Sunday, 26 January 2014

AKHLAK NABI SAW DALAM KISAH BUAH LIMAU!!!


Seorang wanita Yahudi membawa beberapa biji buah limau dan dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Ketika itu, baginda SAW sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya.

Baginda SAW pun mengambilnya, mengupasnya lalu dimakannya seulas demi seulas sehingga habis sebiji.

Kemudian, baginda kupas dan makan lagi seulas demi seulas sehingga habis dan seterusnya begitu sehingga habis kesemuanya sekali.

Sahabat kehairanan kerana Nabi Muhammad SAW tak pernah buat begitu.
Sifat Nabi SAW ialah suka berkongsi makanan dengan yang lain.

Setelah itu, wanita Yahudi itu pun pergi dan sahabat pun bertanya,

“Ya Rasulallah, mengapa Tuan ketika makan tadi, Tuan tidak ajak pun kami makan buah ini, sedangkan selalunya Tuan selalu ajak kami bersama?”

Jawab baginda SAW,

“Adakah kamu tahu, perempuan Yahudi itu tadi, limau yang dibawanya itu tadi masam kesemuanya.

Jadi saya makan seulas demi seulas dan saya tahan akan rasa masamnya dan tidak mengatakan kepadanya atau mencerca atau memarahinya.

Saya takut, kalau saya beri pada salah seorang daripada kamu, akan ada yang mengherdiknya.”

Begitulah indahnya akhlak Islam seperti yang dipamerkan oleh Baginda SAW.



Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. 


Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?


Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. 


Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

No comments: