Monday, 6 January 2014

KERJA KERANA ALLAH TAK KENAL LELAH!!!




JERANTUT - Kampung Kuala Tahan yang menjadi pintu masuk ke pusat pelancongan Taman Negara di sini menerima beberapa projek kemudahan asas yang bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak berkata, bagi memenuhi matlamat itu, satu pelan kemajuan khas (RKK) telah dirancang menerusi penyusunan semula serta pembangunan di kawasan berkenaan.



Menurutnya, antara fokus RKK itu adalah mewujudkan lokasi baharu dan tersusun menggantikan penempatan haram berdekatan pesisiran Sungai Tembeling, pembinaan premis, balai polis, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), hospital, sekolah rendah, padang golf dan menaik taraf sistem kumbahan.


"Projek berperingkat ini dianggarkan bernilai RM3 bilion dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun akan datang menyaksikan Kuala Tahan sebagai pusat transit pelancongan yang moden.


"Antara projek lain yang turut dilaksanakan di bawah RKK adalah menyediakan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dengan menempatkan pelbagai agensi kerajaan beroperasi di bawah satu bumbung," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, sebanyak 164 rumah penempatan haram di pesisiran Sungai Tembeling akan dipindahkan ke lokasi sesuai untuk memastikan penduduk terbabit selesa dan mampu menjana pendapatan.

Katanya, kerajaan negeri akan menyediakan satu kawasan penyimpanan sistem kumbahan jauh dari kawasan perumahan kerana sebelum ini kumbahan tersebut dialirkan ke Sungai Tembeling dan memasuki Sungai Pahang.


"Ini merupakan langkah efisien kerajaan negeri untuk kesihatan penduduk di samping mewujudkan sebuah penempatan yang masih mengekalkan ciri budaya Melayu tradisional.

"Saya yakin kawasan RKK merangkumi 380 hektar akan dijenamakan sebagai pusat pembangunan moden berasaskan pelancongan dan pertanian tanpa menjejaskan keindahan alam sekitar hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun itu," katanya.

Projek itu bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada 10,000 penduduk di Mukim Tembeling Tengah dan Mukim Hulu Tembeling.


JERANTUT 3 Jan. - Kampung Kuala Tahan yang menjadi pintu masuk ke pusat pelancongan Taman Negara di sini menerima beberapa projek kemudahan asas yang bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak berkata, bagi memenuhi matlamat itu, satu pelan kemajuan khas (RKK) telah dirancang menerusi penyusunan semula serta pembangunan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, antara fokus RKK itu adalah mewujudkan lokasi baharu dan tersusun menggantikan penempatan haram berdekatan pesisiran Sungai Tembeling, pembinaan premis, balai polis, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), hospital, sekolah rendah, padang golf dan menaik taraf sistem kumbahan.

"Projek berperingkat ini dianggarkan bernilai RM3 bilion dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun akan datang menyaksikan Kuala Tahan sebagai pusat transit pelancongan yang moden.

"Antara projek lain yang turut dilaksanakan di bawah RKK adalah menyediakan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dengan menempatkan pelbagai agensi kerajaan beroperasi di bawah satu bumbung," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, sebanyak 164 rumah penempatan haram di pesisiran Sungai Tembeling akan dipindahkan ke lokasi sesuai untuk memastikan penduduk terbabit selesa dan mampu menjana pendapatan.

Katanya, kerajaan negeri akan menyediakan satu kawasan penyimpanan sistem kumbahan jauh dari kawasan perumahan kerana sebelum ini kumbahan tersebut dialirkan ke Sungai Tembeling dan memasuki Sungai Pahang.

"Ini merupakan langkah efisien kerajaan negeri untuk kesihatan penduduk di samping mewujudkan sebuah penempatan yang masih mengekalkan ciri budaya Melayu tradisional.

"Saya yakin kawasan RKK merangkumi 380 hektar akan dijenamakan sebagai pusat pembangunan moden berasaskan pelancongan dan pertanian tanpa menjejaskan keindahan alam sekitar hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun itu," katanya.

Projek itu bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada 10,000 penduduk di Mukim Tembeling Tengah dan Mukim Hulu T


No comments: