita tak boleh benarkan mereka menyebarkan pada umat Islam…

Tapi hari ni PAS seolah-olah membantu para kafir ni menjalankan agenda menyesatkan umat Islam…

Demi politik dan cita-cita mengejar putrajaya Pas sanggup buat apa saja, kalimah Allah pun sanggup dikongsi dgn bukan Islam.Memang patut bible yang guna kalimah Allah ni dirampas sebelum kekeliruan berlaku pada masa akan datang…

Nak pengaruh bukan islam sampai sanggup gadai agama dan aqidah !!! TAKE BEER…PASBERG FOR ALL…!!!

SERONOK USUNG KERANDA KAFIR!!!


Luahan hati  pembaca.

alimedanbaru says:

Aku rasa pelik dgn siMujahid sekor ni..semangat sungguh dia berkunjung dan bertemu dengan paderi2 kristian tetapi hakikatnya tak sekor pun dari sikafir tersebut berminat dengan Islam.


Soalnya apa sebab mereka tak minat dengan Islam?
Macamana nak minat dgn Islam kalau sibodo Mujahid tu mekbenarkan segala-galanya kenyataan dan permintaan paderi tersebut!



Jadi dimana dakwahnya?



Dimana kebenaran Islamnya?

Berbaik dan bertolenrasi biar kena dgn isu dan keadaannya.

Kalau semuanya nak tunjuk baik, jawabnya itu kelakuan sipondan, dayus, serta tidak dapat menunjukkan pendirian dan kebenaran pihak diri sendiri.

Apa yg aku lihat sebenarnya SiMujahid itu telah didakwah oleh paderi kristian dan bukan dia yg mendakwah kepihak kristian.

Orang macam ni kalau jadi diplomat, negara dijualnya..

kalau jadi wakil bisnes, bisnes terbalik tong..

kalau berjual beli..hantar sendiri tergadai

konon nak tunjuk tolaransi hakikatnya dia adalah abdi dan jadi mulut kristian untuk mendesak kerajaan menuruti perancangan jahat mereka

bodoh sungguh manusia Mujahid ni dan memalukan mak bapak dia yg bagi nama indah untuk dia berjihad ..tetapi sebaliknya!



shwan says:

Janganlah admin dan saudara seIslam yang lain tersilap. Mujahid rawa bukan seorang daripada ulamak feqah atau syariah, MUJAHID hanya belajar Bahasa Arab semasa di Mesir, Tolong jangan tempatkan dia sebaris ulamak yang berilmu. Beliau berfikiran liberal kerana tidak berilmu.

dkds says:

Ya Allah kau lindungilah umat islam di Malaysia ini yang semakin hari diasak teruk oleh pejuang-pejuang kristian yang mengakui beragama islam…..

terangsang says says:

iman memang tiada sijil.Islam untuk manusia. kalau fikir parti sahaja yang hendak di Islamkan tapi tahap iman ahli lebih banyak pergi dari balik akibatnya yang dapat nama buruk Islam..juga.

bujuk says:

Mujahid patut DIAM jika dia nak selamat, tapi dia pilih untuk menegur. Mujahid adalah muslim yg. AKTIF berhujah/dakwah tentang Islam dengan orang kafir. Dia banyak tonjolkan/sebarkan tentang kebaikan Islam dan SUNNAH Rasulullah bila berbicara dengan orang Kafir. Dia sedih dan sukar bila tindakan jabatan agama tidak selaras dengan tindakan Rasulullah. Rasulullah tak pernah rampas Injil(bible) atau kitab suci Yahudi(Taurat) atau mungkin nama lain. Rasulullah juga sedar… Injil/Taurat yg. ada d zaman baginda bukanlah Injil/Taurat yg. asal. Baginda tahu mana perkara yg. d selewengkan oleh paderi2 dan pendita2 d zaman baginda. Dengan itu mereka tidak berani angkat muka dengan Rasulullah.


Persoalannya.. kenapa hari ini paderi2 berani membantah k’jaan dan pihak berkuasa? apakah kerana kita tidak tegas atau kita tidak mempelajari sunnah dan akhlak Rasulullah bila berdepan dengan mereka. Kita tak pernah dengar PM berhujah d depan pemimpin2 politik dan agama bahawa Islam adalah agama sebenar, Allah adalah tuhan aku dan tuhan kamu(seperti kata Mashitah pada Firaun), Islam itu rahmat untuk sekelian alam. Sedang Rasulullah sentiasa mengajak raja2/pemimpin2 kafir pada Islam. Pemimpin kita hari ini lebih suka menyebut semua agama membawa/menyuruh pada kebaikan. Sedangkan kita tahu hanya Islam membawa pada keselamatan/kebaikan dunia dan akhirat.

Aku tidak menyokong kalimah ALLAH d guna orang kafir, tapi biarlah tindakan kita tidak menyalahi tindakan Rasulullah.





3 comments:

Muslim said...

"...Katakanlah (wahai Muhammad (saw)) : kamu belum beriman, tp katakanlah kami telah Islam...." 49:14.
"Kamu takkan dapati org yg beriman dgn Allah (swt) dan Hari Akhirat berkasih sayang dgn org yg menentang Allah (swt) dan RasulNya (saw)...." 58:22.
Fikirlah sendiri.

Anonymous said...

hampa 2 org ni, tukang tulis rencana kat atas tu dgn tukang komen kat atas ni, aku saran belajar tentang asbabun nuzul. jangan main terjemah secara leteral saja, silap besaq tu...

Muslim said...

Asbab yg khusus pengajarannya yg umum. Selebihnya ngaji sendiri, pndgn diberi sbg pembuka jalan penelitian yg lbh mendlm. Moga kita semua dpt mencapai derjat Muttaqin !