Informasi Tentang Dara dan Selaput Dara Wanita
Dara wanita atau selaput dara merupakan satu tisu daging yang nipis seperti bawang meregang di bahagian pintu masuk ke dalam lubang faraj wanita. Untuk lelaki terutamanya, dara sangat sukar dikenal pasti jika ada yang melihatnya untuk pertama kali. Malah dara dianggap sebagai mahkota untuk perempuan tak kira bangsa apa serta zaman apa.
Dara Merupakan Simbolik Kesucian Wanita
Kesucian wanita terjaga dengan menjaga daranya. Dara wanita perlu dijaga dengan baik semasa wanita itu belum berkahwin dan hanya diserahkan kepada suami tercinta. Hanya dengan tusukan zakar dari suami tercinta pada jimak malam pertama, dara wanita bleh dipecahkan atau dikoyakkan. Hakikatnya, berdasarkan pemerhatian, bukan ramai wanita yang dapat mempertahankan dara pada zaman kini, malah ramai yang bangga tiada dara.
Hilang Dara Tanpa Persetubuhan
Dara sememangnya boleh hilang atau terkoyak dengan secara sengaja seperti melalui hubungan seks atau tidak sengaja. Fakta yang penting di sini ialah, dara boleh hilang tanpa melalui persetubuhan.
Untuk wanita yang belum berkahwin, gadis, anak dara atau bikir merupakan istilah yang sering digunakan. Namun begitu para lelaki tetap dengan ego mereka, malah ada yang sanggup menceraikan isteri setelah mnegtahui isterinya itu tiada dara sebelum berkahwin.
Pada zaman dahulu, di kalangan masyarakat Melayu, sifat ini sangat ketara. Para suami isteri yang baru berkahwin, pada malam pertama mereka akan dibekalkan dengan kain putih atau tisu tangan putih. Semasa jimak malam pertama, dara akan terkoyak atau pecah, kemudian darah akan terkeluar sedikit. Kemudiannya darah tersebut akan dikesat dengan kain putih. Hal ini untuk membuktikan bahawa wanita tersebut betul-betul dara dan lelaki tersebut cukup tegang zakarnya untuk memecahkan dara. Jika tiada masalah berlaku, perkara tersebut akan membanggakan keluarga pengantin. Namun begitu, pada masa sekarang adat seperti ini tidak lagi diamalkan.
Darah Dara Yang Pecah
Bentuk dara merupakan faktor utama banyak atau sedikitnya darah dara wanita. Selain itu, jika air mazi terlalu banyak, darah akan bercampur dengan mazi menyebabkan darah kurang kelihatan. Malas kadang-kadang memang darah sedikit menyebabkan tiada darah jelas kelihatan.
Mungkin Dara hanya terkoyak sedikit sahaja dan dari itu darah dara juga sedikit yang keluar. Besar kemungkinan si suami telah berjaya memecahkan dara isterinya, tetapi tidak sedar akan perkara tersebut. Hal ini kerana tiada tanda khusus yang dapat mengenal pasti darah telah pecah dan kalau ada sekalipun, cuma dari segi kesakitan isteri.
Kesakitan pecah dara hanyalah sedikit dan sebentar dan akan hilang dalam keghairahan isteri dalam persetubuhan. Malah ada juga wanita daranya kembali bertaut walaupun telah melakukan persetubuhan. Maka bukanlah merupakan syarat yang sebenar sebab kaitan dara dan kesucian hanyalah adat resam.
Bentuk Selaput Dara Wanita
Selaput dara wanita sebenarnya sukar untuk dikenal pasti, apatah lagi oleh oleh seorang lelaki yang belum berpengalaman. Selaput dara wanita sebenarnya berada bukan betul-betul di pintu faraj tetapi agak sedikit ke dalam lubang faraj dalam jarak 1-3cm. Selaput dara wanita juga terdapat pelbagai bentuk.
Ada yang berlubang dua, ada yang seperti cincin, ada yang seperti kelopak bunga, ada yang berlubang banyak dan malah ada wanita yang memang tidak ada dara sejak dilahirkan. Sekiranya dara telah terkoyak iaitu kerana jimak atau tercedera akibat terjatuh dan sebagainya, selaput dara itu masih ada tetapi tidak lagi utuh atau mungkin ia bertaut kembali.
Akhir kata, jika anda wanita, silalah jaga dara anda dan jika anda lelaki janganlah suka sangat nak tebuk dara wanita!!-ohawek.com.
No comments:
Post a Comment