Sunday, 5 January 2014

Gejala LGBT Dalam Kalangan Pelajar Sekolah, IPT Membimbangkan!!!


Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) 
di ini semakin membimbangkan kerana turut membabitkan pelajar sekolah menengah selain pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

LGBT tidak memilih bulu sama ada tua atau muda, lelaki atau wanita, golongan menengah atau rendah semua boleh terlibat di mana apabila terperangkap dengan LGBT, ia sukar untuk dipulihkan.
Kita sangat bimbang dengan gejala ini kerana ia boleh membawa penyakit seperti HIV, sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan sebagainya. 

Apa yang paling menyedihkan terdapat kes guru di sekolah agama yang mengambil kesempatan melepaskan nafsu songsang terhadap pelajarnya sendiri.


Biasanya di sekolah agama…mangsa tidak tahu hendak mengadu kepada siapa dan kebanyakan kes hanya diam dan berlalu begitu saja tanpa sebarang tindakan terhadap pelaku.

Walaupun tidak ada jumlah sebenar kes LGBT yang dicatat di negara ini, namun daripada kajian yang dijalankan ia lebih menakutkan daripada gejala penagihan dadah.

Pengamal LGBT sukar dikenal pasti kerana mereka boleh bertukar perwatakan pada waktu dan keadaan tertentu dan mereka sukar untuk dipulihkan kerana ia membabitkan naluri manusia.

Bagaimanapun,, pengamal LGBT boleh dipulihkan sekiranya mereka mempunyai keinsafan untuk berubah dengan menyertai seminar pencegahan dan ceramah termasuk ceramah agama.

Sumber Asal: Berita Harian

No comments: