Thursday, 30 January 2014

KETAGIH SEKS PUNYA PASAL,TAK SERIK-SERIK KENA TANGKAP KHALWAT!!!


BERKHALWAT DENGAN LIMA LELAKI, DUA BERADIK SEKALI LAGI DITANGKAP!















Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua 
beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 
tahun itu menerima padah apabila diarahkan 
menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat 
Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor 
oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, 
semalam.


Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat 
keputusan itu selepas dua beradik berkenaan 
mengaku bersalah melakukan kesalahan di 
bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan 
Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 
kerana berkhalwat.


Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 
26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku 
bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah 
rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.


Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan 
anggota membuat serbuan di rumah berkenaan 
kira-kira jam 10.45 pagi.


Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap 
berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan 
hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan 
suami isteri atau mahram.


Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan 
mahkamah bagi menahan dua beradik itu 
selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.


Kedua mereka sebelum ini turut didakwa 
melakukan khalwat bersama lima lelaki 
berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam 
sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 
pagi pada 7 Jun 2013.


Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi 
mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani 
hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan 
Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun 
beliau membenarkan hukuman itu berjalan 
serentak.


Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 
19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman 
sementara satu waran tangkap dikeluarkan 
terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir 
ke mahkamah.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa 
Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan 
Terengganu.-hablulyuzi.

No comments: