Wednesday, 28 August 2013

Gadis Zaman Sekarang!!!







Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 
'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan 
ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.


Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi 
kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat ber
baur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang 
nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 
'confirm' dah boleh dapat.

Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap 
disajikan program-program televisyen (drama/ 
realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk 
keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut 
syariat.

Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipapar
kan sedang bercinta dengan seorang wanita 
'alim'? Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar 
Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama 
pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua 
perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka 
tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh 
menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan 
penting)

Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami 
konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 
'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak 
pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk 
perkara itu menjadi halal.

Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk 
kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah 
Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.

Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada 
prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum 
Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, 
sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi 
langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!

Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! 
Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada 
di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! 
Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk 
tentang sesuatu perkara.

No comments: