PENGAKUAN PADERI GUNA KALIMAH ALLAH UNTUK MURTADKAN ISLAM DIDEDAHKAN !!!
TOK GURU MURSIDUL AM PAS PUN CINTAKAN SALIB KRISTIAN!!! |
Akhirnya pihak Kristian mengakui
bahawa Kalimah Allah memang
merupakan alat yang cukup ampuh
untuk misi murtadkan umat Islam.
PAS yang kononnya memperjuangkan
Islam telah mengistiharkan menyokong
penggunaan Kalimah Allah yang
sebenarnya bertujuan menghancurkan
Islam.
Oleh itu mereka yang mendabik dada
angkuh menyokong PAS kononnya Islam
sangat perlu muhasabah diri dan berfikir
dengan mendalam samada
PAS ini “relevan” dengan Islam
ataupun sebaliknya.
Laporan cover story majalah Christianity
Today dalam keluaran Februari 2011 yang
bertajuk Muslims and the “Son of God”
telah membongkar rahsia sebenar niat jahat
pihak Kristian untuk“use religious
vocabulary familiar to Muslims” untuk
tujuan penyebaran agama Kristian.
Missiologist Kristian berkata
“Missionaries can live in a Muslim culture
for decades, blaming Muslims
for being“resistant” to the gospel,when
the problem actually lies with linguistic
and cultural stumbling blocks”.
Oleh itu Kalimah Allah yang sinonim
dengan umat Islam mahu dipergunakan
untuk memudahkan misi murtadkan Islam.
Mereka mahu penggunaan Kalimah Allah
ini untuk membuka minda umat Islam
untuk menerima dan membaca Bible.
Mereka mensasarkan untuk murtadkan
umat Islam terutama bagi mereka yang
masih lemah akidah dan pengamalan
agama.Sebuah organisasi Kristian,
The People of the Book yang termuat
dalam risalah strategi mereka mengakui
bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam
al-Quran tidak memiliki maksud
yang sama dengan ‘God’ di dalam
Bible,namun organisasi ini
berpendapat penggunaannya amat
berkesan untuk memurtadkan umat
Islam.
John Hultvall,seorang mubaligh
Mission Covenant Church of Sweden
juga berpendapat bahawa walaupun
penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan
dalam kalangan penganut-penganut
Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh
Kristian sentiasa menggunakannya
dalam usaha mereka memurtadkan
umat Islam.
Kevin Greeson, yang juga seorang
mubaligh Kristian juga telah menulis
sebuah buku bertajuk The Camel :
How Muslims Are Coming to Faith in
Christ!.
Kaedah ‘The Camel’ dalam penyebaran
agama Kristian kepada orang Islam
menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi
merujuk kepada Tuhan agama Kristian.
Muslihat terselindung yang mampu
memberi manfaat kepada Kristian
dengan menggunakankalimah ‘Allah’
sebagai ‘jambatan’ untuk mendekati
serta memurtadkan umat Islam di seluruh
dunia.
Oleh itu tindakan Pengarang The
Herald,Paderi Lawrence Andrew yang
jelas tidak menghormati keputusan
mahkamah terhadap penggunaan
kalimah Allah di dalam kitab Bible
berbahasa Melayu sekaligus
menderhaka terhadap titah perintah
Sultan Selangor amat biadap dan
tidak boleh diterima.Beliau terlalu
berani kerana bertindak atas tujuan
yang cukup jelas untuk memurtadkan
umat Islam.
Kami rakyat Malaysia yang agama
rasminya Islam amat terpukul dengan
keangkuhan dan kebiadapan mereka.
Kita menggesa pihak berkuasa
mengenakan tindakan maksima
terhadap petualang agama ini.
Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum dan agama
selama ini berada dalam keadaan aman,
tidak seperti negara-negara lain yang
berperang dan berbunuhan.
Sikap DAP yang berkeras mahu
menggunakan Kalimah Allah untuk
Kristian menunjukkan betapa mereka
tidak peduli kepada sensitiviti umat
islam. Jelas mereka cuba menyakiti
hati rakyat.
Mereka langsung tidak mempedulikan
dan menghormati keputusan mahkamah.
Umat Islam dan Bangsa Melayu perlu
bersatu demi menjaga kepentingan
dan kesinambungan kita.
Tidak mungkin kita boleh bergantung
kepada pihak yang dari dulu kini
dan selama-lamanya sentiasa
-cita menghancurkan kita dari
luar dan dalam. - MYKMU
No comments:
Post a Comment