Monday, 27 January 2014

50 SEN YANG TERLALU MAHAL NILAINYA!!!

[DSC02054.JPG]


Kisah 50sen yang menyentuh hati!!! 

Cikgu : Kenapa Alif tak rehat ? 

Alif : mak saya beri 50sen sehari cikgu.. kat kantin 50sen ni dapat beli nugget je sekeping,, malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget sekeping jaa . Jadi saya kumpul duit hari ni untuk makan hari esok , jadi saya dapat la makan nugget dengan air sirap 50sen.. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu.

 (Alif tertunduk malu) Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak.Pada zaman 2014 ini masih ada pelajar yang membawa 50sen ke skolah. Ramai dI antara kita memandang 50sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50sen sangat besar ertinya .. 

Cikgu : Kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ya ? 

Alif : Oh .. hari jumaat duit 50sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin , cikgu.Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.. 

Mata saya dah berkaca... saya terkejut dan bertambah sebak. dah la duit ada 50sen,, siap boleh sedekah pulak lagi.. 

Ya Allah, limpah kan lah rezeki bagi keluarga pelajar ini. Luaskn rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan. 

Huh, macam terpukul sungguh saya!Bayangkan duit 50sen yang di beri untuk makan, dia sedekahkan 50sen untuk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..

Mungkin cerita ni nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua bersyukur dan melebih kan 
bersedekah!!!

No comments: