Sunday 12 January 2014

PERINGATAN KEPADA PENGIKUT RAJA GAY MALAYSIA!!!






Sisa-sisa bencana kaum sodom


Di dalam Al-Quran, Allah telah mengarahkan kepada kita untuk melihat bangsa-bangsa yang terdahulu yang telah dimusnahkan oleh Allah sebagai pengajaran kepada kita. Semua ini tidak akan dapat kita lihat tanpa ilmu dunia, ilmu kaji bumi dan sebagainya. Kalau tidak tahu bagaimana hendak mengambil pengajaran daripadanya? Di antaranya ialah Firman Allah dalam surah Al-An'aam ayat 6: 

"Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah kami binasakan sebelum mereka,padahal (umat-umat itu) telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak kami berikan kepada kamu,dan kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan kami jadikan sungai-sunagi mengalir di bawah mereka, kemudian kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain?" 

Ayat di atas secara terang menjelaskan kepada kita bagaimana Allah telah mengarahkan kepada kita untuk melihat azab yang pernah ia turunkan kepada umat yang terdahulu.Umat yang terdahulu adalah jauh lebih hebat dengan umat pada hari ini. Allah suruh kita tengok.... lihat...serta membuat renungan.... 

Bagaimana kita nak tengok, lihat serta membuat renungan? 

Di dalam VCD ini diterangkan satu persatu azab yang Allah turunkan kepada umat yang hebat itu.Bagaimana struktur bumi yang menerima azab tersebut dikaji oleh pengkaji bumi....Mereka mengakui kebesaran Allah di dalam perkara ini..Anda juga akan merasa teruja bagaimana Al-Quran yang telah diturunkan lebih 1400 tahun dahulu berbicara mengenai kaum yang musnah ini! Semua ini hanya dapat ditemui oleh manusia setelah abad yang 21! Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak berjumpa kaum tersebut...Baginda hanya menyampaikan risalah Allah yang Maha Agung! Ini membuktikan Al-Quran datang daripada pencipta kepada alam ini.Tambahkanlah keimanan kita dengan menonton VCD ini. 

Ada di antara kaum tersebut yang berjaya ditemui dalam keadaan yang mengerikan! Bagaimanakah keadaan mereka..Semua ini akan terjawab apabila anda memiliki VCD ini..... 

Selain VCD ini juga terdapat di bawah, kami senaraikan Tragedi Firaun...anda bebas untuk memilih bahasa, sama Bahasa Inggeris atau pun melayu.... 

Kami memudahkan kepada anda untuk memahami kekuasaan Allah yang tiada tolok bandingnya! Sebarkan VCD ini kepada rakan-rakan anda, saudara mara anda agar mereka kembali kepada jalan Allah! 

Anda hanya perlu tulis berapa kuantiti yang anda mahu untuk dikongsi bersama...setelah itu anda klik "add to cart".Insya Allah setelah pembayaran dibuat, anda hanya perlu tunggu VCD ini sampai ke rumah anda bagi menyaksikan kehebatan kekuasaan Allah!



Al-Quran tidak memberikan perincian lebih mengenai kaum Nabi Luth, menganggap bahawa para pembaca mengenali latar belakang cerita. Nabi Luth menawarkan anak perempuannya, tetapi mereka tidak berminat dan mengatakan bahawa Nabi Luth "tahu apa yang kami mahu." Digabungkan dengan keterangan Kitab Bible, Sodom dan Gomorrah dalam Islam juga merujuk kepada kehomoseksualandan rogol homoseksual. Keterangan penuh boleh didapati dari surah Al-Hud:[3]



74 Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Ibrahim, dan sampai kepadanya berita yang mengembirakan itu, (mulailah) ia membantah (malaikat-malaikat) kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Lut.


Sesungguhnya Ibrahim itu penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.



76 Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan).



77 Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan".



78 Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya, sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka).


Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"


79 Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."



80 Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)".


81 (Para utusan berkata:) "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana).


Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang.


Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"


82 Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.


83 Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.

Perbezaan utama di antara Nabi Luth menurut pandangan Islam dan versi Kitab Bible adalah bahawa Kitab Bible memasuk cerita hubungan sumbang muhrim Nabi Luth dengan kedua anak perempuannya, yang sangat jelas ditolak dalam Islam. 

Disebabkan Nabi Luth merupakan seorang nabi Tuhan,[4] dan nabi-nabi Islam dianggap tidak akan melanggar hukum Tuhan, Nabi Luth pasti tidak mempunyai hubungan sumbang muhrim seperti itu.

Sesetengah cendakiawan Islam[nyatakan menurut siapa?] menganggap penawaran anak perempuan Nabi Luth kepada kaumnya sebagai suatu penawaran wanita kepada lelaki pada umumnya, dan bukan hanya anak perempuannya.

1 comment:

Muslim said...

Sesetgh riwayat menukilkan bumi sodom setelah dihujani dgn batu batu dan debu debu panas berapi beberapa ketika lalu diangkat dilambung ke udara lalu diterbalikkan dan dihempas semula ke bumi.
Demikian murka Allah swt di atas perbuatan keji mrk, yg tak pernah dilakukan oleh umat sebelumnya bahkan binatang pun tidak melakukannya. Di dunia lg sudah ditunjukkan kesan kemurkaanNya.
Hari ini betapa ramainya golongan ini, dan ada pula yg mengaku muslim turut terjebak dan yg lainnya membela pula kononnya hak kebebasan mrk, na'uzubillah !
Hanyalah dgn sifat As Sabbur Allah swt, menangguhkan balasan utk umat akhir zaman. Moga ada kesempatan bertaubat.