Saturday, 11 January 2014

MARINA MAHATHIR MERABA-RABA DALAM TERANG.DALAM BAHASA MUDAHNYA TELAH MURTAD!!!

MARINA MAHATHIR !!! 

APA SUDAH JADI???

LIBRALISME SUDAH 

MENDARAH DAGING??? 


Meloyakini,Malaysian Insider dan beberapa 
lagi portal dan blog pembangkang terus 
cuba menyemarakkan isu JAIS merampas 
300 Injil berbahasa Melayu dan Iban dari 
premis Bible Society of Malaysia (BSM) 
Khamis lalu. 


Beberapa artikel yang disiarkan di 
dalam portal tersebut cuba menggambarkan 
JAIS sebagai samseng kerana menendang 
pintu menyerbu dan merampas kitab-kitab 
Injil yang mengandungi nama ‘Allah’ 
bagi merujuk kepada Tuhan Kristian.



Apa yang portal pembangkang itu tidak 
sebutkan ialah tindakan JAIS itu adalah 
sejajar dengan Enakmen 1988 mengenai 
Kawalan Penyebaran Agama (lain) kepada 
Orang Islam di Selangor yang melarang 
bukan Islam menggunakan 35 perkataan,
Arab dan ungkapan dalam agama merekatermasuk‘Allah,‘Nabi’,‘Injil’dan
'InsyaAllah’.



Sehingga kini,enakmen ini tidak 
pernah dimansuhkan sekali gus 
menjadikan tindakan JAIS sebagai 
sah.



Pihak Kristian bagaimanapun,memberikan 
alasan bahawa penyebaran Injil Berbahasa 
Melayu dengan menggunakan kalimah 
Allah’ sebagai merujuk kepada Tuhan Kristian 
itu adalah bertepatan dengan 10 persetujuan 
yang dicapai di dalam perbincangan pada 
April 2011.

Perbincangan yang melibatkan pihak 
Kristian dengan beberapa Menteri di 
peringkat pusat,Datuk Seri Idris Jala 
serta Peguam Negara itu,telah memutus
kan bahawa setiap penerbitan Kristian 
berbahasa Melayu perlu meletakkan tanda 
salib dan nota bertulis‘penerbitan Kristian’ 
di luarnya.


Jika ini benar,maka perbincangan itu 
wajar dipersoalkan kerana tidak turut 
melibatkan pihak yang mewakili Islam.



Walhal,isu di sini ialah mengenai penggunaan 
hak sejagat Umat Islam yang ingin dituntut 
oleh Kristian,maka logiknya,badan-badan 
yang mewakili Islam perlu menjadi pihak 
utama untuk diajak berbincang.



Adalah pelik sekali apabila badan-badan 
Islam tidak dirujuk mahupun dijemput 
langsung dalam perbincangan itu.
Nampaknya,yang menjadi ‘mangsa buli’ 
di sini ialah Islam,bukannya Kristian.



Pihak Islam telah diketepikan dalam 
perbincangan tersebut dan hak Umat 
Islam ke atas kalimah Allah telah 
dirampas secara biadab dan tanpa 
sebab atau alasan yang konkrit.



Apa yang berlaku menunjukkan seolah-
olah pihak Kristian telah dengan sengaja 
mencari gaduh dan menunjuk samseng 
terhadap umat Islam di Malaysia. 

Apabila JAIS bertindak berdasarkan 
undang-undang,pihak Kristian menuduh 
JAIS sebagai samseng dan kononnya 
membuli mereka pula.


Soalnya,siapa yang buli siapa ??? 
Rakyat Malaysia rata-ratanya cukup 
matang dan tidak mudah melatah 
dengan isu yang mampu mencetus 
ketegangan.  



Penganut Kristian di kalangan rakyat biasa 
juga tidak pernah‘teruja’ dengan isu kalimah 
Allah di dalam kitab Injil berbahasa Melayu 
kerana mereka lebih selesa dengan Injil 
berbahasa Inggeris.



Penganut Kristian di kalangan Iban pula 
terlalu kecil dan tidak signifikan langsung 
untuk dibangkitkan sebagai isu di 
Semenanjung.



Kaum Iban tertumpu di Sarawak di 
manakegunaan kalimah Allah dalam 
aktiviti keagamaan Kristian tidak 
disekat oleh kerajaan.



Oleh itu,kita lihat sebarang usaha 
untuk menjadikan pengharaman Injil 
berbahasa Iban dengan kalimah Allah 
di Semenanjung sebagai isu besar 
adalah sebenarnya berniat jahat.



Apatah lagi dengan hakikat bahawa 
kaum Iban yang beragama Kristian juga 
ramai yang lebih selesa dengan Injil 
berbahasa Inggeris.



Jelas,satu-satunya pihak yang 
sengaja membesarkan isu kalimah 
Allah dan ingin terus mencabar 
undang-undang serta agama Islam 
adalah pembangkang melalui media 
mereka.



Selain pembangkang,pihak yang turut 
teruja memburukkan imej JAIS dan Islam 
ialah NGO yang membawa perjuangan 
liberal iaitu kebebasan tanpa had serta 
kesamarataan dalam beragama.



Pihak ini langsung tidak mengiktiraf 
Islam sebagai agama rasmi negara, 
sekali gus menidakkan undang-undang 
dan perlembagaan.    

Sejak akhir-akhir ini,kedua-dua 
pihak iaitu pembangkang dan NGO 
liberal ini dilihat mencuba sedaya 
upaya untuk mencetuskan ketegangan
 antara Islam-Kristian melalui 
berbagai cara.


Modus Operandi mereka ialah 
menggerakkan laman-laman sosial 
peribadi untuk memperlekeh dan 
menghina Islam bagi mengundang 
tindak- balas.



Apabila pihak berkuasa mengambil 
tindakan,mereka akan menuduh 
kerajaan Islam sebagai zalim dan 
berat sebelah.



Seterusnya,mereka memburukkan 
kerajaan dan undang-undang 
negara di peringkat antarabangsa dengan tujuan memberi tekanan 
agar undang-undang berlandaskan 
Islam dilonggarkan.



Kononnya ia adalah bagi memastikan 
hak asasi setiap golongan di Malaysia 
terjamin dan tiada lagi diskriminasi.

Bagaimanapun,pihak ini mengambil 
pendirian untuk bersifat berat sebelah 
dalam isu Islam Kristian sedangkan jelas 
bahawa pihak Kristian telah melanggar 
undang- undang.


seolah-olahnya pihak Kristian langsung 
tidak berbuat salah, dan yang salah itu 
hanyalah Islam dan Islam semata-mata.    

Justeru,saya ingin bertanya kepada 
wakil NGO liberal iaitu Marina Mahathir 
yang begitu lantang membela Kristian 
dan menghentam JAIS dalam isu ini,
apakah benar beliau memperjuangkan 
hak asasi manusia atau sebenarnya 
berjuang menentang Islam ??? 

Isu kalimah Allah bermula tanpa alasan 
yang jelas.  Selama ini rakyat Malaysia 
tenang dan aman mengamalkan kepercayaan 
masing-masing atas dasar saling menghormati.

Tiada siapa yang mencabar sesiapa 
atau dengan sengaja menimbulkan 
ketegangan dengan‘mencuit’ agama lain.
Rakyat yang rasional tertanya-tanya, sudah 
sekian lama menyebut ‘GOD’ kenapa perlu 
ditukar kepada ‘Allah’ ???  

Mungkin Marina boleh membantu pihak 
Kristian menjawab soalan yang menyemakkan
kepala kita ni.Di samping itu,Marina juga 
mungkin boleh menjawab kenapa Marina 
tidak pernah mengherdik anak Cina DAP 
yang menghina nama Allah SWT dan 
Rasulullah di laman- laman sosial .

Marina tidak pernah mempersoalkan 
kenapa setelah mereka menghina Allah SWT,
pihak yang sama bermati-matian pula 
ingin menggunakan kalimah Allah bagi 
merujuk kepada Tuhan mereka ??? 

Sebenarnya,banyak lagi persoalan di kepala 
saya yang sehingga kini pihak Kristian dan 
Marina (NGO liberal) masih tidak 
dapat menjawab.saya ingin sangat 
memahami kenapa Marina begitu berat ??? 

Kenapa Kristian suka mencari gaduh ??? 
Dan apakah Marina juga sudah terkena 
sindrom gila glamour atau MEMANG GILA 
ATAU SUDAH MURTAD ???
badutrakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Dalam al Quran Allah ada berfirman , Dan bahawa Dia telah menyempurnakan agama manusia dan agama disisi Allah adalah Islam. Allah juga berfirman bahawa dia tidak beranak atau diberanakkan. Dan juga Dia tiada pendua atau pentiga.Makanya adalah syirik untuk menyamakan Jesus Christ itu Allah atau anak Allah.

Muslim said...

Ramai yg ngaku Islam, tak tahu, tak baca, dah tak ingat, dah lupa atau saja buat buat tak tahu,
"Dan tidaklah sekali kali akan redha kpd kamu org org Yahudi dan tidak juga Nasara hinggalah kamu ikuti agama / jalan hidup mrk. Katakanlah ; Sesungguhnya Petunjuk Allah (swt) itulah petunjuk (yg benar). Dan sekiranya kamu ikuti hawa nafsu mrk setelah dtg kpd kamu ilmu (petunjuk Allah swt / Al Quran) mk tiadalah bg kamu dr Allah (swt) pelindung dan tidak pula penolong." 2:120.