Wednesday, 22 January 2014

TUNJUK PERASAAN AJELAH YANG MACAI PAKATAN PEMBANGKANG TAHU!!!

Poster Jepun dibakar, dipijak di kedutaan!!!

anwar ibrahim japan 
Berhimpun didepan kedutaan 

Jepun....inilah MACAI Boikot Jepun 

tapi guna berjenama Jepun...

Protes dilakukan di hadapan kedutaan Jepun di Kuala Lumpur oleh penyokong Anwar Ibrahim yg dihalang memasuki Tokyo 2 hari lepas manakala media melaporkan pihak kerajaan Jepun memberi alasan Anwar dihalang kerana tidak memohon visa berdasarkan rekod jenayahnya: Foto kredit Malaysiakini BM
Pemuda PKR (AMK) hari ini menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mereka menuntut kedutaan Jepun menjelaskan perkara tersebut dan menyatakan permohonan maaf kepada Anwar kerana telah bertindak sebegitu.
Tambahnya lagi, halangan tersebut disifatkan tidak wajar kerana Anwar difahamkan tiada sebarang isu melibatkannya dengan negara itu.

SETELAH DI ZOOM IN.. KESEMUA PENUNJUK PERASAAN BOIKOT TU MEMAKAI SELIPAR JEPUN.. WAKAKAKA
japanese embassy malaysia
“Amat mengejutkan, berdasarkan rekod Anwar tidak ada sebarang isu sebelum ini dengan negara itu sehingga menghalang beliau memasuki Jepun minggu lalu oleh imigresen negara itu.
“Kita percaya tindakan kerajaan Jepun itu berlebihan, tiada jaminan dan menyalahi Artikel 13 Hak Asasi Manusia,” katanya.
Sementara itu, penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.
Ada antara mereka memijak poster, yang mirip bendera Jepun tersebut, dan membakarnya di hadapan kedutaan itu.
Shamsul juga memaklumkan memorandum tersebut diterima oleh wakil kedutaan, Masa Hiro dan dua orang lagi wakil kedutaan itu.
Dalam perkembangan terbaru, AMK menafikan pihak yang membakar poster itu merupakan anggota sayap PKR itu.

No comments: