Thursday, 1 August 2013

Kebenaran Islam Dalam Sains: Tua dan Mati, Saintis Akhirnya Akur pada Islam!!!


RASULULLAH SAW. bersabda, 
"Wahai hamba Allah, 
berubatlah, sesungguhnya Allah 
tidak menurunkan penyakit kecuali 
ia telah menetapkan baginya penawar, 
kecuali satu. Mereka bertanya, 
"Apakah yang satu itu?" Lalu 
baginda menjawab, "iaitu tua." –
Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi.

Hadis di atas tadi adalah jawapan 
Rasulullah s.a.w. apabila ditanya oleh 
orang Arab tentang perlunya berubat. 
Tua tidak ada penawarnya, 
bila sampai masanya ia akan tetap 
terjadi. Baru-baru ini sekumpulan 
saintis berjaya membuat satu 
penemuan di dalam DNA manusia yang 
menyebabkan orang menjadi 
tua. 

Berdasarkan penemuan itu, 
penyelidik dari Institut Kanser Dana 
Farber percaya mereka telah berjaya 
memecahkan kod penuaan yang 
terdapat di dalam rantaian DNA.

Proses penuaan seseorang dikawal 
oleh telomere yang terdapat pada 
hujung rantaian kromosom. Telomere 
ini pula berada di pusat kromosom 
yang terakhir itu. Apabila usia 
semakin tua, telomere 
akan mengalami kerosakan dan 
semakin memendek. 


Proses ini akan 
terus berjalan dan telomere akan 
menjadi semakin pendek setiap 
kali berlaku pecahan sel sehinggalah 
sampai pada tahap tertentu, 
telomere tidak mampu lagi berfungsi 
dengan baik. Ketika itulah kita 
akan mula merasai tanda-tanda 
penuaan seperti kehilangan 
pendengaran dan kurang ingatan.

"Apabila telomere yang semakin 
pendek, ia akan mendedahkan seseorang 
kepada Alzheimer, penyakit jantung, 
diabetes dan kanser. 


Semua penyakit 
itu boleh dihindarkan jika kita 
dapat mengekalkan tahap kesihatan 
dan struktur telomere pada bentuk 
asalnya," jelas Dr. Ronald DePinho, 
Pengarah Institut Belfer di Institut 
Kanser Dana-Farber, Boston, 
Amerika Syarikat.

Sementara itu, setelah menempuh 
sebuah kajian yang cukup panjang 
akhirnya para pengkaji itu mendapati 
ada sejenis enzim di dalam badan 
manusia yang boleh mengekalkan 
dan membaiki kerosakan telomere. 
Enzim itu dipanggil telomerase yang 
boleh mengaktifkan semula 
telomere, mengembalikan saiz 
otak dan secara tidak langsung boleh 
melenyapkan tanda-tanda penuaan.

Buat masa ini penemuan itu baru 
dikaji pada tikus saja dan belum 
diuji ke atas manusia. Untuk 
mengetahui adakah ia berkesan 
kepada manusia, ia memerlukan 
kajian yang lebih mendalam. 

Dengan 
penemuan itu para pengkaji 
bersetuju bahawa cara rawatan 
telomerase boleh menghalang 
proses penuaan daripada berlaku.

Namun ada satu pendapat lagi 
yang menentang penggunaan kaedah 
tersebut kerana dibimbangi akan 
mendatangkan risiko lain. 

Mungkin 
akan berlaku satu lagi masalah apabila 
sel tua ini dibiarkan melewati usia 
tanpa penghujungnya iaitu kematian, 
maka akan menyebabkan sel tersebut 
berkembang hingga menyebabkan 
kanser.


Ia akan menjadi satu masalah 
lagi kerana perlu menjalani satu proses 
rawatan lagdan akhirnya apabila 
gagal, akan membawa kepada 
kematian juga.



Berdasarkan pertimbangan itu, 
para penyelidik melihat bahawa 
penuaan adalah satu proses normal 
pada setiap benda yang hidup. Itu 
adalah satu cara manusia mengakhiri 
hidup ini secara normal iaitu mati.

Oleh kerana itu para saintis hanya 
mampu mengesyorkan pengambilan 
makanan yang seimbang, bersenam 
dan hindari rokok kerana amalan 
hidup yang sihat ini boleh 
melambat-kan proses penuaan. 
Namun hakikatnya tua pasti akan 
datang. 

Bila sampai masanya, ia akan 
hadir tanpa disedari. Habit yang 
sihat itu telah dibuktikan boleh 
mengurangkan kemusnahan sel 
yang disebabkan oleh proses 
penuaan pada DNA.

Di dalam DNA itu ada segala 
maklumat tentang kehidupan dan 
kematian kita. Gen penuaan pula 
iaitu telomere yang bertanggungjawab 
menjaga rantaian DNA, memiliki 
kepanjangan tertentu. Ia akan menjadi 
semakin pendek dan pendek setiap kali 
berlaku pecahan sel hinggalah sampai 
satu tahap sel itu mati.

Telomere adalah penemuan terbaru 
para saintis yang mengkaji 
proses biologi manusia, namun hadis 
Nabi Muhammad s.a.w. 
telah lama membicarakan tentang 
tua yang tidak ada ubatnya. 


Nabi sudah menjelaskan bahawa 
apabila sampai masanya, tua 
akan datang dan tidak ada ubat 
yang boleh menghalangnya. 
Pada wajah mungkin dapat dielak 
daripada kelihatan tua namun 
pada usia sel, ia tidak mampu ditahan. 
Proses itu akan terus 
berjalan secara semula jadi.

Ini juga membuktikan kebenaran 
firman Allah, yang bermaksud,

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya 
mati dan hidup untuk menguji dan 
menzahirkan keadaan kamu. Siapakah 
di antara kamu yang lebih baik amalnya 
dan Dia Maha Kuasa membalas 
amal kamu, lagi Maha Pengampun bagi 
orang yang bertaubat."- 
surah Al-Mulk: 2.

Menurut Profesor Lee Silver dari 
Universiti Princeton, AS, setiap 
usaha untuk mengekalkan 
sesuatu adalah melawan fitrah 
alam. Kematian adalah selari 
dengan pembangunan. Kita me-
wariskan gen kepada generasi 
berikut-nya. 


Jika kita tidak 
mati maka kita akan 
mengorbankan 
anak-anak kita untuk hidup 
dan ini tentunya 
tidak baik untuk 
perkembangan pembangunan.
Setiap yang hidup 
pasti akan mati, itulah hukum 
alam yang telah ditetap-kan. 
Semuanya telah dijelaskan di 
dalam al-Quran,

"Dan bagi tiap-tiap umat ada 
tempoh yang telah ditetapkan. 
Maka 
apabila datang tempohnya, tidak 
dapat mereka menangguhkan 
dan tidak dapat pula mereka 
meminta mendahulukannya 
walau sesaat 
jua pun." – surah al-Araaf:34.

No comments: