Wednesday, 8 January 2014

WAHABI,WAHABI....OK KE PUAK INI????


 


                  WAHABI TEGAR BERGANDINGAN DENGAN LIBERAL TEGAR!!!

by Muslim.

Fahaman Wahabiyah atau apa pun namanya 
yang mereka namakan,pegangan mereka ni 
memang mempersonakan, sangat mudah kita
terpengaruh, pegang Al Quran dan Hadis 
yang sahih sahaja, ketepikan pendapat dan 
ijtihad ulama', kerana banyaknya ulama' 
banyak pula pendapat dan ijtihadnya. 

Ketepikan semua sepuluh sumber hukum 
yang lain, terima dua sahaja Quran dan Hadis 
sahih sahaja, kerana semua yang lain itu 
dikatakan tidak bersumber dari Rasullullah saw.

Kerana itu kita dapati ilmuan agama dan 
profesional pun mudah terpengaruh. Bila kita 
tolak ijtihad dan pendapat ulama' tidak dapat 
tidak kita akan membuat tafsiran sendiri, 
dengan ilmu kita yang terbatas sangat mudah 
kita tersilap walau di depan nama kita ada title Dr sekalipun. 

Bab penafsiran sendiri ini memang disukai bila 
kita rasa kita sudah berilmu dan tinggi 
pemahamannya, ditambah dengan ego diri, 
disokong dan dikobarkan pula serta dihiasi pula 
oleh syaitan syaitan manusia dan jin untuk kita 
merasa diri hebat, na'uzubillah. 

Ulama' ulama' AHLUL SUNNAH WAL JAMA'AH 
kita mengaji dari kecil hingga usia lanjut, 
mencipta beberapa kaedah semata-mata agar 
tidak tersilap dalam mengambil kesimpulan 
daripada Al Quran atau Hadis untuk jadi panduan 
kita hari ini, dan agar kita hari ini tidak mengulangi 
kesilapan dan perselisihan umat terdahulu yg 
berpecah akibat silap menafsir dan ketaksuban 
pendapat.

Wahabiyah ini nak kata sama saja dengan syiah, 
berat sangat, tapi bagi saya tidaklah benar dan 
lurus pegangannya dan sangat berbahaya kerana 
ia mengelirukan dan menimbulkan perpecahan.

Dah jadi panjang pulak.

Anyway kesimpulan mudah saya, jauhi kumpulan 
ini, kerana bila didekati sangat mudah terpengaruh, 
selain itu jangan tinggalkan doa dari ayat 8 surah 
Ali Imran, agar kita terjauh dari kesesatan!!!.


p/s

Saya sekadar budak "kecil" dalam ilmu agama, Tetapi dalam hal-hal yang berkaitan aqidah..rasanya perlu berterus terang kerana setiap saat iman kita terhadap Allah diambil kira.


Tak kan kita nak beriman waktu pagi, dan kufur waktu petangnya.
Dalam hal tertentu umpamanya Feqah perdebatan Ilmiah secara terbuka digalakan, tetapi yang melibatkan tauhid, teguran yang berterusan di perlukan. 



Masalahnya  dengan "Guru Wahabi" tidak akan menghiraukan / malah tidak menghormati Mufti negeri lain. Mufti Sabah/Penang/Pahang/Selangor telah membuat teguran secara berhikmah, Malah Majlis Fatwa juga telah melakukan perkara sama, untuk menjaga kemaslahatan umat menyemput beliau hadir. 


Ternyata "Guru Wahabi" hadir untuk menyampaikan hujjahnya. Apabila hujjah beliau disangkal oleh majoriti ahli Majlis.. si"GuruWahabi" meninggalkan dewan tanpa berucap salam. Itu yang nyata lagi tersurat.

No comments: