Saturday, 4 January 2014

KENALI SYIAH,PERTAHANKAN AKIDAH SUNAH WAL JAMAAH!!!








Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk 
kita mengenal orang yang 
berpegang dengan agama 
Syiah ini?
Jawapan:

Mula-mula sekali sebelum kita hendak 
mengenali orang yang menganut fahaman 
syiah ini, kita perlu mengenali apa itu syiah. 

Syiah di atas dunia mempunyai tiga 
kecenderungan yang besar. Mereka 
terpecah kepada banyak kelompok 
tetapi majoritinya adalah tiga 
kelompok besar seperti berikut.

Kelompok pertama 
dipanggil syiah mufaddholah (puji kelebihan), 
iaitu yang cenderung memuliakan ahlul bait 
(kaum keluarga Nabi). Mereka akan banyak 
bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga 
Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan 
lain-lain tetapi mereka tidak mengkafirkan 
sahabat Nabi. 

Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, 
Utsman sebagai khalifah, tetapi bagi 
mereka Ali tetap lebih mulia dengan 
tema atau slogan mereka;

jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-
afdhal(harus menjadi imam orang yang 
baik dengan kebersamaan wujudnya orang 
yang lebih baik). 

Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman 
diharuskan menjadi khalifah walau
pun (menurut pegangan mereka) Ali 
lebih baik daripada mereka semua. 
Merekaterkenal dengan nama Syiah 
Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.

Kecenderungan kedua 



merupakan kelompok syiah majoriti di dunia 

ini iaitu Syiah Rafidhah. Rafidhah berasal 
daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak). 
Mereka digelar sebagai Rafdhu atau 
Rafidhah kerana mereka tidak mengiktiraf 
bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat 
dan isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, 
Umar, Utsman, Abu Hurairah, Muawiyah ibn 
Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah 
dan keturunan Umar keseluruhannya. 



Apa sahaja yang datang daripada kesemua 

sahabat yang mereka laknati tidak boleh 
diterima dan harus ditolak menurut mereka.
Mereka adalah majoriti yang datang 
dengan   pelbagai nama pada hari ini, 
antaranya;Imamiyah Itsna Asyariyah 
(Imam 12), Ja’fariyah (ada di Gombak, 
Kedah, Perak, juga berakar dalam parti 
politik tertentu). Ini bahaya dan tak boleh 
dianggap remeh kerana mereka mempunyai 
agenda.



Akidah mereka berbeza dengan akidah Ahlus 

sunnah. Kalau kita setakat berbeza fahaman 
parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini 
lain. Mereka mengkafirkan sahabat Nabi 
bertujuan untuk meragukan sumber agama kita. 




Idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar, 

dan Abu Bakar mengarah Umar mencari 
penulis wahyu lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit 
dan mereka menulis Al Quran. Apabila 
syiah mengkafirkan sahabat maka Al Quran 
ada pada hari ini dianggap tidak boleh dipakai.

Mereka memiliki akidah taqiyyah 
(berbohong, berpura-pura). Menurut Imam 
mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang 
tidak bertaqiyyah. Mereka dituntut untuk 
menzahirkan sesuatu yang bersesuaian 
dengan masyarakat setempat dan 
menyembunyikan kepercayaan mereka.


Lihatlah sambutan Asyura yang setiap tahun 

mereka raikan, mereka melaknati Abu Bakar, 
Umar, dan sahabat Nabi yang lain. Baru-baru 
ini saya ke Oman bersama sahabat saya, 
kami memasuki sebuah masjid syiah. Di 
Oman ada 10-15% penganut agama syiah 
imam 12. 



Saya masuk ke dalam masjid mereka dan di situ 

ada batu-batu karbala iaitu tanah yang dimampat
kan menjadi batu dan mereka sujud di atas tanah 
itu ketika solat kerana menganggap suci 
tanah tersebut.

Kemudian saya masuk ke dalam lagi dan pergi 
ke rak buku, saya mengambil satu buku 
kecil bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari 
Asyura). Saya membuka dan membaca
nya,di dalamnya terdapat doa-doa laknat 
ke atas sahabat Nabi beserta tatacara 
dan kaedah membaca doa-doa tersebut. 
Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada 
hari asyura adalah dengan berpuasa, 
sedangkan mereka pada hari itu menkan 
laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi 
mereka hari tersebut adalah hari kematian 
Husain.



Kepercayaan mereka berbeza dengan ahlus 

sunnah. Imam Mahdi mereka tidak sama 
dengan Imam Mahdi ahlus sunnah. Imam 
Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka 
yang terakhir dan menunggu di dalam Gua 
Sardab. Imam Mahdi kita yang Nabi SAW 
beritakan ada ciri-cirinya berdasarkan hadis-
hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak  
kesemua hadis-hadis tersebut kerana 
diriwayatkan oleh para sahabat.



Mereka menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim. 

Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana 
dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi 
(pembenci ahli keluarga Nabi). Jadi perkara ini 
tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan 
syubhat dalam pemikiran kita. Ini adalah 
majoriti syiah yang sedang bertebaran di atas 
muka bumi pada hari ini.



Syiah yang ketiga, dan ini yang paling pelik. 

Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di sebelah 
Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat 
di Lubnan. 

Syiah yang berkecenderungan
kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada 
amalan). 

Mereka menganggap ibadah seperti solat, 
haji, dan lain-lain hanya simbolik semata-
mata. 

Bahkan pelampau mereka beriktikad 
malaikat Jibril tersalah menyampaikan 
wahyu kepada Muhammad, sepatutnya 
wahyu disampaikan kepada Ali bin Abi 
Thalib.

Akidah begini merupakan akidah yang 
membatalkan keislaman seseorang. Mereka 
datang dengan banyak nama, antaranya; 
syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad 
di Syria – mereka menyembah gambarnya 
kerana telah mengangkat imam mereka 
setaraf dengan Tuhan,syiah Duruz, syiah 
Isma’iliyah di Pakistan, Aghakhaniyah di 
Afghanistan, Pakistan dan Malaysia 
(dalam kelompok kecil).Ini adalah tiga
 kecenderungan syiah, cuma yang 
majoritinya adalah kelompok yang kedua.


Cara mengenali mereka

Syiah boleh dikenali melalui modus 
operandi atau cara mereka menarik kita.

Langkah Pertama: 

Mereka memulakan dengan memuji ahlul 
bait (ahli keluarga Nabi). Mereka akan 
kerap bercerita tentang kebaikan dan 
kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali, 
Fathimah, Hasan, dan lain-lain. 

Mereka menyeru untuk fokus dan 
bercakap tentang ahli keluarga Nabi 
sahaja, mengapa perlu bercakap 
tentang yang lain, kerana Nabi 
sangat mencintai kaum keluarganya. 

Oleh itu menurut mereka, memadaimengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.
Mereka membawa dalil-dalil daripada 
Al-Quran dan hadis akan kelebihan-
kelebihan kaum keluarga Nabi. 

Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal 
Jamaah adalah orang yang paling cinta 
kepada Ahlul Bait. 

Paling cinta bererti mencintai sesuatu 
sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini 
adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan)
 yakni tidak berlebihan dan tidak 
berkurangan.Kita perlu sayang dan kasih 
kepada Ahlul Bait. 

Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan mengaku keturunan Nabi 
tetapi melakukan maksiat, kejahatan dankesalahan, maka kesalahannya 
tidak boleh dibiarkan. 


Sabda Nabi SAW,
لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها

Maksudnya: “Kalau Fathimah binti
Muhammad mencuri aku akan potong 
tangannya.”

Sayang ada hadnya. Ada pun syiah menyayangi
 ahlul bait dengan menganggap mereka bebas 
, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke 
peringkat kedua iaitu menceritakan kepada 
kita tentang imam-imam mereka dan
seterusnya memaksumkan mereka.

Langkah kedua: 

Mereka mempopularkan 
imam-imam mereka; Khomeini. 

Antara slogan mereka, Saya tidak bercakap 
tentang akidah Khomeini, saya bercakap 
tentang revolusi yang dibawanya yang 
perlu kita contohi, perjuangan Hasan 
Nasrullah, Hizbullah. Hasan Nasrallah
 pejuang Islam, penentang Israel.
Mereka bertujuan membangkitkan semangat. 
Berapa kali syiah menyerang Amerika? 
Berapa kali mereka berperang dengan Israel 
sampai hancur. 

Sedang Amerika mencari Anwar Al Aulaki,
 menghantar kapal terbang automatik tiada 
orang, menembak menggunakan satelit, 
mencari Osama bin Laden sampai jumpa, 
mencari Saddam Hussein sampai jumpa, 
mencari Muammar Ghaddhafi sehingga 
dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi 
itu berbillion kekayaannya, membina tempat 
keselamatannya dengan kekayaannya tetapi 
Amerika boleh cari juga.
Kenapa negara syiah seperti Iran, Lubnan 
dengan Amerika tidak berperang lagi sampai 
ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru 
terkena dekat Palestin, tidak sengaja 
kononnya. Mereka ada agenda mereka, 
inilah dia taqiyyah Syiah.
Sebab itu ulama apabila membahaskan 
hadis Nabi yang menceritakan tentang 
Dajjal di akhir zaman, yang akan menjadi 
tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada 
Asfahan, di Parsi. Ulama terdahulu sudah 
mengulas kemungkinan besar mereka ini 
adalah syiah rafidhah Imam 12.
Syiah sering bercerita tentang imam mereka, 
memuji Khomeini sebagai penulis buku hebat 
dan pelbagai pujian lagi. 

Bayangkan orang seperti P. Kalimuthu, kemungkinanlah dia pernah membantu 
orang kampungnya, kemudian orang memuji-
muji P. Kalimuthu seorang yang baik, telah 
membantu ramai orang miskin. 

Adakah boleh diterima cerita seperti itu? 
Tidak boleh kerana orang tahu dia jahat, 
melakukan banyak pembunuhan, jenayah 
dan sebagainya. Begitu juga Khomeini, dia 
menulis dalam bukunya sendiri cercaannya 
ke atas sahabat Nabi SAW.
Andaikan saya mencerca dan mengkafirkan 
bapa kepada salah seorang kalian, adakah 
kalian mahu mendengar ceramah saya? Jadi bagaimana kita boleh memuji memuja dan mengangkat nama-nama orang yang 
mengkafirkan sahabat Nabi?
Abu Bakar RA adalah sahabat Nabi yang 
menemani baginda di dalam gua, orang yang 
dilantik oleh Nabi sebagai imam sewaktu 
Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi 
kasih dan Nabi sayang, yang mana ketika 
semua orang tidak percaya kepada Nabi 
SAW, beliau menyatakan kepercayaannya 
kepada Nabi tanpa berbelah bahagi 
sehingga digelar sebagai As-Shiddiq.

Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan 
orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA 
dan mengatakan perselisihan ini kecil. 

Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA merupakan 
antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. 
Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit 
sahaja beliau akan mengeluarkan pedang 
demi Islam. 

Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis 
bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang 
dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).
Utsman RA yang Nabi memujinya seperti 
dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu 
malu kepada orang yang malaikat pun malu 
kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan 
diri terhadap orang yang mengkafirkan 
sahabat-sahabat Nabi ini.
Aisyah RA wanita yang paling banyak 
meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan 
oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti 
semua hadis yang diriwayatkannya tidak 
boleh diguna pakai.
Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling 
banyak menghafal hadis pun turut dikafir
kan, maka hadis Abu Hurairah tidak boleh 
diterima.

Jadi apa tinggal dengan agama kita? 
Mereka meragukan sumber agama kita, 
begitulah cara mereka merosakkan Islam. Mereka 
mengambil kitab mereka dan memuliakan imam 
mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang 
mengangkat nama Khomeini, mengangkat 
negara Iran.

Menyebarkan syiah melalui perkahwinan



Orang Iran cantik-cantik parasnya. Antara 
modus operandi mereka juga adalah melalui 
wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan.

Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di 
negara kita, hidung mancung bak seludang, 
janggut elok, rambut cantik, setakat Sami 
Yusuf dan Maher Zain tidak ada apa. Siapa 
tidak bangga kalau dapat menantu paling 
handsome di kampung. Tetapi padahal 
mereka membawa ideologi syiah.




Di sebelah Afrika mereka menghantar 
perempuan-perempuan Parsi. Perempuan 
Parsi ini cantik.

Allah berikan keindahan dan kecantikan 
kepada mereka sebagaimana kata Umar 
ketika Umar menghantar seorang lelaki di 
zamannya ke sana, di mana lelaki tersebut 
sangat kacak sampai semua orang lelaki dan 
perempuan terpegun melihatnya. 

Kemudian rambutnya, apabila dicukur semua 
rambutnya bertambah kacak,kemudian Umar 
menyuruhnya berhijrah ke negeri dibelakang 2
(Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana
orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.


Itu sedikit sebabnya cara mereka menyebar
kan syiah. Yang paling jelas adalah mereka 
banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka 
seperti Khomeini, Hasan Nasrallah, dan sikit-
sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat 
Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara 
Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?

Hal ini bukan hal yang kecil, hal ini serius. 
Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul 
Muslimin, antaranya nama-nama seperti 
Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal 
yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus 
sunnah dengan Syiah. 

Beliau pergi duduk di Lubnan untuk beberapa 
tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini 
tidak boleh diteruskan kerana sumber agama 
syiah dan ahlus sunnah berlainan.

Syiah memiliki kitab hadis mereka 
sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita 
sendiri. Syiah mengkafirkan sahabat 
Nabi, sedangkan kita membawa hadis 
dari para sahabat yang mereka kafirkan. 

Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, 
Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-
surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-
kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. 

Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedang
kan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al 
Quran kita baru suku daripada Al Quran 
mereka.

Syiah Agama Politik

Pada hari ini mereka turut datang dengan 
nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik 
tanah air. Kita perlu ingat bahawa syiah 
adalah agama politik. Sebab itu salah satu 
rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah 
(kenegaraan). Setelah mendapat negara 
maka barulah sah rukun Islam wilayah 
mereka.

Sebab itu mereka seringkali memberontak 
dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam 
yang sah, kerana mereka ada agenda 
untuk menguasai negara. 

Saya tidak kira mereka berada dalam 
parti mana. UMNO jangan sekali-kali bagi 
ruang syiah masuk ke dalam parti. Bagi
sunnah sahaja masuk. Itu sedikit berkaitan 
syiah.
Wallahu-A’lam.

No comments: