Monday, 6 January 2014

HUDUD-BUGHAH! NAK TAHU APA ITU BUGHAH SILA BACA! TAK LAH NANTI TERAB-RABA!!!

Qanun jenayah syariah (Hudud - Bughah)

Antara Pengikut Syiah Yang Berdemo Di Malaysia


BUGHAT
[ Bila sebut bughat teringat aKU dengan isu yang berlaku pada undang-udang hudud negeri Kelantan dan Terengganu. Isu ini dibangkitkan sebab hudud negeri Kelantan ada 7 (salah satunya adalah bughat), manakala hudud negeri Terengganu pula ada 6 (sebab tidak termasuk bughat). Bila jadi macam ni, lalu riuh rendah satu M`sia.

Okay sekarang mari kita tengok sebab apa boleh jadi tak sama antara hudud Kelantan dan Terengganu. Ini disebabkan bughat adalah salah satu kesalahan hudud yang mempunyai paling banyak perbezaan pendapat para ulama`. 

Banyak pendapat yang berselisih untuk menentukan samada bughat ini salah satu daripada kesalahan hudud ataupun tidak. 

Jadi kerajaan negeri Kelantan pegang pendapat yang mengatakan bughat adalah salah satu daripada kesalahan hudud. 

Manakala kerajaan negeri Terengganu pula, setelah mengambil kira pandangan-pandangan para ulama` termasuklah yang pro-kerajaan pun; maka kerajaan Pas Terengganu mengambil kira juga pandangan mereka, lalu digugurkan bughat daripada salah satu undang-undang hudud.

Jadi pada kali ini kita akan membicarakan salah satu daripada kesalahan hudud yang paling goyah kerana ramai para ulama` tidak bersetuju bughat sebagai kesalahan hudud. Tetapi dalam kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" tulisan Hj Sa`id Hj Ibrahim (bekas mufti negeri Sabah) yang menjadi rujukan kita ini, dia memasukkan bughat sebagai salah satu daripada kesalahan hudud. ]


Perkara 94: Bughat.

1) Bughat mengikut istilah syara` ialah segolongan umat Islam yang melawan dan mendurhaka kepada Ulil Amri (Imam), iaitu pemerintah/kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syari`at Islam. (Kifayah al-Akhyaar: 2/122)

2) Bughat mengikut istilah ilmu tata negara ialah perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan mendurhaka kepada Ulil Amri adalah dinamakan "Jarimah siasah", iaitu suatu kesalahan dalam politik.

[ Ada dua definasi diberikan kepada kita. Yang pertama adalah definasi dari segi istilah syara` dan yang keduanya adalah definasi dari segi ilmu tata negara. 

Kata kuncinya ialah hal pendurhakaan atau pemberontakan daripada satu golongan yang dipanggil rakyat terhadap satu golongan yang kita panggil sebagai penguasa atau kerajaan ataupun Imam. 

Ini dia gambaran awal secara ringkas. Antara syarat yang dikatakan rakyat pendurhaka itu, ialah rakyat yang mempunyai keupayaan untuk menimbulkan huru hara bagi menghancurkan negara. 

Maknanya golongan rakyat tersebut mestilah satu organisasi yang kuat persenjataannya. Kalau kita tak puashati dengan polisi kerajaan, lalu kita naik pentas-pentas ceramah untuk menyatakan ketidak-puasan hati kita, maka itu tidak dikira sebagai bughat.

Manakala di pihak kerajaan pula, hendaklah sebuah kerajaan yang adil. Maksud kerajaan yang adil dalam definasi yang dinyatakan dalam kitab kita ini ialah kerajaan yang menjalankan hukum-hukum syari`at Islam. Jadi kalau rakyat bangkit memberontak terhadap kerajaan yang tidak berhukum dengan syari`at Islam, maka itu tidak dinamakan sebagai bughat. ]


Perkara 95: Kesalahan dalam politik (jarimah siasah).
Jarimah siasah (jenayah politik) tidak boleh dianggap sebagai suatu kesalahan dalam politik, kecuali jika tindakan mereka itu cukup syarat-syarat berikut:

i) Pemberontakan dan penentangan mereka itu bertujuan untuk menggulingkan ketua negara (Ra`sud daulah) atau tidak mahu lagi mematuhi pemerintahannya.

[ Yang dimaksud "ketua negara" disini ialah orang yang menjawat jawatan yang paling berkuasa dalam sebuah daulah. Kalau di M`sia ni, jawatan itu ialah Perdana Menteri. Tapi di Indonesia bukan Perdana Menteri, tapi Presiden yang paling berkuasa. ]

ii) Didapati sebab-sebab mereka memberontak dan menentang dasar pemerintah/kerajaan, sekali pun sebab-sebab yang mereka kemukakan itu merupakan sebab yang paling lemah.

iii) Pendurhaka dan pemberontak itu telah mempunyai kekuatan dengan adanya ketua kumpulan itu dari orang yang mereka taati untuk mengatur dan menyusun pendurhakaan dan pemberontakan yang akan mereka lancarkan.

iv) Telah berlaku pendurhakaan dan pemberontakan yang merupakan perang saudara dalam negara, selepas mereka itu mengadakan persiapan senjata dan pertahanan - at-Tasysi` al-Jina`ie Islami (Sheikh Abdul Kadir Audah).

[ Dengan adanya keempat-empat syarat ini, baru boleh kita kata bughat. ]


Perkara 96: Pendurhakaan yang wajib diperangi.

Dalam sesebuah negara yang berdasarkan hukuman-hukuman Islam, pendurhakaan yang wajib diperangi adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:

i) Mereka yang telah mempunyai kekuatan dan yang telah berterus terang secara terbuka menentang pemerintah/kerajaan (Imam yang adil).

ii) Mereka yang telah keluar dari tadbiran Ulil Amri, dan telah membentuk pemerintah/kerajaan yang lain dan telah melantik seorang Imam yang lain pula.
[ Ciri kedua bughat yang wajib diperangi ialah mereka memisahkan wilayah kuasaan mereka. Sebab itu, kita lihat Kelantan dan Terengganu yang diperintah Pas tidak memisahkan diri daripada M`sia. Kelantan dan Terengganu tetap di dalam M`sia, untuk menjadi contoh kepada masyarakat bagi menunjukkan bagaimana bentuk pemerintahan di bawah seorang Islam yang tunduk dan taat kepada perintah Allah swt. 
iii) Terdapat pada mereka kekeliruan faham, di mana mereka menganggap bahwa mereka boleh keluar dari kawalan dan tadbiran Imam.
iv) Setelah diajak berunding dengan bijaksana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Ali terhadap Ahli Jamal dan kaum Khawarij.
[ Maknanya pemerintah kena ajak pihak pemberontak ke meja perundingan dulu. Tak boleh terus je perang begitu saja. ]
v) Mereka telah mengadakan kekacauan dalam negeri, seperti membakar, membunuh dan sebagainya.
[ Maknanya selagi tidak berlaku keadaan kritikal seperti huru hara umpamanya, maka selagi itu tidak wajib diperangi golongan bughat ini. Kalau boleh solve melalui perundingan, itu lebih baik. ]

Perkara 97: Orang yang menentang dan mendurhaka terhadap Imam yang adil.

1) Orang-orang Islam yang menentang dan mendurhaka terhadap Imam yang adil dan keluar daripada pemerintahannya wajib diperangi sehingga mereka itu kembali kepada pemerintahan Imam itu serta taat setia kepadanya.

2) Tindakan sebagaimana yang disebutkan dalam ceraian (1) telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar (Khalifah Islam yang pertama) yang telah memerangi mereka yang enggan membayar zakat.

[ Kalaulah ditakdirkan satu hari nanti kita mempunyai kerajaan Islam yang adil; masa tu kalau berlaku bughat (ada golongan yang mengangkat senjata), maka kerajaan Islam yang adil mesti menentang mereka sehingga dapat mengalahkan mereka. Ini bukan cerita lawan hangat-hangat taik ayam tuan-tuan. Bukan lawan sikit-sikit punya cerita ni. Kena lawan sampai kerajaan Islam dapat kalahkan golongan pemberontak tersebut supaya mereka kembali taat kepada kerajaan Islam yang adil. Tidak boleh dibiarkan golongan pendurhaka seperti ini menjadi subur di dalam sebuah kerajaan Islam. Organisasi mereka hendaklah dihapuskan dalam ertikata mempastikan mereka taat kembali di bawah kerajaan Islam yang adil. ]

3) Orang-orang Islam yang menentang dan mendurhaka kepada Imam yang adil tidak terkeluar dari agama Islam (tidak boleh dihukumkan orang yang murtad), malah mereka itu masih tetap dalam agama Islam.

[ Maknanya, cara menentang bughat bukan seperti kita menangani masalah murtad. Kerajaan Islam yang adil lawan bughat, bukan untuk bunuh mereka. Tetapi kalau terpaksa dalam keadaan tertentu, maka pembunuhan itu dibenarkan. 

Contohnya, kita lihat bagaimana rintihan Saidatina Aisyah radiallahuanha ketika dia keluar menentang Saidina Ali kw. Maknanya, dia sendiri tidak redha pembunuhan yang berlaku. Begitulah juga Saidina Ali kw pun. Dia juga tak redha pembunuhan dalam peperangan tersebut. 

Tetapi apabila dalam keadaan bertembungnya antara tentera Ali kw dengan pasukan Saidatina Aisyah, maka para ulama` berkata bahwa peristiwa ini berlaku akibat daripada ijtihad masing-masing. Maknanya mereka keluar dengan alasan yang benar di pihak masing-masing. Maka berlakulah pembunuhan yang mana menyedihkan dalam episod sejarah umat Islam seluruh dunia.

Berbalik kepada masalah bughat. Perbezaan antara menentang bughat dan menentang murtad ialah kita tangkap orang murtad sebab memang kita nak bunuh dia, kecualilah dia sempat bertaubat. Tetapi golongan bughat, tidak dibenarkan kita membunuh mereka kecuali dalam keadaan terdesak. Ini perbezaan antara keduanya. ]

4) Allah swt masih mensifatkan pendurhaka-pendurhaka itu sebagai orang yang beriman, walaupun mereka itu boleh diperangi. Firman Allah Ta`ala yang bermaksud, "Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya. Jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah pihak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah. 

Jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah) serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara). Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah al-Hujurat:9)

[ Inilah dalil bahwa golongan bughat itu masih dianggap golongan mukmin. Bukan golongan yang terbatal syahadah. Orang yang terbatal syahadah memang dihukum mati, tetapi tidak pada golongan bughat. 

Kita perangi golongan bughat hanya untuk menundukkan mereka supaya kembali taat kepada pemerintahan Islam yang adil. Itu sahaja. 

Wallahu ta`ala `alam.

No comments: