Wednesday, 29 January 2014

PAS Parti TupperWare !!!


Anwar Buat PAS Macam Parti 

TupperWare !!



PAS kesal dengan tindakan bekas Adun 
Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang 
meletakkan jawatan tanpa sebab yang 
munasabah.


Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS 
Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali 
at-Takiri berkata, pihaknya menuntut 
penjelasan munasabah daripada PKR 
kerana pilihanraya kecil akan 
mengorbankan banyak masa, 
tenaga dan harta rakyat.


“Rakyat melihat situasi ini dengan 
penuh prihatin. “Pergolakan kecil politik 
Selangor melibatkan jawatan Menteri 
Besar dan isu PKNS ditambah pula 
dengan perletakan jawatan ini boleh 
memualkan rakyat di saat rakyat 
dibelenggu dengan pelbagai isu 
negara khususnya melibatkan 
peningkatan kos hidup,” katanya 
dalam satu kenyataan hari ini.


Menyifatkannya sebagai politik picisan, 
Mohd Khairuddin turut mengingatkan 
isu ini mampu menggugat keyakinan 
rakyat kerana Pakatan Rakyat sepatutnya 
fokus kepada mendedahkan kegagalan 
kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus 
ekonomi negara.


Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai 
semula sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 
(PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil 
rakyat dari PKR melompat dan meninggalkan 
parti yang telah merugikan dan 
menggugat keutuhan Pakatan ,
Rakyat.


Manakala sejarah PRU ke-13 pula 
dimulakan dengan perletakan jawatan 
Adun.


“Nasihat ini saya lontarkan sebagai 
peringatan bersama seluruh warga 
Pakatan Rakyat khususnya para 
pemimpinnya,” katanya.



PAS, parti tupperware???


Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh 
Nasruddin Hassan Tantawi berkata, 
pihaknya kecewa kerana PKR tidak 
pernah berbincang dengan PAS 
mengenai konflik di Selangor sehingga 
menyebabkan berlakunya pilihan raya 
kecil Kajang.


“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak 
bincang sepatah? Tak runding sikit pun? 
Politik apa ini? Cara dan skil mana 
digunakan,” soalnya.


Katanya, PKR tidak sepatutnya mempermain
kan amanah rakyat yang berkerja, berjuang 
dan mengundi bersungguh-sungguh dalam 
PRU lalu.


“Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap 
nasi berdepan dengan kos sara hidup yang 
tinggi, kenaikan harga barang yang 
melambung.


“Tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil 
drama realiti perletakan jawatan,” katanya.


Manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya 
Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany 
Hamzan berkata, pihaknya menuntut 
penjelasan yang munasabah daripada 
Lee terhadap perletakan jawatan beliau 
secara bertulis kepada Ketua Dewan 
pemuda PAS Malaysia dengan kadar 
segera.


“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak 
munasabah maka Jabatan Pilihanraya 
Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi 
amaran akan mengeluarkan arahan kepada 
seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di 
semua peringkat untuk tidak memberikan 
kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN 
Kajang nanti sekiranya calon yang 
ditentukan masih lagi dari kalangan 
calon PKR,” tegasnya.



Beliau menganggap tindakan Lee sebagai 
satu pengkhianatan amanah yang diberi
kan rakyat Selangor serta membelakangkan 
semangat ‘syura’ di kalangan Pakatan 
Rakyat Selangor.


Beliau juga kecewa terhadap pimpinan 
PKR Selangor yang mengamalkan agenda 
‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ 
dengan membelakangkan PAS dan DAP 
Selangor di dalam kerja buat mereka di 
Selangor.


“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss 
besar’ yang boleh mengambil apa saja 
tindakan politik yang menguntungkan 
mereka tanpa persetujuan dan pandangan 
rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan 
PKR Selangor hanyalah ‘pemegang 
saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR 
Selangor,” katanya. - 

No comments: