Saturday, 25 January 2014

ADA TAK MENAMBAH TAK ADA TAK MENGURANG.MELUKUT DI TEPI GANTANG!!!





Pas perlu membuktikan 'suara' mereka didengar dalam Pakatan Rakyat (PR) terlebih dahulu sebelum beria-ia mahu menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.
  
Rakyat mempersoal bagaimana Pas mahu menjadi parti utama orang Melayu sedangkan parti itu tiada peranan dalam pakatan tersebut dan hanya sebagai 'pak turut' kepada DAP serta PKR.



Macam mana dia (Pas) nak jadi parti utama kepada orang Melayu kalau suara mereka dalam pakatan pembangkang pun tidak ada orang nak dengar, ini semua hanya mimpi-mimpi Pas.
  
Sebagai contoh, Pas mahu (Malaysia) jadi negara Islam tapi rakannya dalam pakatan tidak mahu, suara mereka (Pas) tidak ada sesiapa pun nak dengar.



Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berkata parti itu sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Abdul Hadi pernah berucap menyampaikan amanat sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah, bahawa pakatan pembangkang juga sudah bersedia untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) bagi memimpin negara.


  
kenyataan Abdul Hadi itu hanyalah gimik politik PAS yang mahu meraih sokongan orang Melayu.
  
Kenyataan Presiden Pas itu juga hanya mahu meracuni fikiran rakyat dan  Pas  tidak mungkin dapat menggantikan Umno kerana sokongan untuk parti itu masih di belakang DAP dan PKR.
  
Sedangkan Umno dalam Barisan Nasional adalah tunjang kepada parti komponen lain.- Bernama

 Jentera PAS Bersama Siapa Tu ?!!


No comments: